Hemmm… 2007 dah nak abis.. 2008 menggamit kita.. Banyak suka dan duka aku tahun 2007.. Macam2 pancaroba telah datang. Dugaan dan lain2… Banyak juga cabaran yang telah aku lalui tahun ni.. Harapnya 2008 adalah lebih baik dari tahun ini.. Banyak kenangan.. Suatu kenangan yang terindah..
First skali 2007 mai ialah aku dimasukkan ke kem plkn guar chenderai. Time nak p mula la kalau bleh takmau. Tp bila dah p rasa syok plak. Tiap2 hari jumpa muka tu ja, pastu makan sama2, melawak sama2, tidoq sama2, mandi sama2(ada kolah, kekadang buat swimming pool), buat xtvt sama2, naik bukit sama2, kena denda sama2, lawan sit up dan front support sama2, p buat khidmat masyarakat sama2, belajar dlm kelas sama2, masuk hutan sama2, dan banyak lagi… Semua menda tu buat sama2. Dah jadi kenangan terindah buat tahun 2007. Satu kenangan yang takkan dapat aku lupakan sbb di situ aku telah belajar keinsafan, berdikari, menjadi pemimpin dan ketua, berfikiran terbuka dan fikirkan masa hadapan, dan lain2.. Memang aku tak menyesal aku pergi ke plkn. Andai diputar balik hidup dan diberi peluang untuk pergi sekali dengan geng2 yang sama aku sanggup p.
Okek.. Tutup jap bab tu.. Bab tu dah lama dah. Mau nak cita pun byk sgt.. Nasib baik time tu takda internet. Mau tak taktau la.. Saheh penuh pa blog ni. Lpas shari kluaq dari plkn tu keluarnya result SPM yang ditunggu2. Agak mengecewakan sedikit. Start dari tu aku ingat memang nak blajar bersungguh2. Dan seminggu lepas tu aku eksiden.. Patah tulang selangka. Takpa. Berserah pada takdir. Semua tu dah ditulis dah. Kita hanya melakonkan sahaja skrip yang ditulis itu. Pergi ke kl naik kereta. Yahh. Aku drive sendri ja. Time tu man pun takleh drive lagi. Satu pengalaman yang agak menarik. Pastu dpt interview utk mass communication(UITM) dan kejuruteraan komputer(Japan-Malaysia Technical Institute). UITM aku dpt. Tp disebabkan aku tak minat so aku tolak.. JMTI tu pun aku taktau. Tak check pun result dia samada dapat ka tak. Tp pastu mintak politeknik dan dapat politeknik tuanku syed sirajuddin. Kos Sijil Teknologi Maklumat. Ok lah tu. menda yang aku minat.
Pastu ingat sekali.. Aku hampir eksiden. Naik motor jgak. Tapi alhamdulillah.. Umur aku masih panjang. Aku dpt mengelak dari eksiden tu. After tu parent aku p umrah. So aku jadi ketua keluarga. Hantar dan ambil adik2 p dan balik sek. Pastu menguruskan perniagaan family. Memang pengalaman yang susah nak dapat. Yalah.. Satu ketika nanti bila dah bekeluarga tetap akan buat mcm tu. So mau dah ada family pun nanti aku taklah rasa kekok sgt nak buat benda2 mcm tu. Pastu jaga kdai n p penang lpas tutup kdai. Abes ja revolusi tu aku masuk ke politeknik. Mendaftar sebagai pelajar di situ.
Di situ aku jumpa ramai kawan2.. Ada yang bleh buat kawan dan ada yg bleh buat musuh. Dan ada jgak diantara kawan2 tu yang dah lupa daratan. Tak ingat apa yang kawan2 dah korban utk dia mcm p hantar dia p stesen bas la dll.. Dia lupa jasa kawan2 dia. Takpa.. Itu juga dijadikan pengalaman supaya memilih kengkawan. Yalah.. Time susah baru cari. Time senang menghilang begitu sahaja. Takpa.. Lupakan saja. Perkara yang lepas tu lepas lah..
After that ketika masuk poli tu aku dpt interview untuk menjadi pilot.. Memang syok la jgak. Tp apakan daya. Lepas amek diploma baru bleh. Pastu antara yang lepas tu ialah aku ingat lagi. Mengadap pc dari tgh malam sampai ke subuh.. Ya lah.. Chatting ja. Dlu bleh la main game. Tp main game pun kekadang ada had dia jgak. Dlm 4 @ 5 mcm tu dah berenti dah. Takpa. Bkn nak letih sgt pun. Ada jgak menda yang dibuat daripada tidoq. Di poli jgak time final exam jgak mengajar aku erti tak kluar dari bilik dan belajar bersungguh2. Yalah.. Dlu dkt sek mau failed ka apa ka still bleh blajaq lagi. Tp dkt sini mau failed ja kena ulang len. So tu tlah membuatkan aku untuk belajar bersungguh2 walaupun usaha tu ciput ja. Haha.. Apa tah lagi. Byk jugak.. Dah lupa dah. Dan perkara yang paling baru ialah aku dah masuk scout. Yalah.. Last skali pun time sek rendah ja. Masuk sek men dah tak aktif dah sbb pengakap sek tu mmg tak aktif. So dkt sini aku knai ramai orang2 baru.. Dan aku pun ada jgak baik dengan seorang perempuan.. Khalilah namanya..
So 2007 pun dah berlabuh utk pergi.. Beberapa hari ja lagi dah masuk 2008. Ada jgak azam dan harapan utk 2008.. Harapnya azam dan harapan tu akan menjadi kenyataan.
Diantaranya ialah:
- Dapat Anugerah Ketua Jabatan
- Belajar bersungguh2
- Buat sky diving @ dkt genting sky venture
- Modify kereta
- Bergembira bersama ahli reflector studio dan putra rovers
- Menjadi seorang insan yang ada guna utk keluarga dan masyarakat..
Jangka panjang
- Ada seseorang yang boleh menyayangi aku se umur hidup
Hahaha..
Tu ja kot takat ni.. So selamat datang 2008.. Umur 19 tahun aku tlah datang..

December 29th, 2007 at 2:45 am
agak menarik plot penceritaannya..hehe..so..gudluck 4 da incoming new year..usaha tangga kejayaan…smoga impian tcapai.pasya!
January 17th, 2008 at 10:56 am
THATS INTERESTING TO HEAR YOUR STORY..ACTUALLY,IM STUDENT FROM POLI TOO.BUT NOT FROM YOUR POLI..AND NOW,I HAD A PRACTIKAL IN PERLIS..ERMMMM….THATS ALL FROM ME NOW,I HAVE LOTS OF WORK TO DO.SO,CHOW CIN CHOW….HOPE TO ADD YOU AGAIN.DAAAAAAA…..