



Kelmarin 17 ramadhan bersamaan dengan 29hb September ada sambutan hari nuzul al quran peringkat politeknik tuanku syed sirajuddin.. Semua pelajar kamsis tak dibenarkan balik. So minggu ni aku tak balik. Try dok kamsis. Mmg dalam perancangan awal ingat nak lari balik ja. Tp pikir balik menda mulia dan tak rugi ikut so tak balik la.. Ni la first time cuti weekend aku tak balik umah. Berdasarkan apa yg aku tau Hari Nuzul Quran ni ialah merupakan hari memperingati Nuzul Quran (turunnya al-Quran) kepada Nabi Muhamad S.A.W. pertama kalinya ketika baginda sedang berada di Gua Hira pada malam Jumaat di 17 Ramadhan. Tak silap sural Al-’Alaq ayat 1 hingga 5. Ia jgak memperingati sbg hari pertamanya turun wahyu (nuzul Qur’an). Betulkan aku kalau salah.
Bulan ramadhan ni jgak bulan yg istimewa. Ada jgak peristiwa yg berlaku. Contohnya lailatul qadar yang dikatakan berlaku dalam 10 malam terakhir ramadhan.. Ada jgak dengaq ia mungkin jadi dlm malam yg ganjil cthnya malam 21, 23, 25, 27, 29. Entah la. Tp apa yg pasti harapnya aku dapat keberkatan dan berjumpa dengan malam lailatul qadar di bulan ramadhan tahun ni. Ingat lagi ustazah aku cerita dulu yg malam ni dalam al-quran ada dikatakan pada surah Al-Qadar yg malam tu lah yang dikatakan lebih baik daripada seribu bulan dimana Malaikat dan Roh juga turun. Insyallah dosa diampunkan dan doa dimakbulkan. Semoga kita adalah antara mereka yang beruntung dapat bertemu lailatul qadar. Amin…
Pastu dalam bulan ramadhan ni jgak la terjadinya peristiwa pembukaan mekah dan perang badar. Aktiviti dkt ptss biasa aje. Pukul 8 pagi p dewan. Pastu kna dok barisan depan sekali plak tu. Heh.. Ada ceramah, kuiz, nyanyian nasyid dari kumpulan dari UUM, bacaan surah al-quran dari qari jemputan.
Pastu dalam petang tu ada masak bubur lambuk. Heh.. Lama dah tak makan buboq lambok nih. Tp yg ni biasa je. Rasanya tak mcm buboq lambok yg ori. Biasa la student yg masak kan. Hehe.. Pastu sembahyang terawikh dkt pusat islam dan lepas tu ada upacara bagi hadiah..
Malam td ingat nak tidoq awai. Tp tgk2 sampai 2 notebook dgn aku untuk direpair. So semalaman aku tak tidoq. Pukul 6.30 pagi baru tidoq. Pastu dalam pukul 11pagi mcm tu baru terjaga. Buat apa yg patut. Main game sat.. Ni dah pukul 5 lebih dah.. Nak kuar jap p changlun.. Beli juadah nk bukak posa nanti.
” Al-Quran Pemangkin Modal Insan Terbilang “
Heh.. Minggu ni tah pasaipa.. Pantang lepa dok atas katil ka baring ka trus tidoq.. Maybe letih sgt kot. Tah la.. Ni pun dok ngantuk lagi. Nak kata tak cukup tidoq rasanya cukup..
Td ada kuiz math.. Satu soalan takleh buat. Gosh.. Mcm na la bleh terlupa.. Menda senang aje. Humm.. Harap² dapat ok lah. Isnin minggu dpan ada presentation.. Harap madam mui lan takda. So bleh test lagi. Sbb tak ready sgt la ni.. Ni pun runner balik umah jap. Nk update laman web poli buat redirect dkt web poli. Heh.. Esok ada hari nuzul al-quran. Banyak la jgak aktiviti. Dari pagi sampai malam. Patut la diaorang tak bagi balik. Nieway aku dah beli dah printer tu. Agak berat la jgak.. Amek dari alor staq.. Lama jgak menunggu. Sampai 2 jam. Humm.. Ingat dah nk p dah.. Pukul 6.45 dah. P pasar malam arau jap. Rasanya dah 4 tahun dah aku tak p pasar malam arau. Teringin gak nak p.. Bli utk berbuka..
La ni p mana pun byk orang kenai. Dok tegoq mcm tu ja la. Tambahan p pasar ramadhan kangaq tu. Bleh kata kalau p tu tak jumpa member ka sapa² ka mmg tak sah la. Tak larat nk tegoq. Kadang² sampai depa yg tegoq aku. Dkt kamsis plak dkt aras 5 mmg bleh kata semua kenai aku la. Ya la bleh kata semua dkat aras 5 tu pnah mai bilik aku. Melepak la print la. Tp bagus la jgak knai ramai orang. Bertambah kawan. Kalau ada susah dkt mana pun nanti kot kenai bleh mintak tlg pa yg patut. Tp mmg heran la. P mana pun deret ramai org knai aku. Time dkt plkn pun sama. Dkt poli pun alhamdulillah lah.. Dkt sek pun kalau p pun cikgu², budak² junior still kenai aku lagi. Ya lah muka aku la yg dok atas pentas jadi technician PA System sek. Maunya orang tak knai. Pastu aku la jgak dok jd cashier time kelab komputer bukak cc dulu dkt sek. Aku jgak la tukaq p buat peguguman dkt pejabat utk kelab komputer. Heh.. Byk pengalaman aku dapat dah..
Pagi ni ada test application software. Aku patutnya mai pukul 9.30 sbb nama aku sesi ke 2. Tp rajin sgt pukul 8 mai dah. Pastu dok gadoh la taktau nk buat pa. Last skali lepak dalam pejabat JTM. Baca paper sampai muak. Time nak p amek exam tu hp aku terjatuh atas kerusi dalam pejabat JTM tu. Tp time nk keluar tu ada sorang bro tu masuk hantar paper baru.. Elok sampai bawah ja selok poket tgk² takda. Trus lari naik atas balik. Seb baik ada.. Kalau tgk dari luar mmg nampak sgt kata tu hp. Alhamdulillah hp aku tu tak hilang. Kalau tak taktau la gena.
Time nk masuk amek exam td dok dgr pn farihan marah group sesi 1. Diaorang tak reti nk run masuk ke laptop dia. Heh. Teringat aku minggu lepas dia marah aku dpn semua budak kelas aku. Heh. Kesnya first dia tanya sapa yg menipu dalam latihan lab 3. Sorang pun takmau ngaku. Last skali dia sebut nama. Mai tang nama aku dia mai dkt aku dok tunjuk jari dia tanya samada btoi tak aku bagi orang tiru sbb no matrik aku ada sampai 5 file. Terkejut la jgak aku. Setau aku, aku la orang yg first hantar. Mcm na nk bagi orang tiru plak dah. Heh. Pastu aku bagitau balik la dkt dia yg dkt kertas lab 3 tu sendri yg tulis dia suruh save sbg lab3_f031 . Mau nya tak sampai 5 file. Semua orang dok ingat nk kna save sbg no tu. Tu no matrik aku. Tak pepasal aku kna marah dgn dia time awai² pg. Tp lepas aku jelaskan tentang tu dia pun faham. Alhamdulillah lah. Mau dak nk potong semua markah aku. Heh. Tp heran la jgak. Semua kertas dari lab 3 sampai lab 5 kot dia buat example pun suruh save dgn no matrik aku. Tu yg orang len dok pening tu. Haduyy…
Pastu masuk tgk soalan buat la apa yg patut. Exam tu sejam ja. Start pukul 9.40 sampai 10.40 pagi.. Tp buat menda tu sat ja. Ada 5 soalan dalam pc dan 10 soalan dalam kertas. Dalam pukul 10 pagi tu aku dah siap dah. So dok melengum ja la.. Nak buat pa. Dalam 10.30 mcm tu aku hantar kertas aku dkt dia pastu keluar. Malas nk tunggu lama². Bkn dapat apa.. Heh..
Exam tu bleh dikatakan senang lah. Tak la mencabar sgt. Tak study pun smlm. Nasib baik keluar yg aku tau. Mau keluar yg aku taktau tu taktau la gena. Ari ni balik jap buat assingment. Bila aku tgk balik subjek yg aku rasa bleh lulus dgn cemerlang ialah application software, grafik komputer, computer hardware technology, math, polibrigade ja kot. Yg dok nampak mcm nak failed tu ada dah. Sistem digit dgn programming.. Mau programming failed pakai tak naik semester 2 lah aku. Kna repeat lah.. Tp harap tak failed lah.. Kna tingkatkah usaha. Study lebih sket bab digit tu. Satu pa pun tak paham sgt. Tp dalam hati nk study. Tp takleh buat. Mungkin sbb aku kurang minat dgn subjek tu..
Ingat esok nk balik bukak posa dgn umah. Sbb hujung minggu ni dah tak bleh balik. So balik p la lambat sket. Depa bkn nak kata pa..
Heh.. Smlm tak tidoq langsung.. Pukul 6.10 pagi mcm tu baru tidoq lpas sembahyang subuh.. Letih la jgak. Pagi tu patutnya jumpa dgn depa dpn library pukul 10. Tp pukul 11.15 baru bangun.. Asalnya pukul 9.30 tu dah bangun. Tp tah la badan dok rasa letih lagi so sambung tidoq balik la..
Al-Fatihah utk adik Nurin.. Kesian dia jadi mangsa penderaan (Kalau betul lah itu mayatnya). Tp kalau dah diuji dgn ujian DNA dan result dia pun btoi slalunya susah nak di pertikai kan..
Ni patutnya aku dah nk kna berangkat p balik poli dah. Tp sat g la. Lewat sket. Mau p la pun takda pa sgt. Kalau ada internet syok la jgak. Tp internet pun tak dapat lagi. Asyik putus² ja. Baik takyah sediakan wireless kalau mcm tu. Bagi tak berguna ja utk student..
Teringat satu perkataan.. ” Jangan Lupa Asal Usul Kita dan Bagaimana kita dahulu”…
Kelas hari ni p lambat lagi.. Kelas pukul 9 pagi.. Tp pukul 8.55 pagi baru bangun. Nasib baik la tole mai ajak p kelas.. Kalau tak pakai tak terjaga la aku time tu.. Mandi² pastu pakai baju pa semua sampaikan kalut tu aku tak sempat nk pakai stokin.. Heh.. Nak kira kalau tak kalut pun takpa sbb kelas en supian. Tp tu la sbb takut tersalah information tu aku terpaksa buat kalut jgak la.. Time nk turun tangga tu jumpa shamsul dgn dikmi dan geng² klas dia. Depa pun lewat jgak.. Sembang punya sembang tgk² lecture yg sama iaitu en supian. Pa pun lari la jgak.. Dalam 9.10 mcm tu sampai klas. En supian baru nk bukak pintu. Tanya punya la tanya tgk² silap information.. Patutnya klas diaorang tp en supian soh diaorang balik dlu. Kesian plak dkt dikmi dgn shamsul tadi dok lari dgn aku dari asrama p kelas. Hehe.. Pasai pa tah minggu ni minggu paling lewat p kelas. Mesti lambat pnya. Nk kata letih tu mungkin ada jgak kot sbb smlm tido pukul 2 pagi.. Tu pun kes baru abes print.. Untung byk jgak la semalam.. Abes sampai 2 rim kertas a4 tu. Dapat dalam RM230 mcm tu. Bleh la habuan nk beli printer hp tu. Stakat la paling rekod skali mai print polibrigade orang yg sama ialah geng ske lah.. Sampai 100 lai skali print. Asalnya 25 lai ja. Tp biasa la malas punya kerja buat la 4 copy. So jadi la 100 lai..
Pastu dalam 4.30 mcm tu bangun sahur. Lambat la plak arini.. Gerakkan amar sbb dia ada pesan soh gerakkan dia kot² dia tak bangun.. Pas mkn tu main games sat pastu dalam 6.30 mcm tu baru tido slpas sembahyang subuh. Ari ni balik umah lambat sket. Slalunya selepas sembahyang jumaat tu dah balik dah tp lepak dulu sat main game pa pastu 4.30 baru balik.. Minggu depan dah la takleh balik dah. Ada hari nuzul al-quran. Pengarah tak bagi balik. Pa pun takda masalah bab tu. Ok la jgak. Sekurangnya bleh la jgak aku study sbb mau balik umah payah la nak study..
Jadual exam spm aku masih lagi tertampal dkt meja komputer aku. Heh.. Lama dah. Biaq la. Kenangan.. Dah la amek sampai 12 subjek.. Pastu orang paling last plak abes exam sbb last skali exam lukisan kejuruteraan.. Assingment la ni kurang. Hemm… Lecture pun masuk kelas dok ajaq mcm tu ja. Tah la.. Mmg free banyak la minggu ni.. Pastu dah diberitahu yg 5.12 nanti ada final exam. Ada 4 ka 5 paper tah aku kna amek. Haduhh. Tak lama dah. Pejam celik pejam celik dah sampai 5.12 dah nanti. Hemm..
Kelmarin dah amek ujian math.. Fuhh.. Agak senang la jugak. Harap² bleh score la. Lagipun peningkatan aku pun dah mendadak dah.. Dulu slalunya kalau salah dalam 10 @ 20 markah.. Tp skrg dalam 1@2 markah mcm tu ja.. Kira ok la. Harapan nk dapat Anugerah Ketua Jabatan tu ada la jgak tp tu la.. Usaha sket ja.. Taktau la.. Tgk la dulu.. Td dah la terbangun lewat nak p kelas.. Tgk² ada kuiz.. Dan buat satu soalan ja dari 2 soalan.. Ni kes semalam la.. Start dari pukul 8 malam sampai 1 pagi aku dok mengadap pc ja.. Tunggu orang abes print.. Sembahyang terawikh pun tertinggal.. Tp sembahyang isyak tak la.. So far smlm untung banyak la jgak.. Ada la dalam RM120 mcm tu. Tu baru sket.. Ramai lagi yg tak siap tu. Taktau la mlm ni gena.. Heh.. Ni kes folio polibrigade lah.. Kalau bkn sbb ni tak penuh la bilik aku smlm.. Ingat nak angkat printer laser. Cepat sket dari buble jet yg la ni.. Tp tu la fulus takda lagi. Kena tunggu sebulan dua lagi kot. Nak kna berjimat dulu lah nampaknya.
Minggu lepas ada amek gambaq untuk assingment komputer grafik.. Mcm² posing ada. Dah upload dah.. Tgk la dalam album tu.. Kelmarin cik izziani masuk kelas utk mengajar math. Alhamdulillah.. Dia tak jadi tukar. Dia lepaskan kelas dip utk pensyarah baru. TQ lecture.. Bukan pa senang nak faham sbb dah biasa dah dgn lecture tu..
Heh.. Tadi ada lalu ikut tadika lama aku.. So berenti jap ambik gambar. Tgk² keadaan.. Dkt sini la aku dibesarkan masa kecik² dulu. Tu pun dkt kampung aku dkt santan.. Tadika ni lama dah ada.. Tetap teguh seperti dulu cuma ndui,papan gelongsoq ja yg takda dah.. Jalan depan tu pun dah ber tar.. Maju dah sikit.. Dulu rumput ja.. Sebab tadika ni la yg aku jumpa kembali kawan baik aku time kecik² dulu.. Khalis.. Time jumpa balik tu sembang punya la lama.. Dan mungkin asun sekali dgn aku kot.. Kenangan yang tak dapat dilupakan.. Ramai kawan aku time tu. Tp tak ramai yg aku knai sbb dah besaq dah lupa dah.. Aku pun dok dkt santan takat umur 6 tahun ja. Selepas tok wan aku meninggal aku balik arau balik… Kalau tak sebelum tu mmg aku dok santan ja.. Semuanya tok wan aku layan.. Baik dia.. Mak aku pun pnah cerita yg ada sekali tu sampaikan tokwan aku ligan aku keliling kampung nk buat pa tah.. Tp pastu sedih la jgak sbb tok wan pun dah takda dah.. Time tu la aku terputus hubungan dgn kawan² aku dkt sana dan sepupu aku. Jarang sekali aku p sana. Sampai la pun kalau jumpa sepupu aku pun tak banyak yg sembang..
Kadang² bila teringat balik cerita dan kisah lama dulu rasa syok la plak.. Mmg syok dok santan. Tp tu la rumah tok aku jauh sket dari kawasan sawah padi tu. Tepi jalan utama nk menuju ke kangar ja. Mcm main keleboq dlm dlm sawah padi tu syok jgak. Heh.. Semua tu kenangan yang sudah lepas.




Time ni time orang dok mengala.. Kalau main ni syok.. Ikut belakang kobota ka serkup ikan.. Main keleboq sampai belemoih ka. Heh.. Tunggu la nanti bila free pula ka @ habis musim padi. Teringin jgak nk jadi mcm kecik² dulu..