
Heh… Cuti lagi minggu ni. Hemm.. Stakat skrg ni bleh la pembelajaran aku dkt poli. Aku dah jadi siswa PTSS ( Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin ). Kelas pun ok ja. Kebanyakkan bdk² laki kelas aku semua periang. Suka dok buat lawak sampai kekadang tu lecturer tgh ngaja leklok pun tumpang gelak skali. Hummm.. Kelas pun stakat la ni kurang la sket. Banyak pensyarah yg pergi kursus. Tp tu la, apa yg aku pelik ialah bleh kata kebanyakkan kelas aku tu lecturer yg ajar tu semuanya suka lepas awal dari masa. Cthnya grafik komputer 3 jam. Tp blaja stakat 2 jam ja. 1 jam lagi masa untuk rehat. Heh.. Maybe kelas aku spesel kot. Sbb kelas lain dgn lecturer yg sama dari apa yg aku dgr ialah kelas diaroang tu lepas betul² time tu. Takde awal dan takde lambat. Hemm..
Dkt sini aku kenal ramai kawan. Bdk johor, kelantan, melaka dll lagi. Pastu jumpa la member² time plkn dulu dkt guar chenderai pastu bdk² sek aku. Heh.. 2 minggu lagi aktiviti koko iaitu polibriged akan bermula. Maybe sibuk la sket kot sbb aku pun kekadang takda masa. Dkt kamsis pun kalau nak surf net start dari 27hb ni aje sbb pelajar jabatan teknologi maklumat boleh start daftar aritu. Tp jabatan lain awal la plak. Haduhh.. ‘Suka laaaa..’ So pasni aku pun taktau dapat update ke tak blog ni sbb dkt sini dia ada block certain web. Tah la. Sama² la kita nantikan. Tp aku rasa mcm takkan block aje sbb penah bukak sekali aritu.
Time kelas aku respek kelas En. Fadlie.. Dia baik. Ajar kami C++.. Menda yg aku mmg nak blaja dari dulu lagi. Thanks En Fad!.
Hemm.. Kelmarin besday aku. Heh. Ape² je lah. Takde sambut pa pun sgt. Orang wish pun sket je. Mcm biasa la. Hehe.. Tapi takpe, dah ada orang ingat tu syukur lah. Heh.. Ngantuk la plak. Nanti la ada masa aku update lain. Lagipun gambar dkt sana pun tak sempat tangkap lagi. Hehe.. C ya
Heh.. Ni aku dah nak p dah. Tok aku dok hingaq dah. Ya la dok mengadap pc lagi. Huhu.. Rilek je. Poli dgn umah aku tak la jauh sgt. Dalam 5-7 minit mcm tu sampai le. Pasni aku maybe slow sket blogging ni. Tah la. Biarlah apa pun. Janji ada masa aku update. Takda masa biarkan aje dia tak hidup. Lagipun domain ni pun dah nak expired dah. 27-7 ni kot.. Tak p bayar lagi. Biarlah dulu. Aku nak tukar dns dulu baru bayar. Sbb sia² ja aku dah bayar RM200 untuk beli hosting tapi tak guna lagi.
Heh.. Babai.. C u lain kali. Dah rasa tak best la plak nak tinggal semua ni dan p msk (Minggu Suai Kenal).. Suka la minggu tu. Haduhh…
Heh… Bermakna sungguh tarikh hari ni. Keramat.. Hmm.. Bulan ni jgak la besday aku. Yippi bleh upgrade akaun maybank aku dah. Walalaa.. Seksa punya seksa setelah sekian lama aku menunggu untuk menggunakan maybank2u. Ye la senang kerja sket. Tak payah aku p mesin atm check baki la transfer la. Skrg dkt mouse aje. Hehe.. Actually aku ada dah maybank2u. Utk teen. Tp paham² la. Bkn semua function ada. Transfer ke 3rd party takleh. Tu yg hangin tu. Baik takyah buat.
Heh.. Pe aku melalut sampai cita bab maybank plak. Hemm.. Skrg ni Dah tak ramai dah yg keluar. Dah rasa boring dah. Keluar pun sket ja. Ye la yg len pakat p belajaq dah. Takpa la nanti ada cuti kita jumpa lain.
Heh.. Tunda punya tunda last skali bleh jgak aku tulis menda ni.. Apa yg aku idamkan dan dapat. Berapa percent aku tak dapat. Saja aritu masuk blog kang. Tgk ada mcm ni. Terfikir jgak aku nk buat. So kredit utk dia walaupun aku rompak idea dia sket. Hehe.. Kadang² byk benda yg kita impikan tapi tak semua menjadi. Ada yg gagal dan berjaya. Lumrah kehidupan. Perkara itu tetap akan kita lalui dalam hidup kita.
1) Upgrade pc aku
Aku rasa dalam 70% dah berjaya. Lcd 20inci sudah ada. Mouse n mousepad razer dah ada. Cuma mobo, proc dan graphic card aje yg tak siap lagi. Sbb tgh tunggu tahun depan nak keluar yg baru. Kalau aku beli skrg ni rasa mcm rugi la plak. Baik aku simpan dulu duit tu. Buat pelaburan. Hoho…
Peratus berjaya : 70%
2) Ke KL menaiki moto
Menda ni terjadi hujung tahun lepas. Alhamdulillah aku berjaya sampai dan kembali. Memang tu pengalaman yg tak dapat aku lupakan seumur hidup aku. Asalnya di ideakan oleh numan. Tp dia tak kesampaikan untuk mengikut so aku teruskan dgn mengajak si pandey (fakrul razi) dan bugis (mushardi). Asalnya ada lagi nk p. Tp kira mai kira tinggai kami tingai tiga ja. Bleh la. Banyak berenti. Dok sana naik moto dah belajar menyelit dgn afiq. Siap langgar side mirror 2 buah kereta (myvi dan merc). Walala.. Biasa la first time belajar menyelit naik moto dkt kl. Dah la nak kena langgar sbb silap lorong. Nasib baik la kereta tu sempat brek. Pastu atas federal highway relax ja bawak kat tgh² line dari kl balik ke shah alam. Aku juga dapat pengajaran yg kalau nak jalan jauh kena pakai sport rim dan tayar besar. Peratus nak pecah tu kurang sket. Dah la time balik tu aku balik dari ipoh ke perlis sorang². Ye la pandey dan bugis singgah ipoh. So aku meneruskan perjalanan aku pulang ke perlis seorang diri..
Peratus berjaya : 100%
3)Ke KL drive kereta
Heh.. Menda ni best. Sampai jgak aku ke KL dgn drive kereta. Time tu mcm biasa la. Rancang mcm ramai nak p. Tp di saat akhir hanya aku dgn numan je. Huhu.. Janji melayu kan.. Tp takpa. Aku tak kisah. Tu no problem punya. Ikut ska la hampa tu hak hampa semua. Dari Perlis ke KL aku drive. Man tak drive pun. Dok sebelah aje. Kejap aje aku rasa dalam 5 jam mcm tu sampai la KL. Dkt kl aku tido dkt umah amirin. Nasib baik la ada member dok situ. Tambahan plak kondo dia dkt pwtc. So nak p memana senang sket. Bleh naik train aje. Dkt situ aku rasa aku banyak shopping barang pc. Ye la mau tak mau dekat 600 jgak pa. Refer post sblm ni ( kalau ada ). Perkara yg aku takleh lupa ialah lepak dkt lowyat dekat sehari. Masuk pagi malam baru keluar. Hoho.. Ntah pape ajerk… Pastu time aku naik kereta dgn mat razin. Dia bawak laju dan ajar aku cara menyelit time naik kereta dan race. Ye la asyik jumpa kereta modify aje ajak orang tu race. Gila ka hapa dia tu. Huhu.. Dah la nak langgar bas. Nasib baik pandai elak. Tp aku rasa tak semua aku rasa impian aku tercapai. Aku tak sempat nak jumpa orang yg nak bunuh aku dkt petaling street tu. Pastu impian aku nak p lepak dkt The Walk dalam The Curve tak sampai jgak walaupun aku banyak jgak menghabiskan masa di damansara.
Peratus berjaya : 97%
4) Ke kelantan jumpa dgn su (su’aidah).
Hemm.. Yg ni mmg best. Akhirnya dapat jgak aku p sana dan jumpa dgn su. P umah tok cik aku sama.. Pastu singgah jap dkt umah su. Tu ja.. FYI (su) <-- Ni la member baik aku time plkn dulu.
Peratus berjaya : 100%
5) Hosting sendiri
Akhirnya aku dah berjaya ada host sendiri. Mmg dah lama dah aku impikan. Tp sblm ni mmg ada dah. Cuma aku tak tukar dns aje. Dan skrg ni dah berpindah ke server baru. Terima kasih adam kerana menumpangkan aku di server anda selama setahun. Jasa² mu dikenang.
Peratus berjaya : 100%
6) Dapat tawaran belajar
Pehh.. First aku dapat interview untuk mass com dkt uitm. Tp tu la tak dapat. Maybe bukan rezeki aku kot. Takpe la. Pastu p dkt JMTi. Tak dapat jgak. Takpe la. Alhamdulillah la dgn apa yg aku dapat. Iaitu dkt politeknik. Bleh la dari takde ape langsung. Tp yg bestnya aku dapat course yg aku minat. Ingat lepas ni nak sambung buat dalam networking plak. Bleh buat cisco cetrified. Nanti kalau dah kerja gaji sedap sket. Takpun keja dgn diaorang aje.
Peratus berjaya : 100%
7) Majlis perpisahan untuk sambung belajar
Hemm.. Menda ni dah berjaya. Alhamdulillah. Rancang punya rancang akhirnya menjadi jgak. Kalau tak jadi aritu tak tau la. Tp berkat ketabahan dan sabar kitaorang semua menda tu menjadi. Mmg best. Menda ni buat dkt bukit ayer. Gambarnya ada dalam post yg sebelum ni. Pandai² la korang kodek².
Peratus berjaya : 100%
8)Menggemukkan diri aku
Heh.. Aritu time dok dkt plkn berat badan aku meningkat. Ye la sebelum p tu aku ada timbang. Ada la dalam 49KG mcm tu. Tp aritu ada p medic pastu nampak penimbang so try la timbang. Tgk� berat badan aku naik. Jadi 54KG. Yahuuu.. Gembiranya aku. Huhu.. Tp lepas aje keluar berat aku maintan balik jadi 50KG mcm tu. Biasa la tu. Takkan la plak aku nak angkat penimbang tu kot. Huhu..
Peratus berjaya : 60%
9) Ada awek
Pehh.. Yg ni la menda berat. Payah ada ahh.. Mungkin tak sampai masanya lagi kot. Heh. So…..
Peratus berjaya : 0%
zzzzzz.. Nak sambung tdo. Nanti nak bangun solat subuh plak. Ada masa aku update lagi. Tp thread yg ni jgak.
Hemm.. Aku pun taktau aku bz ke tak.. Tp tu la.. Sampai takda masa nak update blog ni. Huhu.. Tah la.. Aku pun heran.. Dah beberapa malam dah jiwa kacau aku mai balik… Memula rancang nak p alor star aje. Pastu terus lajak penang.. Hoho… Serupa dekat. Tp mmg dekat pun. Hemmm…Oh ya. Pasal yg haritu tu nanti la aku buat. Takda masa lagi.. Lagipun minggu depan aku dah nak masuk poli dah. Weeeeee.. Cepatnya masa berlalu. Tup tup tup dah nak masuk dah. Haduhh..