Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang…
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira…
Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga…
Di depan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja…
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku…
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,
kita akan tersenyum…
Di depan orang yang kita cinta,
lidah kelu untuk berkata-kata…
Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja…
Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu…
Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar…
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta…
Tetapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka…
Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis…
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan turut membuat dia gembira…
Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga…
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka…
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata
Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta….
Tetapi, hakikatnya…
Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi…
Kasih sayang-Mu Tuhan,
Itu yg kudambakan…
Dgn rahmat-Mu,
Ampunilah dosaku…
© 2005 Some Copy Right Reserve. Viere Blog. http://viere.net.my

July 25th, 2007 at 12:17 am
bez gler r….kalau nak tau,saya pun ske gler tlis madah2 cnta nie.dh byk gak r..kalau nak kte blh tukar2 madah….hehe..k,bye.
July 25th, 2007 at 12:44 pm
Thanks sbb lawat blog ni. Ye ke? Ok. Takde masalah. Lagipun sy ada byk jgak sbnrnya cuma malas la jgak nak keluarkan sbb ada sesetengahnya jiwang sgt. Nanti orang kata apa pulak. Hehe
August 23rd, 2007 at 11:10 pm
klu awk sudi,ajarlah mcm mane nk bt blog mcm awk nie.sya klu bab2 kmpter nie mmg zero!nk sgt muatkan blog sya t dgn madah2 sye tue……erm……
August 23rd, 2007 at 11:13 pm
opps..bru prasan,amelia sharizan bt husaini tuh sye tau aka cinta ashamy..hehe..manela tau tkut awk pning t kan..k r,sye mtk diri dlu k.bubbyez…………