Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

Sambutan Hari Nuzul Al-Quran Peringkat PTSS

Add comments

Kelmarin 17 ramadhan bersamaan dengan 29hb September ada sambutan hari nuzul al quran peringkat politeknik tuanku syed sirajuddin.. Semua pelajar kamsis tak dibenarkan balik. So minggu ni aku tak balik. Try dok kamsis. Mmg dalam perancangan awal ingat nak lari balik ja. Tp pikir balik menda mulia dan tak rugi ikut so tak balik la.. Ni la first time cuti weekend aku tak balik umah. Berdasarkan apa yg aku tau Hari Nuzul Quran ni ialah merupakan hari memperingati Nuzul Quran (turunnya al-Quran) kepada Nabi Muhamad S.A.W. pertama kalinya ketika baginda sedang berada di Gua Hira pada malam Jumaat di 17 Ramadhan. Tak silap sural Al-’Alaq ayat 1 hingga 5. Ia jgak memperingati sbg hari pertamanya turun wahyu (nuzul Qur’an). Betulkan aku kalau salah.

Bulan ramadhan ni jgak bulan yg istimewa. Ada jgak peristiwa yg berlaku. Contohnya lailatul qadar yang dikatakan berlaku dalam 10 malam terakhir ramadhan.. Ada jgak dengaq ia mungkin jadi dlm malam yg ganjil cthnya malam 21, 23, 25, 27, 29. Entah la. Tp apa yg pasti harapnya aku dapat keberkatan dan berjumpa dengan malam lailatul qadar di bulan ramadhan tahun ni. Ingat lagi ustazah aku cerita dulu yg malam ni dalam al-quran ada dikatakan pada surah Al-Qadar yg malam tu lah yang dikatakan lebih baik daripada seribu bulan dimana Malaikat dan Roh juga turun. Insyallah dosa diampunkan dan doa dimakbulkan. Semoga kita adalah antara mereka yang beruntung dapat bertemu lailatul qadar. Amin…

Pastu dalam bulan ramadhan ni jgak la terjadinya peristiwa pembukaan mekah dan perang badar. Aktiviti dkt ptss biasa aje. Pukul 8 pagi p dewan. Pastu kna dok barisan depan sekali plak tu. Heh.. Ada ceramah, kuiz, nyanyian nasyid dari kumpulan dari UUM, bacaan surah al-quran dari qari jemputan.

Pastu dalam petang tu ada masak bubur lambuk. Heh.. Lama dah tak makan buboq lambok nih. Tp yg ni biasa je. Rasanya tak mcm buboq lambok yg ori. Biasa la student yg masak kan. Hehe.. Pastu sembahyang terawikh dkt pusat islam dan lepas tu ada upacara bagi hadiah..

Malam td ingat nak tidoq awai. Tp tgk2 sampai 2 notebook dgn aku untuk direpair. So semalaman aku tak tidoq. Pukul 6.30 pagi baru tidoq. Pastu dalam pukul 11pagi mcm tu baru terjaga. Buat apa yg patut. Main game sat.. Ni dah pukul 5 lebih dah.. Nak kuar jap p changlun.. Beli juadah nk bukak posa nanti.

” Al-Quran Pemangkin Modal Insan Terbilang “

Life September 30th 2007

Leave a Reply