Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

Jojo digilis…

No Comments »

Hemm.. Baru ja sampai umah pagi tadi dalam pukul 10 mcm tu. Terus online depan pc aku buat apa yg patut. Dan hairan jgak sbb tak nampak jojo. Slalunya kalau dia dgr aku masuk rumah aje cepat² ja dia datang dkt aku. Aku pun tanya la tok aku kemana jojo menghilang. Pastu tok aku bagitau yg jojo digilis oleh sepupu aku. Time tu dia tidur dkt bawah kereta sepupu aku. Sedih jgak. Pastu dengar mak aku cerita yg tok aku menangis dan sampaikan tak lalu nk makan sehari tu. Ye lah, jojo la peneman dia time pagi². Kalau time tok tgh siram pokok bunga waktu pagi jojo & amy akan ikut skali temankan tok. Pastu tinggal jojo se ekor dan skrg dah tiada dah..

Tak tahu la sekarang ni mcm mna. Dah la dulu tok menangis dah sbb kehilangan amy. Skrg ada 2 lagi kucing dkt rumah. Bubu dgn puteh. Tok kata ni la last kucing yg akan bela. Pasni dia taknak bela dah sbb dia kata kalau bela pun nanti dia mati mcm tu jgak.

Life August 16th 2007

Mid Semester Break

No Comments »

Heh.. Dkt umah dh skrg ni. Cuti semester break 1. Dalam 2 minggu mcm tu. Tp tu la. Cuti ni serupa tak cuti la sbb esok(11) hingga 15hb aku kna p polisas kuantan untuk mewakili PTSS dalam pertandingan paintball. Harap² dapat menang la. Ya la pengalaman pun takda. Sat g dlm 8.15 PM kena p alor star plak amek man balik dari perak. Cuti la kot. Heh.. Tp tu la, tak semua cuti time ni. Mcm universiti rasanya takda cuti. Lalala.. Dah abes dah update web poli. Rasanya takda apa dah kot yg tertinggal. Assingment pun tak banyak untuk cuti ni. Mcm kelas SIT cuma 1 assingment ja. Tu pun dari EN. Fadli. Yg lain dah bagi awal dan siap dah. So time cuti ni tak perlu pikir byk sgt cuma fikirkan untuk projek english nanti aje nk buat apa. Rasanya balik polisas nanti la aku rancang dan buat. Tgk apa nak jadi.

Life August 10th 2007

Letih sket.

No Comments »

Hari ni balik umah jap. Sbb kelas habis awl dalam pukul 1.15. Time nk balik plak En hafiz telefon utk perkembangan semasa. So time nak balik tu singgah sat dkt pusat komputer dan dalam 2.30 baru bleh balik. Minggu ni minggu last dah. Pastu cuti pastu lepas cuti tu ada ujian, amali dll lagi la. So kena prepare sket. Maybe letih la sket. Takpa la dah biasa dah. Nama pun pelajar.

Ayah adam dah selamat dikebumikan hari ahad haritu dalam pukul 6 lebih dgn tanah perkuburan kg banggol sena, mata ayer. Hairan jgak. Kawasan tu rasanya dkt guar nangka tp pasal apa boleh jadi mata ayer. Tah la. Kesian dkt adam. Tabahkanlah hati. Adam pun sempat jgak mandikan ayahnya. Alhamdulillah la. Aku sempat ziarah sebelum mandi tu. Mukanya berseri ja. Mmg orang yang beriman. Pastu dalam pukul 7 lebih tu balik umah jap mandi, sembahyang maghrib, pack² barang dan dalam 8.30mlm mcm tu bertolak balik ke ptss. Time cuti aritu yon dgn yap ada balik. Bleh la sembang² dgn diaorang. Lama dah tak jumpa. Keluar la pula cerita² time zaman sek la apa la. Pastu diaorang ada cerita mcm mana assingment diaorang dll la. Bleh kata diaorang tu lagi bz. Assingment sepanjang masa ada. Sampaikan tidur pun 3-4 pagi. Stakat skrg alhamdulillah la. Aku tak sampai lagi mcm tu. Maybe nanti kot. Nak kuar jap p jumpa adam. Sbb malam ni dia dah nak bertolak balik ke UITM Melaka dah. Lalala…

Life August 7th 2007

Solar halo muncul lagi di utara Semenanjung

1 Comment »

Heh.. Menda ni berlaku kelmarin. Time tu baru aje lepas solat zohor. Keluar aje dari surau dkt JTM tu jumpa En. Fad. Dia ajak tgk satu fenomena halo. Katanya jarang sekali nak jumpa. Ingatkan beribu² tahun baru nk ada tapi rupanya menda ni kalau jumpa pun kira bernasib baik dan tak lama. Pastu ada la member² tangkap gambar. Kalau tgk real mmg nampak cantik la sbb nampak mcm gegelung hitam mengelilingi matahari tu. Apa pun ni gambar dan video yg sempat di kutip dari bdk² sit 1A.

Pic

Videonya

ambil dari blog Omaq

Solar halo muncul lagi di utara Semenanjung

BUTTERWORTH 6 Ogos – Setelah kewujudannya menarik perhatian umum pada Mac lalu, solar halo atau fenomena lingkaran seakan-akan pelangi mengelilingi matahari muncul lagi hari ini di beberapa negeri utara Semenanjung.

Fenomena menakjubkan selama lebih dua jam itu bermula pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Pegawai Jabatan Meteorologi Pulau Pinang, Zamuna Zainal ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan fenomena itu adalah kejadian yang sama pernah berlaku pada 21 Mac lalu.

Beliau berkata, ia terjadi apabila kandungan jutaan hablur atau kristal ais berbentuk heksagon di atmosfera terbias pada cahaya matahari sehingga membentuk beberapa segmen cahaya berlainan.

Click here to read more.. »

Life August 7th 2007

Ayah Adam Meninggal. Takziah..

1 Comment »

Tengah aku dok update lmn web poli td tetiba ja dpt msg dari Adam (kawan baik aku) pukul 3.18 AM yg mengatakan ayah dia sudah tiada. Inalillah wa inalillahirajiun. Semoga Allah swt. mencucuri rahmat ke atas rohnya.. Semoga Allah memberkati kehidupannya di dunia dan di akhirat.. Dan dia ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman dan bertaqwa.. Semoga dia terlepas dari seksaan kubur dan azab api neraka.. Moga allah swt. meluaskan dan menerangkan kuburnya dan memberikannya keselesaan di alam kubur.. Serta memudahkannya melangkah di atas titian sirat..

Al-Fatihah.

AMIN

Kesian dia dalam umur mcm ni dah kehilangan seorang ayah yang tersayang. Bersabarlah adam. Setiap yg pergi takkan kembali. Sudah sampai masanya. Perkara ni memang takleh elak. Td ada telefon dia. Dok dengar dia nangis. Banyakkan bersabar. Tabah menghadapi ujian dan dugaan dari-Nya

Hari ni mcm biasa aje. Sekejap aje dah hari Ahad. Hmmm.. Nak tido dah. Dah dekat pukul 4pagi dah.

Life August 5th 2007

Sudirman - Pelangi Petang

No Comments »

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya nanti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya…

( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua…

( ulang dari korus )

p/s: Dah lama tak upload mp3. Ada terdengar lagu ni. Mmg best. Kadang² betul apa dalam perungkapan tu. Rupa²nya allah memberikan kita pelangi yang indah…

Download

pass : vieredotnetdotmy

Music August 4th 2007

New HP

2 Comments »

Yg tu ja. Takda yg specialnya pun. Cuma boleh guna 3G ja. Tu pun kalau nak guna dkt perlis kena pergi dkt kangar. Kawasan Arau dgn Ulu pauh tak da. Kalau ada ok la sket. Bleh guna internet guna hp. Senang sket sbb internet dkt poli tu sampai skrg tak aktif² lagi. Assingment banyak yg menggunakan internet. Mujurlah rumah dekat. So petang² tu kalau takda kelas bleh balik la. Tp tu la, la ni tiap² petang bleh kata ada training teater untuk sambutan 50 tahun kemerdekaan Malaysia dkt politeknik tu. Dkt dalam teater tu aku ada la dalam 3 scene kot rasanya. Dkt dalam scene tu aku jadi Pelajar Melayu Great Britian, Orang Kampung, dan Deligasi bersama Tunku Abdul Rahman menandatangani perjanjian kemerdekaan keatas tanah melayu. Ok la jgak. Bleh kata kebanyakkan watak utama tu di pegang oleh budak² SIT 1A (kelas aku la ni). Mcm senior² pa semua tu kebanyakkannya jadi askar melayu, jepun dgn british ja. Lagipun masuk teater ni best. Dapat pengalaman baru. Sesuatu yang tak pernah buat tetiba dah jadi kebiasaan. Lagipun dapat sijil, kira OK la tu.

Cuma yang tak bestnya skrg ialah masa free dah jadi sikit. Tak macam dulu dah. Mcm time² bleh balik umah jap, call, riadah, lepak tepi tasik dll la. Tp skrg dah takda. Takpa la. Kejap je ni. Dalam 29 Ogos ni habis la. Tp penantian tu kadang² satu penyiksaan. Tp bak kata orang. Ada hikmah di sebaliknya. Hemm.. Minggu depan ada test untuk wakil poli dalam paintball. So kalau terpilih kena p polisas dkt kuantan tu bertarung antara politeknik seluruh malaysia. Haiyaa.. Sbrnya aku bknnya reti sgt nak main. Tp rasa² mcm bleh ja. Biarlah. Kalau dapat p je lah. Nak buat mcm mana. Tp aku rasa kalau tak dapat pun maybe aku jadi reserve ja sbb skrg ni yg mintak nak p cuma 7 orang ja. Tak banyak yg mintak sbb time tu time cuti. Yelah siapa yang nak pergi kan? Ingat cuti 2 minggu tu nak p kelantan jap. Nanti la fikir lain. Tgk² jadual balik time bile free.

Minggu ni aku rasa minggu yang paling bz skali. Ada jgak dok mengadap internet. Tp tak terbukak blog ni untuk update. Skrg ni pun free. Tu pun dah pagi dah.

Ni la gambar time dkt pintu gerbang perlis - kedah. Dkt je dgn politeknik. Time tu balik dari alor star. So singgah jap tangkap gambar. Heh.. Mcm budak² je..

Ni gambar time dkt dpn Giant Alor Star. 1st dari kiri ialah tole, wan, me & boy. Time ni baru sampai ja. Lagipun dah takda kelas aritu so dah diaorang ajak turun alor star nk beli barang pa tah so ikut la skali. Tu pun time nak balik rush gila. Ye la kena masuk sblm pukul 7. Pukul 6 baru bertolak dari poli. Hehe

Kehidupan aku dkt poli setakat la ok. Baik jgak. Cuma letih ja sbb banyak berjalan. Bleh kata tiap² malam aku tidur awal. Ye la sblm ni time dkt rumah bleh plak tidur sampai 2-4 pagi. Tp dkt poli paling lewat pun pukul 1.15 je. Time tu pun mata dah layu sgt² dah. Tp hairan jgak. Member² aku yg lain ok aje. Maybe diaorang dah biasa kot. Takpa la. Nanti ok dah kot. Lecturer dkt sini semua baik² belaka. Salute diaorang. Apa yg tak reti diaorang ajar sampai boleh. Selagi tu tak paham selagi tu la diaorang ajar. Tak mcm dgn lecturer member aku yg lain, maksud aku yg berada di universiti, kolej dsb.. Banyak pengalaman yg tak best ttg lecture diaorang yg aku dgr. Alhamdulillah lah. Lagipun lecture baik ni selalunya senang bagi markah. Hehe..

Time sembahyang pun ok. Tiap² subuh & maghrib ada tazkirah. Cuma time subuh tu tak banyak sgt orang. Pusat Islam dkt sini pun besar je. Cuma masalah yg dihadapi ialah kadang kala air takda. Demam aritu pun dah lega dah. Kira lepas bangun je pagi tu dah kurang dah sket. Tak terasa sgt dah. Alhamdulillah.

Life August 4th 2007