Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

Mati ketika cuba padam kebakaran

Add comments

PADANG BESAR 9 Feb. – Seorang jurulatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Guar Chenderai di sini mati akibat diserang sakit jantung selepas terkejut mendengar letupan tong gas dalam satu kebakaran hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang dan letupan itu dipercayai berlaku ekoran kebakaran sederet tujuh buah rumah kedai di pekan Mata Ayer dekat sini.

Mangsa, Tan Pang Kwok, 56, adalah bekas anggota tentera berpangkat sarjan.

Anak Pang Kwok, Tan Shee Ying, 21, berkata, ketika kejadian bapanya cuba membantu memadamkan kebakaran apabila melihat api membakar deretan rumah kedai berkenaan.

Bagaimanapun, jelas beliau, bapanya terjatuh ketika berlari ke tempat kejadian kerana terkejut mendengar letupan tersebut.

”Pasukan perubatan yang tiba kemudian mengesahkan kematian bapanya akibat serangan sakit jantung,” kata ketika ditemui di sini hari ini.

Turut berada di tempat kejadian dan melawat mangsa ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer, Khairi Hassan dan ADUN Simpang Empat, Zahari Bakar.

Pegawai Operasi Pasukan Bomba dan Penyelamat Kangar, Mohd. Syukri Madzuki berkata, pihaknya mendapat panggilan beberapa minit selepas kebakaran itu berlaku.

Serentak itu katanya, lima jentera bomba iaitu tiga dari Balai Bomba Kangar dan dua dari Arau serta lima jentera dari pasukan bomba sukarela bergegas ke tempat kejadian.

”Kebakaran dapat dipadamkan dalam masa 20 minit tetapi semua kedai papan itu hangus kerana api marak dengan cepat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Supritendan Che Man Md. Dros berkata, siasatan awal mendapati kebakaran bermula daripada salah satu daripada deretan kedai berkenaan.

”Bagaimanapun punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat,” ujarnya.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kecuali seorang lelaki mati akibat terkejut, tetapi ia tiada kaitan dengan kejadian tersebut.

Sumber : Mingguan Malaysia 10 Februari 2008

Kelmarin ada baca paper mingguan malaysia. Tetiba aku ter’aim’ pada satu berita. Hemm.. Tak sangka nak jadi sampai mcm ni

Mangsa ialah seorang cikgu jurulatih PLKN aku time d Guar Chenderai tahun lepas. Dia menjadi jurulatih fizikal aku tapi tidak mengemudi kumpulan aku. Dia cikgu kepada kumpulan CHARLIE dan manakala aku ialah DELTA. Perkenalan aku dengannya ialah bermula daripada panggilan mat rem (bukan dia yg bagi nama tp time tu dia ada dkt situ) kerna memandangkan aku pun berasal daripada perlis so agak baik jgak dgn dia. Selalu bersembang. Tapi tak silap aku nama dia tan pong pek. Entah la.. Mungkin tan pong pek tu panggilan dkt kem sbb dkt situ slalu dok boh nama pelik2.

Tp dkt situ cuma seorang jurulatih berbangsa cina dan berasal dari mata ayer. Dan yg aku tau dia mmg berpangkat sarjan time dalam tentera dahulu.. Mangsa adalah seorang yang baik dan selalu menjaga kebajikan aku walaupun berlainan bangsa. Dia juga akan menolong aku jika melalui kesusahan yang teramat dan kadang kala jika aku ada dia akan panggil aku untuk jadi ketua jika ada apa2 hal. Cthnya bila kena denda. Aku akan mengetuai batalion(batalion la sgt,haha) geng2 denda tu. Tp bkn dia saja yg slalu suruh. Byk lagi jurulatih2 fizikal yg slalu kenakan aku. Tak kisah la. Bkn senang nak dapat pengalaman mcm tu.. Beliau juga senang bersembang dan sporting nak buat apa pun. Pemergiannya ialah satu kehilangan buat pelatih2 PLKN Kem Guar Chenderai. Semoga rohnya bersemadi dgn aman. Nostalgia PLKN. Such a wonderful things.. Igauan PLKN telah kembali.

Penah sekali dia mai kedai dulu dan sembang ramah dgn aku. Tak sangka tu last time aku jumpa dia. Payah nak jumpa orang yg baik mcm dia. Walaupun dia baik dan suka buat lawak tapi beliau adalah seorang yg tegas apabila tiba time serius.

Life February 11th 2008

One Response to “Mati ketika cuba padam kebakaran”

  1. ekin_alpha_kump2/sriri4/07 Says:

    takziah buat kluarga mendiang cikgu tan..
    mendiang ialah seorang yg amat baik dan rapat dgn platih tak kira bangsa..
    saya juga sgt rapat dgn mendiang ketika berada di kem dulu..
    pemergiannya adalah suatu kehilangan besar buat plkn guar chenderai..
    takziah..

Leave a Reply