Rancangan ni asalnya hendak p alor star untuk tukar hp aiman.. Tp dalam2 dok pikiaq tu tetiba ja dok ajak nak p main bowling dkt jitra mall.. Pastu mai masuk lagi rancangan baru iaitu p penang. Tp bila difikirkan balik penang dah p dah tahun lepas maybe nak p jauh sket kot tgk2 last skali keluaq la idea nak p tambun lost world ipoh. Pastu dalam dok tambun pun dok berkira nak p pajat cameron. Heh.. Jadi2.. Mentang2 la OKB. Time duit sesak baru nak pikiaq. Time duit banyak enjoy ja sampai takda saving. Mcm2 depa ni. Biaq p lah. Asalkan depa hepi dah..
So mmg rancang nak p tambun la. Pastu tetiba ari jumaat tu dapat berita mengatakan bahawa pagi sabtu kena p ceramah motivasi dan ini adalah wajib untuk setiap student JTM. So mau takmau kena p jgak la. So ingat nak tangguh. Tp disebabkan oleh pasni pun takut takda masa sgt so p jgak la lpas abes ceramah tu. Ceramah abeh dalam pukul 11.45 mcm tu. So pastu cergas balik kamsis dan packing barang sket n trus p. So sampai tambun pun dlm pukul 3 lbeh mcm tu. Masuk2 mandi2 dan dalam pukul 5.45 dah bersiap nak kluaq dah sbb dah nak balik dah. Lagipun tambun tutup awai. Dalam pukul 6ptg mcm tu dah tutup dah. First aku masuk aku rasa mcm besa ja. Takda la yg best sgt. Tp yg best pun sbb pemandangan dia la. Dan lagipun tambun ni dia masuk skali dgn taman2, tasik dsb.
So pastu p round2 jap. Msg man tgk2 dia tak balik perlis. Dan dia pun ajak tidoq umah dia. So sblm nak p tu p jusco kinta jap main bowling. Mereka agak jeles la jgak disebabkan aku berjaya memotong mereka semua dan leading.. Tp pin aku biasa ja. 139 ja. Takda la banyak sgt. Tp depa bawah 100.. Dalam lingkungan 90-50 kot. Tah la. Tak ingat sgt. Lagipun aku main pun biasa ja. Dah lama tak main. Last main pun dkt star prade as dan sebelum main tu mmg dah lama tak main. Last skali ingat time bulan 7 tahun lepas. Tp time main dkt kinta tu pergelangan aku agak sakit jgak lah. So bila baling tu mmg terasa lah.
After tu just p makan jap n balik umah man. Mandi2 pa smua pastu lepak ja. Tgh2 dok bersembang tu aku trus tertidoq. Tak sedarkan diri. Mungkin letih sama kot. Ye lah dkt lost world tu pun dok bergelak dengan menjerit ja tak habeh.. Time main bowling pun sma. Dok bergelak ja. Heh.. Dah lama tak gelak panjang. So pagi tu lpas depa smua mandi just p makan dan meneruskan perjalanan pulang ke perlis. Dalam perjalanan tu dkt pendang kot rasanya ternampak eksiden. Agak teruk jgak lah. Mcm mana bleh jadi mcm tu taktau plak. So hati2 di jalan raya. “Biar laju asalkan selamat sampai ke destinasi”. Balik tu singgah jap dkt alor star hantaq hp aiman. Dan meneruskan perjalanan pulang ke perlis. Sampai tu aku just round2 ja lah kot dlm perlis. Taktau nak p mana.




