OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.
p/s: Ada sorang user rekues lagu ni kat aku. So aku dah upload. Terima kasih kerna melawati blog ini. Lagu ni skrg antara yg tgh top dkt corong2 radio malaysia. Band ni dari indon.
:: Sharing Is Not A Crime ::
:: Sharing Is Caring ::
Kelmarin p repair hp. Agak lama jgak lah dok tunggu. Tgh tunggu tu tetiba jumpa sepasang kekasih yg dari kem plkn aku dulu. Tha dan aqil. Depa dua ni agak top juga lah memandangkan bila ada sesuatu majlis 2-2 orang akan jadi mc. So bertengur sapa sekejap pastu depa pun blah. Ok lah tu depa masih ingat dkt aku sebagai mat rem. Hoho.. Cha tanya nama aku saheh taktau. So time nak repair hp tu orang tu kata hp aku kena virus. Pehhh.. S40 mana bleh kena virus. Firmware rosak bleh la. Bagitau jalah kata firmware rosak. Aku paham aih.. Ni bila aku kata hp jenih ni tak kena virus dia kata mmg bleh kena virus. Ikut sukalah. Malas nak bertengkar pasal tu. Ingat nak buat sendiri. Tp dah takda alat. So untuk flashing balik kena Rm30. So akhirnya aku bleh guna balik hp aku. Dan amat mendukacitakan ialah hp storage memory dah jadi seperti asal. Mmg akan jadi spt asal pun sbb nama pun flash firmware. So biarlah.. Benda dah nak jadi. Terima sajalah hp aku jadi seperti sediakala. Tp nasib baik la aku cabut memory card. Mau tidak ni skali2 dgn memory card kosong. hehe..
Semalam takda buat pa sgt. Keluar nak makan pun dlm pukul 11 mcm tu. Keluar dgn amir. P ayit. Ada ka plak ayit pun taktau. Orang kangaq saja. Hahaha.. Jangan marah na amir. Amran plak kata takmau keluaq malam tu. Heh.. So dalam2 dok sembang tu tgk2 jam dah pukul 12.45. So p bayar trus balik. Balik tu online jap check pa yg patut dan tgk tv. Dalam 2.30 mcm tu terlena. Mungkin letih sama kot. So pagi tadi time mangun smayang subuh ada kejutkan lilah sbb kot nak p jogging. Tp dia malas. Takpa lah.. Pastu tidur jap dan mimpi yang agak kurang nak paham. Biarlah. Pastu dalam pukul 11 lbeh tadi p alor star. P amek spek lilah jap dan trus p main bowling. Antara yg ikut ialah cedin dan adiknya. Pas main boling tu p makan jap dkt pumpong dan trus balik ke perlis. Lalala.. Tak larat nak taip.
Hemm.. Takda pa sgt. Ni adalah cerita sket saja ttgk pengembaraan malam yang dianjurkan oleh anas dan disertai oleh pasangan adik beradik iaitu amran dan amir diikuti oleh epih dan do dan aku. Malam tu mmg ada la sket2 semangat nak p. Tp mlm tu tetiba ja hp aku rosak. Firmware rosak. Dushh.. Tetiba ja jadi lagu ni. Takpa lah. Menda nak jadi. So dlm pukul 11 lbeh mcm tu bertolak ke destinasi pertama iaitu arau. Di arau p umah aku. Singgah jap nak tukar hp. Tgk2 hp sbijik lagi pun takleh guna jgak. Bateri dia mengelembung. Mau guna ni silap2 bleh meletup hp ni. So memang malang tak berbau. Sudah jadi begitu so aku takda alat komunikasi mlm tu. Ingat amran ada bawak hp lbih. Tgk2 dia bwk sbijik ja. Takpalah. Takda hp nak buat mcm mana. Nak mintak dkt adik aku pun terlupa plak. Pastu amek jacket sama. So slpas siap smua tu trus p petronas arau untuk boh angin motor amran dan amir. Tapi apakan daya. Rosak pulak. So teruskan perjalanan ke petronas kodiang untuk boh angin. Selepas settle semuanya teruskan perjalanan dengan amran jadi leader dan aku dok tgh dan epih backup dari blakang. So kami p jitra. Tp ikut jalan lama. Dari situ kami telah membuat seekers aka entiti.. Mmg nampak banyak jgak benda2. Tp buat taktau ja. Lagipun bukan bleh dilayan menda2 mcm tu. Just amek tau tp tak layan.
So lpas tu sampailah ke kepala batas. Dari kepala batas aku meneruskan sbg leader untuk ke pokok sena. Mcm biasa ikut jalan lama ataupun orang kata jalan kampung. Jalan tu penah skali aku lalu time nak balik dari poli. Time tu dari umah faiz. So memang corner tu byk. Tapi aku heran jgak. Rasa lain ja dari apa yg aku lalu time siang hari. Apa yang len tu taktau nak kata lah. So sepanjang aku berada di depan alhamdulillah lah. Ok saja. Takda apa sgt. Lagipun amran pun dok belakang. Dan malam tu aku naik motor dgn amir. Patutnya amir naik moto dgn amran. Haha.. So pas pokok sena trus p langgar dan alor star. Lepak jap dkt kdai makan nama pa tah. Dan lepas tu meneruskan perjalanan ke gurun. Semasa perjalanan ke gurun tu aku banyak kali terlelap. Nasib baiklah tak jatuh motor. Heran jgak pasaipa mengantuk sgt. Biarlah. Pastu kami teruskan perjalanan sehingga ke pekan gurun dan masuk highway. Di situ kami teruskan perjalanan untuk ke R&R Gurun Arah Utara. Di situ berenti agak lama. Minum2 dan lepak2 dulu. Banyak juga perkara yang dibicarakan sehinggakan ada kena mengena dengan kengkawan sendiri. So apabila dah puas lepak disitu kami semua meneruskan perjalanan ke alor star. Amran masih mendahului. Biarlah dia bukak jalan. Tp ok lah jgak. Time dkt gurun sampai ke alor star tu takda kekacauan sgt seperti dahulu time balik dari penang yg banyak kabus.
Sampai ja alor star berenti jap dkt umah anas. Buat apa yang patut dan bila matahari seakan2 nampak henda memancarkan langit kami meneruskan perjalanan pulang ke perlis iaitu kampung halaman sendiri dengan perasaan ingin tidur dengan lelapnya. So time aku nak balik tu dkt kubang gajah ada nampak satu eksiden kereta langgar pokok. Igt nak berenti tapi oleh disebabkan terlalu letih aku meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Mungkin dia terlalu laju sangat dan tak nampak divider. Aku tau pun sbb kadang kala ada jgak bawak laju dkt situ. Dan kalau orang baru mai mmg takkan perasan kata ada divider situ. Dan aku pun pnah jatuh motor dkt situ. Tp sebelum tu lah dalam 100meter dari tempat kejadian. Tp aku jatuh motor disebabkan oleh lopak air. Yalah time bawak laju2 dlm hujan tetiba ja ada lopak air dan bila masuk tak dapat nak mengawal keadaan maka aku pun terjatuh. Cepat2 aku bangun dan mengelak. Selepas mengelak tu tetiba sebiji lori lalu sebelah aku. Fuhh.. Nasib baik cepat. Kalau dok buat lambat silap2 pakai arwah la aku kat situ. Tutup sat cerita tu. So balik umah tu bukak monitor. Nampak lilah buzz ym. Hemm.. Terlupa nak bagitau dkt dia kata nak p gurun. Dan hp pun rosak. Dan selepas tu aku bangun dlm pukul 2ptg mcm tu. Puas perjalanan.. Objektif tercapai iaitu tak balik umah selagi matahari tak naik.
Heh.. Tgk title jgn dok pikiaq yg bukan2 dah la.. Ni bab motor.. Ya. Satu ketika dahulu aku pernah tergilakannya.. Inilah kenderaan yang membawa aku p merata. Sampailah ke shah alam dan kuala lumpur, penang, alor star, ipoh dll.. Dan tiap2 minggu satu ketika dulu aku selalu menunggangnya untuk pergi ke batu 9 untuk makan nasi lemak bersama bikers2. Actually ni baru ja lpas basuh motor. Tadi p meeting scout. Agak best jgak la. Lagipun tadi meraikan harijadi amran,epih,syafa dan azie. Tak sempat nak capture gambaq sbb tak teringat langsung. Lagipun tangan pun agak kotor jgak time tu. Dan badan pun bau tlur ayam ja. Ampes epih. Diam2 dia mai blakang aku bagi tlur ayam. Haha..
So tadi balik dekat pukul 6. Tersempak dgn kak dija dkt jawi. Dia call dan ajak p ekues. Takpa. Lenkali lah.. Lagipun time tu nak balik umah. Nak mandi dan bawak balik barang sket. So tadi balik mandi dan solat jap. Pastu online jap. Taktau nak buat apa pastu baru tingat yang malam ni akan ada satu xpdc ke gurun anjuran anas. Tayar golek dalam pukul 11mlm mcm tu dan dijadualkan sampai pagi esok. So apa lagi tadi bawak kluar motor dan basuh sket. Boh angin dan setting sket2. Try test dkt highway arau sekilo. Lpas2 dok test tu ada nampak geng2 dulu lalu situ. Tegoq sat. Depa pun heran aku menghilang lama dah. Dan tetiba muncul kembali di highway arau bersama dgn motor. Heh.. Depa dengaq kot bunyi. Ya la. Mau nak test kena rem habis rpm dulu. Bila rpm sampai habis bunyi jadi bising. Motor agak ok. Cuma pretasinya menurun sket. Maybe dah lama tak digunakan ataupun dia sudah merajuk dkt aku. Haha.. Takpa. Dun worry. Pasni aku akan naik slalu. Nak kira mlm ni rasa mcm malas ja sbb takut motor tak ok ja. Tp dah test tadi dan bleh dipercayai lah.. Lagipun amir ada kata kat aku yg dia nak tgk aku naik motor skali. Takpa. Malam ni tunggu la. Aku naik motor. Nak tgk sgt. Hehe…
So ni gambaq motor aku lpas basuh…
Footrest rules.. Mana layan stended. Ahaaa. Dulu kini dan selamanya
Mau kalau nak ceritakan bab pasai motor ni mmg tak habis satu pages. Terlalu banyak. Macam2 kenangan. Sampaikan kenangan aku jatuh dan patah bahu pun mengusik dikala petang2 yang sepoi anginnya. Aku nak jual motor ni. Ada sapa nak beli? Haha.. Saja ja kata. Sayang woo.. Mau terjual pun mai no plate sudah.. Tapi dua minggu lepas aku pernah terpikir untuk menjualnya dan ambil LC135. Hemm.. Tah la.
Doa2kan aku balik dengan selamat pagi sok!..
Layan lagu hujan - pagi yang gelap. Khas ditujukan untuk amir dan amran
p/s: Sebenarnya agak takut jgk nak berkonvoi jauh2 ni. Yalah dah lama tak buat.. Tapi disebabkan tiada aktviti @ plan yang lain so aku terpaksa mengikuti plan ni. Pheww…
Hemm.. Rini dah buat sket keja sblm keluaq. Asalnya rancangan nak p mandi manda di bukit ayer dikelolakan oleh man. Tp tak jadi. Mau dok tau lah.. Aktiviti slalunya start lpas pukul 12. Bawah pukul 12 tu berat sket kecuali bbq ja. So rancangan stakat la ni hanya futsal. Berlangsung dengan oknya. Bleh la puas. Tp panas sgt rini.
Heh.. Sok lusa dah nak masuk poli balik dah.. Adeh.. Assignment tinggai satu ja lagi yg tak siap. File pun tak siap lagi. Resume pun tak siap lagi. Buku log pun tak siap lagi. Kerja2… Kemalasan yang menjadi2. Kelmarin sakit kepala sgt2. Tp tadi dah bangun jadi ok ja.
Hemm.. Assingment masih lagi berbaki 3 dan membuat buku log dan pocket file. Awat tah terasa malas ja. Masa ada. Tp bila nak buat jadi mcm malas ja. Dok tangguh2. Last skali nanti sampai minggu dpan. Dah la nak amek semuanya minggu dpan. Bkan kehala la. Tgk la nanti mau free aku buat lah. Tak banyak sangat. Dalam 2-3 page mcm tu ja. Cuma nak lama nanti time nak buat pocket file tu lah. Tah la. Takda idea lagi.
Kelmarin tgh hari just p hantar miya p sek. Pastu balik umah jap tgk tv dan tok plak ajak p kota siputeh makan kenduri. So bawak lah dia pi. Lgpun lama dah aku tak pi. Last skali rasanya form 2 mcm tu kot. Dan syok juga suasana dkt situ. Yelah suasana kampung. Dan rumah dia pun kena masuk dalam. Kira hujung kampung lah. Memang nampak suasana sungguh la. Jauh dari jalan besaq. So petang tu balik trus p kangaq. Lepak umah epih ja la. Pastu jalan2 jap n lepak dkt mami. Tgk2 afiq balik. Naik keta kuat dia. Hahaha.. Tu ja kot. Malas nak tulis dah. MALAS. haihhhh…