Ahaa.. Isnin malam ritu aku p kl naik bas. Sebelum tu keluar dulu dgan amir sembang2 dkt football corner. Nekad yang telah pasti kerna hendak menghantar untuk memohon tempat LI di tabung haji. Harapnya dapat lah. Mau tak dapat takpalah. Nak buat mcm mana. Takda rezeki. Dan aku akan berdoa semoga dapat. So tunggu lagi dua minggu lah.
So pagi tu sampai saja dkt pudu aku tunggu jap pandey nak mai amek. Biasala dia nak keluaq tu lambat sket sbb pak gat tu tahan dia tak mau bagi keluaq. So aku tunggu ja dkt menara maybank tu. Tp aku dok dkt satu tempat dan apabila henda dok ja ada sorang brader teksi tu tegoq aku supaya jangan dok dkt situ. P dok dkt tangga nuh.. Sbb situ tempat orang dok kencing pa smuanya. Bau hancing katanya. Dari cara dia bercakap tu aku dapat meneka dia ni mesti asai utara pnya. So aku berterima kasih padanya kerna mengingatkan aku. Tp ok lah jgak. Time aku dok situ dan turun dari bas takda sorang pun mai tanya aku nak naik teksi ka dak. Dan semasa dok melepak dkt dpan tangga maybank tu dok tgk la bas berenti menurunkan penumpang. Mmg geng2 teksi ni dok tunggu dpan pintu bas dan bertanyakan samada hendak naik teksi @ tak.
So dalam dekat pukul 6 mcm tu pandey sampai. So round2 dlu dgn dia dan balik ke asrama dia di IPBMM (Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia). So sembang2 dgn dia dan kemas apa yg patut. Pastu time pagi tu just p hantar dia p ke klas dan meneruskan perjalanan p breakfast. Dan dalam tu ada lilah msg. Memula takda klas pastu ada klas. Macam2. Hehe.. So pastu p melilau dlu. Malas nak p awai2. Orang baru masuk office ja. Biaq depa steady dlu dengan keja. Lalala.. Time tu dok menyelit dkt kl la. Agak best. Lagipun aku pun dah lama tak menyelit di bandar KL ni. Last skali time mai kl naik motor masa penghujung tahun 2006 dahulu. 2 tahun dah berlalu. Tp jalan2 masih segar di ingatan. Cuma ada kalanya terlepas pandang jgak la sbb ralit. So dalam pukul 10 mcm tu aku p hantar resume dan segalanya yang diperlukan. Kak tu kata depa akan tgk kekosongan tempat. Kalau aku bernasib baik mungkin akan dapat. Insyallah. Harapnya dapat lah. So pastu p lowyat jap. Tgk2 banyak lagi kedai tak bukak.
So just round2 jap n terfikir nak p HQ HP center dkt damansara height. So p lah situ. Tp tgk banyak sgt orang dan aku tak jumpa pun tempat yang jual tu so aku pun balik la ke kl semula. So p lepak dekat pasar seni. Round2 dlm tu dan benti makan dkt secret recipe jap. Tgh2 makan tu tetiba ternampak seseorang yang aku rasa mcm kenai. Mmg betoi lah. Time sekolah rendah dulu nihh.. Fitri. Lama dah tak jumpa dia. So memula nak tegoq tu agak sengan jgak la sbb takuit salah orang. Tp naluri aku kata mmg dia tu kawan lama aku dan lpas makan ja trus p dkt situ. Dia keja dkt tempat jual coklat. First aku tegoq dia dan dia pun senyum ja dkt aku. Ingat lagi dia dkt aku. Ingatkan tak ingat dah. Mau tak ni nak kna sakai la. Dlu dok main skali ja time kat perlis. Tp time awal darjah 6 dia pindah p kl. So aku lost contact. Sembang2 dgn dia agak lama jgak la. Biasa la banyak agenda yang nak disembangkan sampai bukak habeh cerita lama2. Cerita yang aku tak ingat dah pun jadi ingat.
So pastu aku meneruskan perjalanan ke Petaling Jaya untuk ke Digital Mall. Digital Mall ni lebeh kurang mcm lowyat la sbb smua barang2 elektronik dkt situ. Dan kedai2 dkt sini pun kebanyakkannya geng2 lowyat ja. So cari benda tp tak jumpa. P KL balik ke lowyat. Di situ just round2 dan p ALL IT. Bli tvcard dan antena. Pastu p simpan barang aku dalam locker ALL IT. Tak payah la bawak barang. Lenggang ja. Hehe.. So round2 kebanykkan kedai dalam tu. Ingat nak beli casing baru. Tp dibataskan kerna bila difikirkan balik aku hanyalah datang menaiki motosikal dan bas. So time dok round2 tu aku terjumpa sorang lagi kawan lama time sek ren. Haih.. Kerap sungguh jumpa. Maka tak sia2 la aku mai. Menjalin semula persahabatan yg telah putus sekian lama. Pastu rehat jap n solat dan aku p HP HQ Center yg dkt damansara tu. Try tanya customer service dia. Dia bawak p dkt kak yg bahagian tukaq barang(time aku p takda orang, time lunch kot). So kak tu kata tak payah beli. Aku balik umah dan print saja masalah yang aku hadapi tu. Dan hantaq mai balik dkt dia. So aku pun kata la aku dok perlis. Tgk2 dia bukak loghat perlis ja. Terkejut aku. Dah la time tu ramai orang plak tu. Dok usha ja. Takpa. Memartabatkan bahasa sendiri. So tanya la sket2 dan dia kata dia dok pauh dan mengundi ni dia balik la kot. So dia cadangkan aku p hantar dkt penang ja. Tak payah nak mai. Pastu p jumpa amer dkt dpan pavillion. Sembang2 ja dgn dia dan jam pun menunjukkan pukul 5 dah. Lewat dah. Pandey pun dah habeh klas. So p lowyat balik dan amek balik beg dan barang aku dan meneruskan perjalanan ke tempat pandey.
Time tu buat apa yg patut. Dan nak p taman shamelin perkasa dkt tempat cipun dan cedin. Time dalam perjalanan tu banyak dugaan ditempuhi antaranya tayar pancit dan lining brake terlalu keras. So time nak tukaq lining tu aku saja kata kat pandey yg cina ni mau buat kat orang melayu, bukan layan orang cina saja pun. Pastu dengan tidak semena dia letak spanar dia dan mai dkt moto pandey pebetoi menda tu. Tak sangka la plak dia dengaq. Aku cakap slow ja. Dan dia tak amek upah. Phew.. P lepak jap dan makan dan lepak dkt umah sewa cipun n cedin. Tgk2 dah lambat dah nak balik. So balik dengan sepenuh kelajuan ke lembah pantai dan packing2 barang. Sampai ja pudu tgk2 bas dah tinggai aku. So mau tak mau kena p jalan duta. So p la jalan duta. Dengan penuh harapan aku harap bas tak tinggaikan aku. Alhamdulillah. Time aku sampai tu bas dah jalan separuh dah. So aku tahan ja la tgh jalan. Malang tidak berbau aku tertinggal jaket aku dkt moto pandey. So malam tu sejuk la sket. Kebekuan melandan. Lalala..
Gambaq takda sbb time tu bateri aku nak habeh. So aku tak tukaq pun bateri sebab nak memaksimumkan penggunaan bateri. Dalam bas baru tukaq.
Konklusinya aku amat berpuas hati pada kali ni. Ada masa aku mai lagi. @ mungkin mau kalau dapat tmpat LI sini lagi bagus. Ada lagi tempat yg aku tak explore. Dan aku rasanya misi aku hujung minggu tu p melawat kawan2 sama. Dari ipoh ke kl.. Ok lah tu.
