Program Pendidikan Luar Polibrigade Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin peringkat Sijil Teknologi Maklumat Semester 1.
Huuu.. Akhirnya kluar jga dari poli. P camp dkt gua kelam.. Bertolak dalam pukul 3 petang mcm tu. Pastu dalam 4 mcm tu sampai la. Mendirikan khemah pastu amek barang2 fasilitator dan pegawai pusat sukan. Pehh.. Mcm takda tangan nk angkat sendiri. Padahal takda la berat mana pun. Dah la beg sendiri. Suruh orang angkat plak tu. Nampak sgt baloq liat. Tp takpa. Aku angkat ja dgn ikhlas.
Lpas tu kelas SIT 1B plak mai. Tgk depa senang byk ja. Tak angkat barang pun. Khemah pun bdk kelas SIT 1A yang buat. Pehhh.. Tp takpa la. Semua tu biasa ja. Pastu lpas ja p angkat barang tu sorang pegawai pusat sukan tu nama dia yusra kot. Dia tu praktikal UITM ja. Nk ikut nk abes dah tu. Pastu dok buat garang bleh. Tempik2. Skali time nk p lapor tu p tempik dpan dia sengap trus.. Siap dia nak tergelak. Nk buat serius tp tak reti. Senior yg jadi fasilitator pun ada yang tak puas hati dkt dia sbb cara dia tu bkn cara polibrigade dah. Dia kata dulu program ni takda pun tempik2, tekan tubi la apa la. Tp mai time dia jd praktikal ni mcm dok buat kepala. Senior kata takpa la biarlah dia pun bukannya lama sgt dah. Tak lama lagi keluar lah tu. Pastu sembahyang maghrib.. Lpas tu ada aktiviti sket. Implemen ttg kumpulan. Kira bahagikan kumpulan la. Pastu depa taktau nak boh kumpulan apa so aku habaq ja boh ja reflector. Apa susah. Heh.. Nama reflector la ni semakin top. Aritu aku guna sebagai nama utk projek grafik aku. Takpa la. Naik sket nama ni. Bisnes pun mungkin akan maju sket. Orang pun byk kenai. Lpas tu sembahyang isyak. Dok takmau nk azan last skali aku kata mai la aku nk azan. So azan je lah.
Lpas tu buat aktiviti dalam kumpulan. Cerita ttg kumpulan, matlamat, motto, dan pasai pa pilih nama tu. Lpas abes ja menda tu main tembak2. So sapa kena suluh dgn lampu kena duduk pastu orang sebelah dia kena tembak orang sebelah dia tu. Sapa lambat @ kena tembak kena masuk dok dlam kumpulan depan tu. Lpas ja main menda tu main botol plak. Kira 1,2,3,4,5,6,botol,8,9 bla bla bla.. Kira sambung sampai orang kantoi la. Mmg menguji minda lah. Sapa ralit mmg kena. Nasib baik aku tak kena. Pehh. Lpas tu sapa yg kena tu kena buat show sket. Jalan cat walk. Haha.. Pas abes ja menda ni buat cpr.. Kira ajar mcm na nak buat cpr. Lpas tu tido lah jap. Abes dlm pukul 11 lebeh mcm tu kot. Tah la tak ingat. Tp yg tau dlm pukul 1 mcm tu kna bangun.. P buat aktiviti masuk dalam gua kelam. Depa bagi lilin ja. Tp kak yg jaga nk bagi lilin tu member kezen aku. So dia bagi lilin yang panjang sket. Time nak jalan masuk gua tu biasa ja. Sbb time tu langit cerah. So jalan tu mmg nampak sekeliling lah. Tak perlu nk pakai lilin. Time masuk gua tu lah yg nk pakai lilin pun. Tp rilek ja jalan laju. Siap ligan orang yg depan kami tu. Terkejut depa. Depa usaha jalan slow2. Tp kami jalan laju la. Pastu sampai dkt kluar gua kelam tu ada 2 checkpoint. Kira kena bagi password lah. Tgk2 kezen aku tanya. Aku gelak ja la dkt dia. Dia kata apa gelak2. Mai password. So aku bagi nombor 7 ja la dah dia kata nombor 3. Pastu yg kedua tu nombor 10. So nombor 0 je lah. Lpas abes tu tunggu geng pmpuan plak nk mai. Tu yg lambat tu. Tidoq la sekejap. Pastu tgk2 ada kerusi. Amek kerusi pastu main nyani2. Bila faiz abes nyani kna berebut dok atas krusi. Haha.. Ntah pa2.
Pas dah abeh semua masuk lepas gua kelam tu patah balik p sana. Pastu trus masuk tidoq. Igt nak msg balik dia. Tp malas la nk ganggu. Mungkin dh tidoq kot. Benda ni pun dah abeh kul 3 lebeh. Pastu pukul 6 mangun sembahyang subuh. Sambung tidoq balik sampai pukul 7.15. Basuh muka sket2 & gosok gigi pastu p sana. Tak mandi pun sbb mandi pun tak guna. Sat g depa nk bagi mandi jgak. Pastu aktiviti pertama tu buat senaman panas badan dulu. Lpas tu buat PT 10. Ada yang tak reti buat PT 10. Pehh.. Bila kata lompat bintang baru tau. Pastu buat la. Nak bagi sama. Punya la lama. Takda kerjasama langsung. Tak bukak mulut. Mcm mana nak sama. Pastu dah buat tak sampai 15 kali dah merungut dah. Cehh.. Masuk PLKN dulu la. Minimum 30 rilek ja. Tp slalunya lebeh la. Tp aku nk buat pun dok teragak2 jgak la ni. Takut sakit balik ja tulang aku. So buat sket2 ja. Ala kadar ja. Pastu buat grenade. Kira baring atas tanah pastu guling. Menda ni mmg takleh buat. Sebab tangan kena letak atas kepala. Kalau buat tetap sakit pnya. So aku duk sebelah je lah. Kekadang tak syok la jgak bila dah jadi mcm ni. Banyak benda takleh nk buat. Takpa la. Dah suratan hidup aku mmg mcm ni. Perkara ni tetap akan berlaku. Liku kehidupan aku sudah tertulis sebelum aku lahir lagi. Teringat kisah aku dkt PLKN. Mmg banyak kenangan. Time tu bahu ok lagi. Tiap2 malam sebelum tidoq mmg dok fight dalam dorm la sapa bleh buat sit up dgn front support position down(tekan tubi la). 150 tu kira minimum la. So aku pnah kalah sekali ja. Kira sapa yang kalah tu kena basuh gelas la. Lpas buat tu p makan plak. Kezen aku jaga makanan lagi. So mintak dia lebeh sket. Dia pun tau kata aku makan byk. So dia bagi la 6 bungkus. Aku perabih la semua tu. Semua member aku terkejut. So aku kata la. Tank RXZ ja. Hehe.. Depa soh aku makan. Tamau lah. Tak larat dah.
Pastu amek kain tuala p dkt pintu gua kelam tu. Letak situ pastu jalan masuk gua dan keluar. Igtkan lelaki kena mandi dkt luar. Tp rupanya nak buat jungle trekking. Kira naik bukit tu lah. So time naik bukit tu ada yang dok rasa penah dah. Heh.. Rilek ja. Cuba naik bukit sebelah guar chenderai. Silap2 menyakaq woo.. Dkt gua kelam bleh la ada tangga. Dkt situ mana ada tangga. Pegang pokok ja la mau nak naik pun. Nak turun pun curam ja. Mmg pakai lari ja la. Ada skali tu time merentas desa aku lari time nak turun. Sampai nk langgaq pokok tu. Seb baik lagi dan pegang pokok kecik sebelum tu. Mau tak, masuk paper lah aku. Hehe.. Pastu lpas turun tu sampai balik tempat letak tuala tadi. So depa soh cari 15 daun utk projek folio polibrigade. Lpas tu trus depa bagi mandi. Terjun trus la. Tunggu pa lagi. Pas tu buat water confident. Biasa ja. PLKN lagi teruk. Siap rejam dlm ayaq lagi. Bagi kepala turun bawah pastu kaki naik atas. Pastu pas abes tu depa bagi mandi lagi. Tp aku malas la. P sembang dkt kezen aku jap. Kira kami dua ja la. Pastu ada sorang senior lelaki tu mai tegoq aku. Kata aku dok ngorat dia. Aku gelak keras perut laa. Ada ka plak aku nk ngorat. Dah kezen aku. Sembang ja la. Buat pa nak ngorat. Pastu geng perempuan kelas aku pun dok kata mcm tu. Tp ada sesetengah tu kata yang tu kak aku. So gelak la lagi. Aku pun sulung. Mana ada kak. Kehkehkeh.. Tp geng laki tau dah sbb aku dah habaq dkt depa dah kata tu kezen aku. Konklusinya sbb depa kata mcm tu aku rasa sbb kezen aku tu putih. Pastu lawa plak tu. Sbb tu kata aku nk ngorat kot. Tadak hari la aku nk ngorat. Nak mengayat pun tatau.
Lpas abes semua tu balik p khemah balik. Buat explore race. Dua kali silap jalan. Tp alhamdulillah la. Dapat no 3. Kira ok lah tu. Time buat explore race tu mmg lari ja kerja. Aktiviti pertama kena cari bekas lombong. So bekas lombong ni ayaq tenang, tadak pengaliran air. So kami semua p la tempat tu. Tgk2 silap. Dia kata ni tasik. Kena p tempat satu lagi. Pehh.. Kena masuk dalam tasik tu pusing setengah round pastu p cari yang satu lagi. Kira ayaq tu ayaq kotoq la jgak. Mcm ayaq acaq. Pastu p tempat yang satu lagi tu. Kena masuk dalam ayaq p sebelah sana. Pastu jawab soalan tempat lahir EN. Fadli. So senang ja. Johor, sbb dia pnah bagitau dah. Pastu trus dapat checkpoint utk p tempat satu lagi iaitu pintu gua kelam. Igtkan pintu masuk. Rupanya pintu keluar. So kena patah balik la. Mmg silap jalan sungguh la. Pastu time p balik tu kena jalan itik sambil bunyi kucing. Pastu baru dapat klue yang seterusnya. Elok time dapat ja trus p cari taman batu. Rupanya kezen aku dok situ. Heh.. So buat aktiviti dkt situ iaitu meyuloq. Kezen aku tanya la samada bleh buat ka tak. So aku kata bleh buat lah. Pastu dpt klue p dkt tasik. Heh.. Ni baru betoi.
Pastu p dkt tasik dia ada bagi satu botol. Kena amek ayaq dalam tu masuk dalam botol. Tgk geng pmpuan amek sket2 ja. Sampai bila nak abes. So aku sedut bawak masuk dlm mulut la. Tole dgn faiz pun buat mcm tu jgak. Cepat la sket. Pastu abes tu dpat klue yang terakhir kena cari en paney. P cari dia. Pastu geng tu p tangkap dia. Senang ja. Lpas abes tu p tunggu geng lain sampai dlu. Lpas tu aku kna p amek nasi dkt depan nuh. So sblm tu p mandi dlu. Bersih badan dlu. Pastu p dpn gua kelam. Tgk tak mai lagi. Dok lepak jap sambil main ayaq sket. Agak lama la jgak. Rasanya dekat 20 min. Pastu lpas mai angkut p balik dkt tempat perkhemahan pastu tgk2 depa dok buat aktiviti. Iaitu jejak sibuta.
Igtkan tak kena buat. Tp kena buat jgak. So aku dok depan skali. Yg len ikut ja. Sepupu aku jadi instructor. So dia bawak tak la teruk sgt. Besa2 ja. Cuma aktiviti kena masuk dalam ayaq tu mmg takleh nk buat pa la sbb lpas tu orang lain yang jaga. Dok dalam ayaq mmg teruk la jgak kena. Depa mai lumoq selut dkt tangan dan tengkok. So time depa nk lumoq tu aku bagi dia ralit dlu. Pastu tangkap balik tangan dia lumoq balik dkt dia. Rasanya kena skit kot. Tatau lah time tu aku tak nampak. Pastu ada sorang tu mai dok semboq ayaq la. Abes basah kain tola aku. Aiya.. So pastu lpas abes tu makan dan mandi2 sket. Pastu smbahyang zohor. Dlm pukul 3 lebeh bertolak p dkt dpn gua kelam. Ingkatkan aku nk naik dulu. Tgk2 pukul 6 baru bleh naik bas. Adus.. Tunggu saja la depan tu. Msg ja la. Sampai poli naik bilik jap amek baju lebeh pastu balik. Sampai ja umah trus tala bilik ayaq la. Basuh baju, seluaq kain tola, stokin & kasut yang kotoq. Pas abes tu mandi pastu sembang dgn ayh jap. Pastu p poli jap umah cik ainul. Dia buat open house khas utk kelas aku ja. Baguih jgak dia ni. Mau kalau semua lecture mcm ni kan best. Hehe.. Pastu lepak sampai pukul 10.30 lah. Pastu balik umah buat la pa yang patut sket..
Kesimpulannya.
Program polibrigade ni nk lebeh kepada sesapa yang tak p PLKN. Sbb aktiviti dia menjurumus kepada mendisiplinkan diri. Tp tak la seteruk PLKN lagi. Biasa ja. Pastu apa yang aku dapat tau Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin mmg sangat berkira. Kenapa aku kata mcm tu? Sbb bas pun hanya sebiji saja disediakan. Pelajar terbiar begitu saja menunggu ber jam2 tanpa hala tuju. Membuang masa. Dan meletihkan driver sebab kena ulang alik byk kali. Duit dapat berjuta2. Tp masih kedekut. Kemana hilangnya duit tu aku pun taktau. Dengaq kata banyak disalahguna. Entah la. Ni apa yang aku kata dengan hati yang jujur dan ikhlas. Buat kerajaan. Jika nak ambil tindakan janganlah ambil dkt aku. Ambilah dkt bahagian pentadbiran PTSS. Hantar jabatan audit p tgk apa yang tak kena. Sampaikan tempat letak motosikal berbumbung pun takleh nak buat lagi.
Sorry byk sgt. Bkn pa, pasni nk kna buat folio. So pasni just copy n paste dan edit sket2 la pa yang patut. Hehe.. Gamaq tu nnt aku upload
