Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

-CINTA-

Add comments

-CINTA-

Sekiranya kamu dapati dirimu
mencintai seseorang yang tidak membalas
cintamu, janganlah merasa tersisih. Tiada
salahnya mencintai seseorang kerana cinta tidak
memilih untuk singgah di hati sesiapa pun; Cuma
cinta itu tidak memilih untuk singgah di hatinya.

Sekiranya kamu dicintai oleh
seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia
satu penghormatan buat dirimu. Kembalikan
penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan
jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah
melukakan. Setiap hati dan perasaan mengalami
kepedihan dan kebahagiaan yang serupa
sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya kita bercinta dengan
seseorang yang begitu mencintai diri kita, dan tiba-
tiba cinta itu memilih untuk pergi, tiada siapa yang
harus dipersalahkan. Relakanlah saja cinta itu
pergi kerana setiap yang berlaku ada maksud
yang tersembunyi dan kita akan menyedarinya
apabila masa silih berganti.

Kerana cinta itu sendiri akan memilih
untuk singgah di hati sesiapa pun, kamu hanya
perlu menerima kehadiran cinta dengan segala
misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk
pintu hatimu. Nikmatilah ia sebagaimana ia
membuat hidupmu bahagia.

Cinta sentiasa dan selamanya akan
menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah
singgah di hatimu…….

p/s: Sebenarnya ni hasil nukilan dari bebey84.. Geng love revolution forum jiwang.. Saja masuk tadi. Pastu tgk ada post ni. Copy paste kat sini ja la. Just utk tatapan umum..

Madah December 24th 2007

One Response to “-CINTA-”

  1. hafa Says:

    sy suka baca teks tu… :-)

Leave a Reply