Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

1 Julai 2009

No Comments »

Berkenaan dengan 1 Julai sebenarnya tiada apa yang specialnya. Cuma sekadar hari sahaja. 1 Julai juga membawa seribu kenangan sebelum ini. Dalam beberapa hari lagi nampaknya berpisah lagi. Selepas 3 minggu syok dengan kawan-kawan baru terpaksa berpisah lagi. Takpalah.. Ada rezeki berjumpa lagi di kursus akan datang.

Esok 2 hb Fakhrul akan menghadapi Ujian untuk menentukan samada lulus atau tidak dan layak kah untuk mendapat sijil daripada Adobe Dreamweaver. Sebenarnya sijil itu amatlah berharga dan berguna untuk dimasa hadapan. Biarpun software selalu diupdate tapi tidaklah update itu banyak sangat. Tetapi update itu boleh dibelajar. Hanya memerlukan buku sahaja anda sudah boleh menjadi pandai. Itulah sebab kita memerlukan lebih banyak membaca dan membuat kajian.

Isu kereta nampaknya tidak akan settle selagi Fakhrul tidak pulang ke Perlis. Disebabkan takut tersalah cat biarlah time ada di Perlis senang. Nanti kalau dah siap tak puas ati tak guna gak kan.. Rugi ja. Tgk lah camna pasni. Side Mirror pun belum sampai lagi. haduihh.. Mengenangkan nasib. Bila lah nak sampai.

Tadi baru ja lepas buat video call dkt kawan2 di Perlis. Nampaknya mereka sedang melepak di tepian seagate. Dan pasni mmg takdan nak jumpa kerana hampir semuanya akan pulang ke kampus masing - masing untuk meneruskan pembelajaran.
InsyaALLAH ada masa sampai jua nanti di KL dan Melaka. Nantikan kedatanganku dengan Civic RS in The Making. Ahaks.
Namun semua tu taktau lagi bila nak boleh p. Dok menanti hari ja. Lagipun pasni tetap sibuk kerana 3 bulan yang ada di dalam program terbaru yang baru sahaja dapat petang tadi.

Baru2 ni juga dapat berita semasa Micheal Jackson a.k.a Mikael meninggal dunia. Terdapat banyak spesikulasi yang berterbangan. Biarlah. Tengoklah macam mana nanti. Nampaknya pergi seorang Raja Pop yang juga diminati oleh Fakhrul. Terkejut juga apabila masuk ja kelas, trainer ada bagitau mengenai MJ yang meninggal dunia. Takpalah. Dah sampai masanya.

Broadband disini sudah menjadi bengong. Apabila kedudukan laptop diubah sat ja tiba2 akan disconnet. Entah apa penyakit yang berlaku. Heh..

Life July 1st 2009

Apabila Terlebih Kejar Masa

No Comments »

Apabila terlebih mengejar masa banyak perkara boleh berlaku. Keletihan, tidak cukup tidur, sengal2 badan dan bermacam lagi. Buat masa sekarang di dalam beberapa hari mendatang ini Fakhrul agak sibuk menyelesaikan apa yang patut. Balik perlis pun dan rehat sekejap ja. Selepas itu Epih mai amek untuk pergi ke Air Panas Lenggong. Di dalam perjalanan pergi Fakhrul lebih banyakkan tidur kerana sudah keletihan yang melampau. Rehat pun dah tak cukup. Macam2 kan? heh.. Pada hari Sabtu ni juga bangun2 trus dok depan pc buat apa yang patut. Pastu baru teringat akan untuk menonton wayang Transformer 2 : Revenge Of Fallen. Terus keluar mengambil farid, own dan yon. Semasa di dalam perjalanan sempat juga singgah sebentar di kedai cat untuk melihat progress kerja kereta. Bila p tgk macam ok lah pulak. Entah apa yg tak oknya berdasarkan apa yang diberitahu di dalam telefon. Entah lah.. Ada juga 1-2 tak settle lagi di kereta tu. Nampaknya lambat lagi lah. Mungkin juga siap masa birthday nanti? Ahaks.. Apa2 saja lah..

Berkenaan dengan Transformer pada mulanya terus tekan dan memecut laju ke Alor Star Mall memandangkan sudah terlepas wayang pada pukul 2.20 di Jitra Mall. Tapi apakan daya. Sampai2 tgk dah habeh dah. So terpaksa p ke Jitra Mall semula. Ketika mencari parkir ternampak cedin dan adiknya. Jadi kami pun mencari tiket. Alhamdulillah ada jugak. Sebenarnya ini adalah kali kedua Fakhrul menonton cerita Transformer 2. Yalah tak puas tgk haritu tgk lagi sekali. Macam tu jgak cerita Jangan Pandang Belakang Congkak. Fakhrul sudah pun menonton sebanyak dua kali. Memang kalini kaki wayang sungguh. Haha.. Apa2 sajalah.

Minggu ni ada di penang dengan motosikal. Ya sudah lama tidak bermotor luar dari perlis. Nampaknya rider kembali aktif. Heh, tapi takda pa pun sangat. Ada masa baru kluaq. Mau tadak tu dok saja la dalam poli tu. Tapi terima kasih kepada rombongan dari Perlis yang mai amek exam radio di nibong tebal yang sanggup mengambil Fakhrul dan melepak di Penang dahulu walaupun masing - masing dalam keadaan yang letih. Maaflah kerana tempat last yang dibawa itu tidak seperti yang di rasakan sepatutnya. Haha.. Takpa tunggu next turn ja.

Kisah mengenai hidup terdapat juga banyak. Walaupun orang kata dok jadi apa hidup sorang - sorang. Tapi biarlah.. Lupakan bab tu. Masuk cerita balik ketika kelas Dreamweaver. Alhamdulilah kami semua sudah begitu rapat. Taktau la camna plak bila dah hari - hari last nanti kan. Mesti rasa tak best ja. Dalam kelas macam2 bleh buat. Kadang2 di masa kelapangan walaupun seminit dua pun di isi perkara yang sepatutnya. Agak best gak lah. Dapat bergelak skali. Lawan mengata sekali. Hahaha.. Wateva lah. Oh ya, tahniah pada Faiz kerana dapat hadiah yang paling bermakna buat hari jadinya. Ternyatalah susah nak dapat peluang begitu di lain kali. Hahahaha..

Dah dapat tema baru.. “without racing, there is no HONDA”. hahaha.. wateva la.
p/s: found a reason for me

Life June 28th 2009

Result Final Examku..

2 Comments »

Ahaks.. Banyak pertanyaan kawan - kawan bertanyakan mengenai result. Pada sebenarnya bagi Fakhrul rasanya tak perlu lah untuk mengetahui result memandangkan ia tidak seperti yang di khendaki. Cuma mungkin di sini Fakhrul ingin memberitahu bahawa result web yang diharapkan sangat2 sebelum ini menjadi iaitu mendapat A = 4.00. Alhamdulillah.. Terima Kasih buat cik zaza yang mengajar dan memberi segala ilmu. Result lain pun bagus2 juga. Tapi biarlah.. Kalau rasa nak bagitau nanti Fakhrul bagitau lain lah.. Result dah keluar dah 17hb iaitu kelmarin. Namun pada mulanya ada juga kawan - kawan dapat mengetahui lebih awal memandangkan link yang digunakan boleh didapati di Internet dan ada juga yang bagus dan tak bagus.. Namun semua itu telah berlalu. Alhamdulillah kerana dapat graduate dengan cemerlang. Tak perlu lah nak risau sangat tak lulus satu dua subjek.

result

Harini tak keluar kemana pun. Just lepak2 di bilik dan melayan sinar.fm. Pada kelmarin kami keluar untuk ke pantai dan lepak2.. Selepas itu terus pergi ke Jusco bandar Perda (belakang poli ni ja) untuk beli apa yang patut.. Tu aja.. Pastu masuk balik dan makan2 sebelum tertido awal jugak lah..

Harini kelas mengantuk lagi.. Entah mengapa.. Nak kata tidoq lewat tak gak.. Tidoq agak awal dalam pukul 10-11 camtu.. Tapi bila mai masuk kelas rasa mengantuk mai terus ja. Heuu.. Mungkin kerana air condnya? Ahahaha.. Wateva lah.. Harini dalam kelas belajar CSS.. Hangpa tau ka apa tu CSS? CSS tu Cascading Style Sheet. Yang dok edit2 color la gambaq la dalam myspace tu banyak guna CSS la.. Banyak kelebihan CSS ni.. Sebenarnya dah belajar dah dimasa sem 4 aritu. Tapi kalini belajar lebih advance dan menggunakan dreamweaver dimana pada sebelum ini menggunakan notepad dan Frontpage.

18062009093

Keadaan dalam kelas

18062009097

Mejaku

18062009096

Tanda 1 tu adalah tahap Fakhrul. Sebenarnya ada 0 - 10.. Jadi bab dreamweaver ni 1 dah la.. Hahaha

viere279

Oh ya, Ada wireless yang dibuat di sini.. Tapi untuk 5 orang sahaja lah kerna ada akses internet broadband. :P

viere280

Server.. Semak kan? Haha

Life June 18th 2009

The Lonely Shepherd

2 Comments »

Dah begitu lama ingin mengupdate blog ini. Tapi entah kenapa ketika itu tiada idea untuk menaip padahal pada mulanya terdapat banyak perkara - perkara yang ingin di taip.. Tapi pada petang ini Fakhrul akan mengupdate blog ini biarpun dengan sedikit penulisan.

Pada masa sekarang Fakhrul telah pun berada di Politeknik Seberang Perai untuk mengikuti kursus 3P Prestariang. 3P ialah Program Pentauliahan Profesional yang dianjurkan khusus untuk pelajar di bawah KPTM (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia). Pada kursus kali ini Fakhrul dipilih untuk menyertai Dreamweaver CS3. Kelas sudah pun bermula harini dan pembelajaran adalah menyeronokkan. Banyak ilmu yang Fakhrul dapat selain dari ilmu Dreamweaver sahaja.

Pada masa sekarang juga Honda Civic Fakhrul sedang diubah suai untuk lebih keterampilan. Tunggu edisi dimana ia keluar kedai cat nanti. Buat masa sekarang jika dihitung banyak jugalah duit yang habis untuk membeli bodykit dan aksesori yang sepatutnya. Namun oleh kerana azam ingin berubah yang sudah lama meluap akan Fakhrul teruskan pada kali ini. Sudah banyak kali tertangguh.. Takpalah.. Semoga modify kereta kali ini menjadi kenyataan.. InsyaALLAH.

Pada hujung minggu yang lepas juga Fakhrul berkesempatan untuk menonton wayang bersama rakan - rakan sekelas. Cerita yang kami tonton adalah Jangan Pandang Belakang Congkak. Cerita adalah amat menarik dan tambah menarik apabila ia dirakamkan di Negeri Perlis yang tercinta dan indah lagi permai. Boleh kata gelak keras perut gak la dalam pawagam tu.. Bukan kami sahaja. Tapi hampir keseluruhan penonton.

Pada keesokan harinya adalah akan keluar keputusan final exam. Berdebar-debar rasanya untuk menunggu keesokan hari. Namun akan Fakhrul tempuh dengan penuh sabar andaikata result tidak memberansangkan. Mungkin AKJ tidak lagi di dalam gengaman selepas mengetahui result Visual Basic sangatlah teruk. Aduhh.. Apalah nak jadi. Time exam jawab ikut suka ja.. La ni menyesal takdak dah. Heh..

Banyak cabaran yang berlaku pada hari - hari yang lepas.. Namun biarlah.. Alhamdulillah..Berjaya juga Fakhrul tempuh..
Pada kali ini banyak juga Fakhrul belajar walaupun dah belajar dah.. Di mana orang yang akan mencari kita di masa susah tetap akan ada dimana masa senangnya dilupakan begitu sahaja. Biarlah..

Layan sebentar lagu The Lonely Shepherd. Lagu ini telah mengusik hati kalbu Fakhrul. Ahaks.

lonely

Sunrise!!

15062009092

menerjah ke awan biru

15062009086

Langit itu biru warnanya

img_2754

Mai makan derian ramai2

Ohh ya.. Happy Fathers Day.. Terima Kasih Bapa

Life, Music June 16th 2009

Tomok - Rindu Terhenti

No Comments »

tomok

Rata-rata laman blog di seluruh Malaysia menghebahkan tentang penabalan Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 25, sebagai juara One In A Million musim ke-3 apabila undian yang diberikan oleh rakyat Malaysia lebih berpihak kepadanya. Kemenangan Tomok yang membawa lagu Hanya Kau Yang Mampu nyanyian Aizat (AF5) dan sebuah lagu baru, Rindu Terhenti ciptaan Aubrey dan Tinta S. sekali gus membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM1 juta.

Kemenangan tersebut membenam impian dua finalis lain iaitu Esther dan Aweera untuk bergelar juara pada pertandingan akhir terbitan 8TV yang berlangsung di Stadium Malawati di sini

Lama dah nak publish tentang Tomok. Tapi disebabkan oleh kekangan masa tak sempat untuk publish. Jadi masa yg ada ini diambil untuk Tomok sahaja. Ahaks..

Lirik

Telah ku tinggalkan
memori silamku itu
tidak ku biarkan
hidupku dibelit pilu
walau duka menampar dada
walau sepi mencalar hati
rinduku terhenti

ku pinggirkan sayu
yang merundung kalbuku
kasih dulu ku biar berlalu
ku pinggirkan lara
yang berpaut di jiwa
ku teruskan hidup tanpa dia

padam nyala patah tumbuh,
hilang kan berganti
cinta tiba cinta pergi,
yang azali ku nanti

telah ku tinggalkan
memori silamku itu
tidak ku biarkan
hidupku dibelit pilu
walau duka menampar dada
walau sepi mencalar hati
rinduku terhenti

ku pinggirkan sayu
yang merundung kalbuku
kasih dulu ku biar berlalu
ku pinggirkan lara
yang berpaut di jiwa
ku teruskan hidup tanpa dia

padam nyala patah tumbuh,
hilang kan berganti
cinta tiba cinta pergi,
yang azali ku nanti

ku lupakan mu jua disini
rinduku terhenti
sejak kau pergi menjauhi
rinduku terhenti

ku pinggirkan sayu
yang merundung kalbuku
kasih dulu ku biar berlalu
ku pinggirkan lara
yang berpaut di jiwa
ku teruskan hidup tanpa dia

padam nyala patah tumbuh,
hilang kan berganti
cinta tiba cinta pergi,
yang azali ku nanti

Nak dengaq?

Download

Download Mp3 Tomok - Rindu Terhenti

password : vieredotnetdotmy

:: Sharing Is Not A Crime ::
:: Sharing Is Caring ::

Life June 4th 2009

Kenangan Terindah 07 - 09 SIT 1A, 2A, 4A PTSS

2 Comments »

dsc_0736

dsc_0730

Alhamdulillah. Habis sudah kesemua final exam Fakhrul. Selepas 2 minggu bertungkus lumus di dalam menjawab final exam akhirnya Fakhrul selesai dengan jayanya. Kalau nak kata jawab tu mmg boleh jawab kesemua. Cuma jawapan tu saja yg taktau samada betul ataupun tidak. Ada juga peperiksaan yang buat senang ja tak study sungguh2.. Petang tu nak exam maka pagi tu baru start study. Nasiblah paper Keusahawanan Siber saja. So kot mana pun bleh goreng gak. Cuma taktau samada gorengan itu betul ataupun tidak. Tak mengapa. Tinggalkan ia berlalu di situ sahaja. Final Exam dah lepas berlalu. Tunggu sahaja resultnya bagaimana nanti. Harapnya tiada masalah lah.

Pada ketika ini Fakhrul baru sahaja pulang dari lawatan kelas selama 3 hari di Kuala Lumpur. Pada hari khamis dan pukul 9.30 malam kami semua bertolak ke Kuala Lumpur. Biarpun pada awalnya dijangka kan kami akan melawat Finas tapi terpaksa dibatalkan pada saat akhir kerana mereka kata tiada menerima surat padahal sebelum ini sudah membuat confirmation dan mereka kata tiada masalah untuk datang. Apakah yang terjadi sebenarnya? Harap pengurusan Finas mengambil hal serius. Nasib baik kami menelefon dahulu sehari sebelum datang. Andaikata kami terus datang tepat pada masanya mungkin terpaksa pulang begitu sahaja. Kami semua sampai ke Restoren Jejantas Sungai Buloh pada pukul 6.30 pagi. Selepas membuat apa yang patut kami bertolak pergi ke Art Square iaitu dimana syarikat yang mengeluarkan majalah gempak, utopia dll. Kami mula memasuki bangunan mereka pada pukul 10 pagi dan selepas itu diberi penerangan oleh Ketua Editor mereka bagaimana sesebuah magazine itu diterbitkan dan proses-proses yang akan terjadi. Selepas itu kami berpeluang melawat kesemua floor iaitu dimana kami boleh melihat para designer mendesign kartun - kartun yang ada di dalam majalah gempak. Boleh dikatakan kesemua menggunakan komputer Apple. Dan hasil photoshop mereka juga amat pantas dimana mereka perlu menyiapkan 1 page di dalam masa 3-4 jam sahaja. Selepas itu kami berpeluang melihat bagaimana printing transparent plastik dilakukan untuk page yang bercolour. Di setiap floor ada bahagian masing-masing. Semuanya sedang membuat kerja dan ada yang kongsikan ilmu dengan kami semua.

Selepas semuanya selesai kami membeli cenderahati dan buku yang dijual. Fakhrul tidak ketinggalan membeli 2 buah buku cerita dan sehelai T-Shirt. Kami juga diberi poster percuma dan air minuman Gempak Starz percuma. Terima Kasih pada pengurusan Art Square. Selepas itu kami terus ke Kepong untuk menunaikan solat jumaat dan makan tengah hari. Pada kali ini ia ditaja oleh Pak cik Fakhrul. Pada selepas makan itu kami terus ke Hotel di Pinggir Taman Tun Dr Ismail. Di situ melepak sehinggalah ke aktiviti seterusnya pada sebelah malam iaitu ke One Utama. Di One Utama pada mulanya hendak tgk Wayang. Tapi tak jadi lah pulak disebabkan oleh kerana terlalu ramai yang hendak tgk pada ketika itu. Mungkin disebabkan oleh terminator salvation. Kami memutuskan untuk bermain bowling sahaja dan selepas menghabiskan kami ke McD untuk membeli makan pulang ke Hotel. Walaupun letih ia tidak menghalang untuk membuat There is no secret. Dimana apa jua terasa dan iri hati disebutkan juga malam itu. Alhamdulillah. Bagi Fakhrul walaupun satu ketika dulu pernah terasa dengan mereka tapi itu dah ditutup buku dan sudah di settlekan di semester 2. Dan selepas itu kami semua happy sehingga ke hari ini. Yang ada pun hanyalah sakat menyakat mcm tu sahaja. Biarlah. Tiada yang penting pun bab kucai ni. Ahaks.. Selepas itu di Hotel just bersembang2 dengan beberapa orang kawan di floor sehingga pukul 4 lebeh. Letih juga dan selepas itu terpaksa tidur jugak lah.

Esok harinya kami bersiap untuk checkout dan pergi ke The Mines untuk ke Pesta Buku. Fakhrul hanya membeli sebuah buku sahaja dan bersiar2 di sekitar Mines Shopping Complex pada selepas itu. Kami makan di Kg. Baru yang pada kali ini ditaja pula oleh Menteri KPTM sendiri. Terkejut juga pada mulanya apabila ayah memberitahu dia pass surat tu kepada Menteri KPTM. Terima Kasih kepada beliau. Selepas itu kami ke Puduraya untuk membeli tiket untuk menghantar kawan-kawan pulang ke kampung. Banyak juga kerenah yang perlu dilalui. Yalah.. Pada masa itu terus pecahkan kepada 2 group. Tak sanggup nak dok di situ. Mungkin lagi banyak air mata akan menitis lagi. Mungkin muka Fakhrul time tu kelihatan ok. Tapi dalam hati sebak jugak lah.. Lepas ni akan merubah segalanya. Kerinduan semua pelajar SIT. InsyaALLAH. 5 tahun lagi akan Fakhrul kumpulkan kesemua kita 34 orang di pulau tioman. Biarlah hanya ajal dan maut sahaja yang memisahkan kita tak boleh berjumpa pada ketika itu. Andaikata hayat dikandung badan akan Fakhrul cari sehingga jumpa. Macam manalah agaknya pada ketika itu kan. Hmmm.. Masa dah 5 pagi lebih. Perlu tidur rasanya. Sudah kot. Ada lagi nak tulis. Tapi biarlah ia kekal di memori. Pada mulanya ingatkan ini adalah lawatan yang agak best. Tapi tak best juga disebabkan oleh pemandu bas yang panas baran dan tak reti hormat lecturer. Benar kata orang kesilapan jurupandu suasana akan menjadi tidak seronok. Tak mengapalah. Asalkan dapat berjumpa dengan kawan-kawan buat kali terakhir sebelum berpisah ok lah.

Bagi Fakhrul, semasa mengambil Sijil Teknologi Maklumat dari Sesi Julai 2007 - Januari 2009 adalah sebuah lagi kenangan terindah yang tidak akan pernah luput di fikiran Fakhrul. Kami hidup seperti satu family yang besar di bawah jagaan Cik Virakwan. Terima Kasih cik wan kerana sanggup menghadapi kerenah dan masalah yang kami hadapi. Dan terima kasih buat lecturer - lecturer yang pernah mengajar Kelas SIT 1A, 2A, dan 4A semasa Sesi Julai 2007 hingga Januari 2009. Kami faham kami kadangkala nakal di dalam kelas. Tapi kami tetap jua tumpukan perhatian untuk setiap ujian dan exam yang akan kami hadapi. Sekarang sudah tamat pembelajaran kami semua. Harap dihalalkan ilmu dunia akhirat. Teruslah berbakti pada nusa dan bangsa. Anak-anak murid masih lagi menanti ilmu dari anda semua.

Berjumpa lagi kita nanti di Pulau Tioman ok. 5 tahun lagi. Sila buat countdown. Ahaks.

Hemm.. Andai Dapat Ku Undurkan Masa

Kawan datang dan pergi tapi sahabat kekal selamanya.. Memori takkan terpadam begitu sahaja. Ia akan tetap menjadi satu ingatan kenangan yang terindah

Layan Samson - Kenangan Terindah

Gambar? Ada Bawah ni

Click here to read more.. »

Life May 31st 2009

2 dah lepas.. 3 menanti

4 Comments »

viere

Saja tadi masuk google.. Keboringan taktau nak buat apa saja taip viere. Dan tak sangka naik di first plak viere.net.my dengan carian sebanyak 99,200 result.. Fuh.. Apa yg dicari dengan viere.net.my entah la kan. Tapi takpalah. Sebelum ni pun sebenarnya banyak silent reader. Terdiri dari kawan2, pensyarah dan lain2. Apabila berjumpa mungkin mereka akan ada tanya serba sedikit mengenai perkembangan semasa yang dibaca di blog. Mungkin hits itu dibantu dengan kawan - kawan yang menggunakan subdomain viere.net.my.. Antara yang teraktif ialah sejuk. Takpa.. Akan memantapkan lagi selepas ini.

Ok.. Tinggalkan sebentar itu, kembali kepada tajuk. 2 dah lepas dan 3 menanti ialah final exam. Ternyata 2 subjek killer iaitu Visual Basic dan Multimedia Authoring telah Fakhrul berjaya jawab dengan cemerlang. Insyallah. Kalau PB ok maka result pun mungkin takdak masalah. Apa2 pun tunggu pada result akan datang. Mungkin awal bulan 7? Sama2 nantikan.. Pada selepas ini yang harus difokus ialah Keushawanan Siber, Network dan Web Authoring. Web mungkin takdak masalah.. Network mungkin bermasalah sedikit dengan ada yg tak cukup hafal lagi. Tapi tip yang didapati mungkin akan menyenangkan sedikit dalam menjawab soalan. Pada ujian VB dan Multimedia kami semua mencari soalan dan soalan. Dan alhamdulilah murah rezeki kami semua. 2 soalan yang membawa 50 markah naik 2 kali iaitu ketika di VB dan Multimedia.. Sebelum ini nak menjawab punyalah takut. Yalah.. Sem ni tak seperti semester yang lepas - lepas. Semester yang lepas mungkin ok lagi. Tapi semester ni banyak final mencari sendiri tanpa dibantu banyak oleh lecturer di dalam tip untuk menjawab final. Terima kasih kepada en fadh yang menolong serba sedikit dan memberi pinjam buku.

Tak lupa juga untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru dan pensyarah. Tak kisah la apa panggilan. Andaikata ia mengajar kita maka ia layak untuk di panggil cikgu. Dan besar pengorbanan. Cikgu di sekolah masih lagi mengajar anak muridnya untuk berjaya di dalam kehidupan yang akan mendatang. Tak leka sanggup berdiri berjam2 lamanya. Dulu penah ada cikgu kata ” Hangpa kalau tak belajaq sungguh2 takleh sambung belajaq nanti ” Ingat lagi Fakhrul pada perkataan itu. Sungguh. Tanpa usaha kita takkan dapat belajar sampai ke tahap ini dan tertinggi.. Jadi berusahalah untuk belajar kerana ilmu itu tidak habis.

Pada masa ni keletihan dah melanda. Dah puas tidoq harini. Hairan.. Jawab exam pun boleh letih. Ahaks… Minggu depan kami semua akan ke Kuala Lumpur. Lawatan. Harapnya takdak la letih mcm ni. Mau tidak tak syok la plak.

OKeh.. Masa untuk keluar. Buat yang mengenali. Jemput ke rumah ahad. Ada kenduri sepupu kahwin.

Life May 21st 2009