Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

Meja dah semak..

Add comments

Huh.. Dah semak balik dah meja aku. Baru ja sampai semalam.. Elok aku sampai ja baru nk kemas tgk² ada kastemer mai nak print. So pasang la pc tu dlu. Sampai dekat pukul 10 lebeh la jgak pastu aku bg member aku jaga.Aku nak kmas barang dulu. Kalau dok layan yg ni ja pakai tak kemas la barang aku. Agak ramai la jgak smlm. Ye lah baru balik dari cuti. Assingment belambak. Semalam saja dpt pun lebeh kurang 70 lebeh. Kira ok la jgak.

Pastu lpas ja abes tu msg dia jap. Dok tak dok orang mai lagi. Aduhh. Dekat sejam jgak la baru abes. Msg balik pastu aku p tgk jap member aku buat projek amali. Agak ok la jgak. Pukul 1.45 tidoq pastu dlm 2.30 bangun jap depa gerak suruh tgk projek gena. Samada ok ka dak. Godek punya godek agak lama la jgak. Test print la apa la. Pastu dok sembang2 lagi. Pastu dlm 3.30 aku sambung tidoq balik. Pukul 4 lebeh baru dpt tidoq sbb sampai pukul 4 aku takleh tidoq lagi. Dok pejam mata ja la. Tp tak tidoq pun. Pastu mangun jap smayang subuh sambung tidoq balik. Lebeh kurang dalam pukul 7.15 bangun mandi siap² pastu turun kafe breakfast dan p ke klas. Agak sakit jgak la bahu aku. Maybe sbb dah lama tak galas beg kot. Dan kena dkt urat. Hemm.. Dah nak masuk bulan 11 dah. Pastu hujung bulan 12. Operation. Tatau la gena nnt. Harapnya menjadi la operation tu. Kalau jadi kot lain tu sebelum tu aku nak mintak maaf banyak2 la kalau ada salah pa2. Menda ni la yang dok main dalam pikiran aku sebulan dua ni. Tatau nk jadi apa nanti. Harap2 ok lah.

Arini sepatutnya ada presentation untuk english. Time masa pendidikan islam td Puan Mui Lan antaq msg dkt tole kata kelas dibatalkan. Dia kena p matrik ada pa tah untuk exam muet. Selamat aku. Mau dia masuk arini mmg presentation aku failed la. Sbb segala presentation aku dok dalam thumbdrive aku. Pastu amer plak pinjam aritu. Dia bawak balik p melaka. Suka lawak dia. Takpa, aku dah suruh dia pos dah. Harapnya sampai cepat la. Aku rasa dalam minggu ni @ minggu depan maybe aku p polibrigade kot. Dengaq kata dkt timah tasoh kali ni. Tatau la mcm mana. Tp ok ja. Dengaq orang dok cerita tu aku rasa plkn lagi teruk. Tp teruk plkn pun dia mendisiplinkan diri. Banyak aku blajaq dkt sana. Cthnya kawad kaki (mmg sblm ni blajaq dah sbg kadet bomba. Tp buat sapa yg taktau asas dkt universiti ada kokurikulum. So mau tak mau kena kawad. Sapa yg p plkn mmg untung lah.)

Pastu lagi banyak modul yg diajaq time plkn aku dapat manfaatkan time dok poli. Kenegaraan, Pembinaan Karakter, Masalah dan bermacam lagi lah. Sampaikan ke ibadah. Pastu time dkt plkn pun kena menepati masa iaitu datang awal 15 minit. Mmg patut depa buat mcm tu. Mcm kalau lambat p kelas mmg menda ni sebagai pengajaran lah. Dulu dkt plkn mau lambat p beratur tuk check kekuatan kena front support position down, pt 10, gaban, cium tiang, berdiri depan orang ramai dan byk lagi, kenangan semua tu. heh… So mau dkt poli kena kunci pintu. Heh.. Nak kira mcm2 lagi aku dapat. Mmg tak rugi aku masuk plkn. Syok la.. Pengalaman tu hanya mai sekali ja dalam hidup. Dah ia dah jadi kenangan terindah dalam hidup aku.

Arini makan agak banyak la jgak. Tp heran. Perut aku sentiasa lapar. Mungkin nk kena makan banyak lagi kot. Tp dah tu dok lari sama time nak p klas.

Meja yang nak kembali semak

Life October 22nd 2007

One Response to “Meja dah semak..”

  1. Zam Says:

    Todia. mouse yg mahal. RM200 tuh

Leave a Reply