Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

bz atau sengaja mem’bz’kan diri?

No Comments »

Entah la. Mungkin ada dua. Antara aku bz dan mem’bz’kan diri. Tp mau nak kira dok dpan pc tu mmg ada. Cuma tak terfikir nak update blog ni. Harini kelas digit takda lagi. Alhamdulillah. Kelas Database pun takda juga. Tadi cik wati ada jumpa. So aku diberi tugas untuk buat kad jemputan dan iklan untuk karnival ict anjuran JTM nanti. Insyallah kalau ada ilham cepat lah siap. Mau takda tu lambat lah sikit

Tadi mak ada bagi duit. Ingatkan duit apa. Rupanya duit dividen dan bonus yg bank rakyat bagi. Banyak jgak kali ni. Heh.. Perlis kalah lagi kepada johor fc. Apa nak jadi. Dah 2 kali dah kalah. Jangan dok harap chipeta ja. Dan buat inter milan. Cuba lagi di san siro. Bagi p final la uefa tu.. Aku menyokong penuh. Walaupun kalah dengan liverpool harap2 di sansiro nanti boleh menang.

Life February 25th 2008

Tak apdate

No Comments »

Dah lama tak update. Seminggu dah tak apdate. Kemalasan dan kesibukkan nak update blog mendatang. So rini aku bangun mcm biasa p ke kelas. Time kelas admath tadi aku tertidur agak lama la jgak. Setengah jam jgak la aku tidoq. Dan paling mencipta rekod ialah kerna time tu aku dok di barisan hadapan sekali. Mmg tak kantoi langsung. Cuma kawan2 dok bengang ja sbb aku syok2 dok tidoq tapi depa kena tahan mata takleh tidoq. Terkejut kan aku dok depan sekali tp tidoq tak kantoi. Haha.. Cara tu yang penting. So ptg ni balik umah jap amek baju sket. Ritu bwk balik banyak. Terlupa nak bwk mai.

Life February 21st 2008

Seharian ke Kuala Lumpur

No Comments »

Ahaa.. Isnin malam ritu aku p kl naik bas. Sebelum tu keluar dulu dgan amir sembang2 dkt football corner. Nekad yang telah pasti kerna hendak menghantar untuk memohon tempat LI di tabung haji. Harapnya dapat lah. Mau tak dapat takpalah. Nak buat mcm mana. Takda rezeki. Dan aku akan berdoa semoga dapat. So tunggu lagi dua minggu lah.

So pagi tu sampai saja dkt pudu aku tunggu jap pandey nak mai amek. Biasala dia nak keluaq tu lambat sket sbb pak gat tu tahan dia tak mau bagi keluaq. So aku tunggu ja dkt menara maybank tu. Tp aku dok dkt satu tempat dan apabila henda dok ja ada sorang brader teksi tu tegoq aku supaya jangan dok dkt situ. P dok dkt tangga nuh.. Sbb situ tempat orang dok kencing pa smuanya. Bau hancing katanya. Dari cara dia bercakap tu aku dapat meneka dia ni mesti asai utara pnya. So aku berterima kasih padanya kerna mengingatkan aku. Tp ok lah jgak. Time aku dok situ dan turun dari bas takda sorang pun mai tanya aku nak naik teksi ka dak. Dan semasa dok melepak dkt dpan tangga maybank tu dok tgk la bas berenti menurunkan penumpang. Mmg geng2 teksi ni dok tunggu dpan pintu bas dan bertanyakan samada hendak naik teksi @ tak.

So dalam dekat pukul 6 mcm tu pandey sampai. So round2 dlu dgn dia dan balik ke asrama dia di IPBMM (Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia). So sembang2 dgn dia dan kemas apa yg patut. Pastu time pagi tu just p hantar dia p ke klas dan meneruskan perjalanan p breakfast. Dan dalam tu ada lilah msg. Memula takda klas pastu ada klas. Macam2. Hehe.. So pastu p melilau dlu. Malas nak p awai2. Orang baru masuk office ja. Biaq depa steady dlu dengan keja. Lalala.. Time tu dok menyelit dkt kl la. Agak best. Lagipun aku pun dah lama tak menyelit di bandar KL ni. Last skali time mai kl naik motor masa penghujung tahun 2006 dahulu. 2 tahun dah berlalu. Tp jalan2 masih segar di ingatan. Cuma ada kalanya terlepas pandang jgak la sbb ralit. So dalam pukul 10 mcm tu aku p hantar resume dan segalanya yang diperlukan. Kak tu kata depa akan tgk kekosongan tempat. Kalau aku bernasib baik mungkin akan dapat. Insyallah. Harapnya dapat lah. So pastu p lowyat jap. Tgk2 banyak lagi kedai tak bukak.

So just round2 jap n terfikir nak p HQ HP center dkt damansara height. So p lah situ. Tp tgk banyak sgt orang dan aku tak jumpa pun tempat yang jual tu so aku pun balik la ke kl semula. So p lepak dekat pasar seni. Round2 dlm tu dan benti makan dkt secret recipe jap. Tgh2 makan tu tetiba ternampak seseorang yang aku rasa mcm kenai. Mmg betoi lah. Time sekolah rendah dulu nihh.. Fitri. Lama dah tak jumpa dia. So memula nak tegoq tu agak sengan jgak la sbb takuit salah orang. Tp naluri aku kata mmg dia tu kawan lama aku dan lpas makan ja trus p dkt situ. Dia keja dkt tempat jual coklat. First aku tegoq dia dan dia pun senyum ja dkt aku. Ingat lagi dia dkt aku. Ingatkan tak ingat dah. Mau tak ni nak kna sakai la. Dlu dok main skali ja time kat perlis. Tp time awal darjah 6 dia pindah p kl. So aku lost contact. Sembang2 dgn dia agak lama jgak la. Biasa la banyak agenda yang nak disembangkan sampai bukak habeh cerita lama2. Cerita yang aku tak ingat dah pun jadi ingat.

So pastu aku meneruskan perjalanan ke Petaling Jaya untuk ke Digital Mall. Digital Mall ni lebeh kurang mcm lowyat la sbb smua barang2 elektronik dkt situ. Dan kedai2 dkt sini pun kebanyakkannya geng2 lowyat ja. So cari benda tp tak jumpa. P KL balik ke lowyat. Di situ just round2 dan p ALL IT. Bli tvcard dan antena. Pastu p simpan barang aku dalam locker ALL IT. Tak payah la bawak barang. Lenggang ja. Hehe.. So round2 kebanykkan kedai dalam tu. Ingat nak beli casing baru. Tp dibataskan kerna bila difikirkan balik aku hanyalah datang menaiki motosikal dan bas. So time dok round2 tu aku terjumpa sorang lagi kawan lama time sek ren. Haih.. Kerap sungguh jumpa. Maka tak sia2 la aku mai. Menjalin semula persahabatan yg telah putus sekian lama. Pastu rehat jap n solat dan aku p HP HQ Center yg dkt damansara tu. Try tanya customer service dia. Dia bawak p dkt kak yg bahagian tukaq barang(time aku p takda orang, time lunch kot). So kak tu kata tak payah beli. Aku balik umah dan print saja masalah yang aku hadapi tu. Dan hantaq mai balik dkt dia. So aku pun kata la aku dok perlis. Tgk2 dia bukak loghat perlis ja. Terkejut aku. Dah la time tu ramai orang plak tu. Dok usha ja. Takpa. Memartabatkan bahasa sendiri. So tanya la sket2 dan dia kata dia dok pauh dan mengundi ni dia balik la kot. So dia cadangkan aku p hantar dkt penang ja. Tak payah nak mai. Pastu p jumpa amer dkt dpan pavillion. Sembang2 ja dgn dia dan jam pun menunjukkan pukul 5 dah. Lewat dah. Pandey pun dah habeh klas. So p lowyat balik dan amek balik beg dan barang aku dan meneruskan perjalanan ke tempat pandey.

Time tu buat apa yg patut. Dan nak p taman shamelin perkasa dkt tempat cipun dan cedin. Time dalam perjalanan tu banyak dugaan ditempuhi antaranya tayar pancit dan lining brake terlalu keras. So time nak tukaq lining tu aku saja kata kat pandey yg cina ni mau buat kat orang melayu, bukan layan orang cina saja pun. Pastu dengan tidak semena dia letak spanar dia dan mai dkt moto pandey pebetoi menda tu. Tak sangka la plak dia dengaq. Aku cakap slow ja. Dan dia tak amek upah. Phew.. P lepak jap dan makan dan lepak dkt umah sewa cipun n cedin. Tgk2 dah lambat dah nak balik. So balik dengan sepenuh kelajuan ke lembah pantai dan packing2 barang. Sampai ja pudu tgk2 bas dah tinggai aku. So mau tak mau kena p jalan duta. So p la jalan duta. Dengan penuh harapan aku harap bas tak tinggaikan aku. Alhamdulillah. Time aku sampai tu bas dah jalan separuh dah. So aku tahan ja la tgh jalan. Malang tidak berbau aku tertinggal jaket aku dkt moto pandey. So malam tu sejuk la sket. Kebekuan melandan. Lalala..

Gambaq takda sbb time tu bateri aku nak habeh. So aku tak tukaq pun bateri sebab nak memaksimumkan penggunaan bateri. Dalam bas baru tukaq.

Konklusinya aku amat berpuas hati pada kali ni. Ada masa aku mai lagi. @ mungkin mau kalau dapat tmpat LI sini lagi bagus. Ada lagi tempat yg aku tak explore. Dan aku rasanya misi aku hujung minggu tu p melawat kawan2 sama. Dari ipoh ke kl.. Ok lah tu.

Life February 21st 2008

Weekend at Tambun Lost World Ipoh

No Comments »

Rancangan ni asalnya hendak p alor star untuk tukar hp aiman.. Tp dalam2 dok pikiaq tu tetiba ja dok ajak nak p main bowling dkt jitra mall.. Pastu mai masuk lagi rancangan baru iaitu p penang. Tp bila difikirkan balik penang dah p dah tahun lepas maybe nak p jauh sket kot tgk2 last skali keluaq la idea nak p tambun lost world ipoh. Pastu dalam dok tambun pun dok berkira nak p pajat cameron. Heh.. Jadi2.. Mentang2 la OKB. Time duit sesak baru nak pikiaq. Time duit banyak enjoy ja sampai takda saving. Mcm2 depa ni. Biaq p lah. Asalkan depa hepi dah..

So mmg rancang nak p tambun la. Pastu tetiba ari jumaat tu dapat berita mengatakan bahawa pagi sabtu kena p ceramah motivasi dan ini adalah wajib untuk setiap student JTM. So mau takmau kena p jgak la. So ingat nak tangguh. Tp disebabkan oleh pasni pun takut takda masa sgt so p jgak la lpas abes ceramah tu. Ceramah abeh dalam pukul 11.45 mcm tu. So pastu cergas balik kamsis dan packing barang sket n trus p. So sampai tambun pun dlm pukul 3 lbeh mcm tu. Masuk2 mandi2 dan dalam pukul 5.45 dah bersiap nak kluaq dah sbb dah nak balik dah. Lagipun tambun tutup awai. Dalam pukul 6ptg mcm tu dah tutup dah. First aku masuk aku rasa mcm besa ja. Takda la yg best sgt. Tp yg best pun sbb pemandangan dia la. Dan lagipun tambun ni dia masuk skali dgn taman2, tasik dsb.

So pastu p round2 jap. Msg man tgk2 dia tak balik perlis. Dan dia pun ajak tidoq umah dia. So sblm nak p tu p jusco kinta jap main bowling. Mereka agak jeles la jgak disebabkan aku berjaya memotong mereka semua dan leading.. Tp pin aku biasa ja. 139 ja. Takda la banyak sgt. Tp depa bawah 100.. Dalam lingkungan 90-50 kot. Tah la. Tak ingat sgt. Lagipun aku main pun biasa ja. Dah lama tak main. Last main pun dkt star prade as dan sebelum main tu mmg dah lama tak main. Last skali ingat time bulan 7 tahun lepas. Tp time main dkt kinta tu pergelangan aku agak sakit jgak lah. So bila baling tu mmg terasa lah.

After tu just p makan jap n balik umah man. Mandi2 pa smua pastu lepak ja. Tgh2 dok bersembang tu aku trus tertidoq. Tak sedarkan diri. Mungkin letih sama kot. Ye lah dkt lost world tu pun dok bergelak dengan menjerit ja tak habeh.. Time main bowling pun sma. Dok bergelak ja. Heh.. Dah lama tak gelak panjang. So pagi tu lpas depa smua mandi just p makan dan meneruskan perjalanan pulang ke perlis. Dalam perjalanan tu dkt pendang kot rasanya ternampak eksiden. Agak teruk jgak lah. Mcm mana bleh jadi mcm tu taktau plak. So hati2 di jalan raya. “Biar laju asalkan selamat sampai ke destinasi”. Balik tu singgah jap dkt alor star hantaq hp aiman. Dan meneruskan perjalanan pulang ke perlis. Sampai tu aku just round2 ja lah kot dlm perlis. Taktau nak p mana.

Life February 21st 2008

Kepulangan ku ke Kamsis PTSS

No Comments »

Heh.. Ptg ni aku akan kembali ke kamsis ptss. Adakah barang2 sahaja akan kembali @ aku tak kembali? Sama2 lah kita nantikan ptg ni. Haha.. Tgk lah dlu. Mau agak takda pa mungkin dok dalam kot. Tp tah la. Hari jumaat dah nak balik plak dah. Haiya.. Mcm2. Barang dah siap packing smuanya. Dari smlm lagi. Banyak jgak la. Dan mmg betul pun kata mak aku. Nasib baik aku dpt dkt perlis. Mau dapat jauh jenuh. Tu ja kot. Jumpa lagi di lain kali.

Life February 13th 2008

Orang Cemerlang Dan Kegagalan

No Comments »

“How Many Wrong To Make It Right??”

Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan

Madah February 12th 2008

Mati ketika cuba padam kebakaran

1 Comment »

PADANG BESAR 9 Feb. – Seorang jurulatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Guar Chenderai di sini mati akibat diserang sakit jantung selepas terkejut mendengar letupan tong gas dalam satu kebakaran hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang dan letupan itu dipercayai berlaku ekoran kebakaran sederet tujuh buah rumah kedai di pekan Mata Ayer dekat sini.

Mangsa, Tan Pang Kwok, 56, adalah bekas anggota tentera berpangkat sarjan.

Anak Pang Kwok, Tan Shee Ying, 21, berkata, ketika kejadian bapanya cuba membantu memadamkan kebakaran apabila melihat api membakar deretan rumah kedai berkenaan.

Bagaimanapun, jelas beliau, bapanya terjatuh ketika berlari ke tempat kejadian kerana terkejut mendengar letupan tersebut.

”Pasukan perubatan yang tiba kemudian mengesahkan kematian bapanya akibat serangan sakit jantung,” kata ketika ditemui di sini hari ini.

Turut berada di tempat kejadian dan melawat mangsa ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer, Khairi Hassan dan ADUN Simpang Empat, Zahari Bakar.

Pegawai Operasi Pasukan Bomba dan Penyelamat Kangar, Mohd. Syukri Madzuki berkata, pihaknya mendapat panggilan beberapa minit selepas kebakaran itu berlaku.

Serentak itu katanya, lima jentera bomba iaitu tiga dari Balai Bomba Kangar dan dua dari Arau serta lima jentera dari pasukan bomba sukarela bergegas ke tempat kejadian.

”Kebakaran dapat dipadamkan dalam masa 20 minit tetapi semua kedai papan itu hangus kerana api marak dengan cepat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md. Dros berkata, siasatan awal mendapati kebakaran bermula daripada salah satu daripada deretan kedai berkenaan.

”Bagaimanapun punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat,” ujarnya.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kecuali seorang lelaki mati akibat terkejut, tetapi ia tiada kaitan dengan kejadian tersebut.

Sumber : Mingguan Malaysia 10 Februari 2008

Kelmarin ada baca paper mingguan malaysia. Tetiba aku ter’aim’ pada satu berita. Hemm.. Tak sangka nak jadi sampai mcm ni

Mangsa ialah seorang cikgu jurulatih PLKN aku time d Guar Chenderai tahun lepas. Dia menjadi jurulatih fizikal aku tapi tidak mengemudi kumpulan aku. Dia cikgu kepada kumpulan CHARLIE dan manakala aku ialah DELTA. Perkenalan aku dengannya ialah bermula daripada panggilan mat rem (bukan dia yg bagi nama tp time tu dia ada dkt situ) kerna memandangkan aku pun berasal daripada perlis so agak baik jgak dgn dia. Selalu bersembang. Tapi tak silap aku nama dia tan pong pek. Entah la.. Mungkin tan pong pek tu panggilan dkt kem sbb dkt situ slalu dok boh nama pelik2.

Tp dkt situ cuma seorang jurulatih berbangsa cina dan berasal dari mata ayer. Dan yg aku tau dia mmg berpangkat sarjan time dalam tentera dahulu.. Mangsa adalah seorang yang baik dan selalu menjaga kebajikan aku walaupun berlainan bangsa. Dia juga akan menolong aku jika melalui kesusahan yang teramat dan kadang kala jika aku ada dia akan panggil aku untuk jadi ketua jika ada apa2 hal. Cthnya bila kena denda. Aku akan mengetuai batalion(batalion la sgt,haha) geng2 denda tu. Tp bkn dia saja yg slalu suruh. Byk lagi jurulatih2 fizikal yg slalu kenakan aku. Tak kisah la. Bkn senang nak dapat pengalaman mcm tu.. Beliau juga senang bersembang dan sporting nak buat apa pun. Pemergiannya ialah satu kehilangan buat pelatih2 PLKN Kem Guar Chenderai. Semoga rohnya bersemadi dgn aman. Nostalgia PLKN. Such a wonderful things.. Igauan PLKN telah kembali.

Penah sekali dia mai kedai dulu dan sembang ramah dgn aku. Tak sangka tu last time aku jumpa dia. Payah nak jumpa orang yg baik mcm dia. Walaupun dia baik dan suka buat lawak tapi beliau adalah seorang yg tegas apabila tiba time serius.

Life February 11th 2008