Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

Mimpi yang buruk..

No Comments »

Entah kenapa pagi tadi aku mimpi tersangat buruk.. Naik moto, race dan aku eksident. Dan akhirnya aku terlantar di hospital dan koma. Pastu trus terjaga. Dlm pukul 8.30 pagi mcm tu lah. Trus tak tidoq dan takda rasa ngantuk. Hemm.. Mintak simpang lah benda2 mcm tu. Takmau la dok jadi mcm tu. Teruk sgt..

Lupakan kot jap menda tu. So rini takda buat pa sgt.. Pagi td lpas tu dok dpan pc ja. Tgk2 mak call suruh p sek antaq duit dkt miya. Duit dia ilang. So p sek ren arau dan balik tu mandi2 n trus kluaq. P cimb. Yesh.. Aku dah bayaq jugak akhirnya untuk kad kredit tune money. Nanti sampai lah kad tu. Dalam masa seminggu lbeh mcm tu. Rasanya minggu dpan jgak la sbb minggu ni dah raya cina. Takpa2.. Ok lah tu. Pasni ingat nak mintak yg AmBank plak yg NexG tu. Sbb yg tu mastercard. Dan yg tune money ni VISA pnya. Lagipun bkn pa. Mau ada benda ni bleh kawal pengaliran duit cash sket. Tak perlu la nak p bank bawak kluaq. Mau nak guna just guna ja. Dan lagipun yg ni deposit card pnya. Mcm prepaid hp la. Takda duit takleh guna. Ok la jugak. Interest pun takda tak silap kecuali AmBank tu. Dan ini juga akan menyenangkan urusan pembelian barang2 di online dan kedai2 terpilih. Haha…

Life February 5th 2008

Kisah Shahidan Kassim dan VK Lingam

No Comments »

Benda ni dok diskus dlm forum. Nampak agak menarik. Bleh la untuk tatapan umum. Tak tau la samada betoi ka tak. Baca bleh tp caya jgn. Hehe..

    Sambil menggulung rokok daun, Shahidan Kassim memandang ke luar rumahnya. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup ke mukanya. Hatinya gelisah. Walaupun Pak Lah masih berteka-teki, khabarnya pilihanraya tak lama lagi. Perlis hanyalah sebuah negeri kecil yang bersempadan dengan Thailand, tetapi bahang pilihanraya cukup terasa. Shahidan tahu sangat kerana dia sudah lama menjadi Menteri Besar.

    Biarpun keluasan Perlis hanyalah sekangkang kera, namun ramai yang berminat untuk menjadi Menteri Besar. Entah apa yang mereka inginkan dari jawatan Menteri Besar tu, Shahidan sendiri pun tak faham. Bukan glamour sangat pun menjadi Menteri Besar Perlis. Sebab itulah, Shahidan terpaksa menjadi presiden enam buah persatuan sukan, kalau tidak tentu namanya tenggelam.

    “Ambil handphone tu sat!” kata Shahidan kepada pembantu rumah sambil memuncungkan bibir ke arah handphone yang terletak di atas meja makan. Dia adalah salah seorang dari lima orang pembantu rumah Shahidan; warga asing. Pembantu rumah itu segera berlari membawa handphone itu kepada Shahidan.

    Shahidan membelek-belek handphone itu, cuba mencari nama tertentu. Sudah agak lama Shahidan tidak menghubungi dia walaupun mereka satu negeri. Shahidan menggaru-garu kepala kerana tidak bertemu nama yang dicari. Sejak kawannya itu berkahwin “isteri muda”, Shahidan jarang berkomunikasi. Mungkin Shahidan berasa janggal kerana dia anak kampung yang tinggal di Arau, sedangkan kawannya itu sudah menjadi orang bandar. Sesekali pulang, kawannya kelihatan cukup rugged dan bertambah muda.

    “Ahaaa… jumpa juga nMaombor ni… Macam mana aku boleh lupa …!” kata Shahidan sambil menggosok-gosokkan hidungnya.

    Ring! Ring!

    “Mana pulak perginya … tak jawab telefon aku …,” bisik Shahidan.

    Ring! Ring!

    “Hellloooo….” jawab suara di hujung sana. Suara wanita. Lembut dan manis. Shahidan rasa macam pernah dengar suara itu. Macam suara pembaca berita Buletin TV3.

    “Boleh cakap dengan Mi?” kata Shahidan. Agak kasar suaranya. Shahidan sengaja membuatkan suara kasar kerana bimbang dituduh mengganggu isteri orang. Lagi pun, dia Menteri Besar, tak boleh main-main. Kalau main-main, nanti kena main.

    “Nanti sat no…” jawab suara tadi. Terkedu Shahidan dibuatnya. Tak sangka pula orang Johor sudah boleh bercakap Perlis dengan baik sekali. Tak mengapalah, mungkin selalu mengikuti suaminya ke Padang Besar, sebab tu dia boleh menggunakan loghat utara.
    Click here to read more.. »

Life February 2nd 2008

Semakk…

No Comments »

Heh.. Bkn pa yang semak sgt. Bahagian komputer aku ni semak sgt. Tah la.. Nanti la kemaskan.. Nanti raya cina dah nak sampai.. Esok kena bwk p result exam. Cik izziani nak bagi hadiah dkt sapa yg dpt A @ A- dlm exam math sem lepas. Alhamdulillah.. Aku dpt A-. Bleh la tu walaupun bukan A… Maybe sbb aku tak penah mai kelas dia sehari kot. Tp tu pun dah bersyukur. Bleh la dari takdak pa2 langsung dan dpt teruk. Add math la ni time dlm kelas paham la jgak. Tp time nak buat latihan kepala jadi serabut dan dah jadi tak paham. Pelik la plak. Nak kena pebetoi tang ni. Mau dok jadi gini silap2 nanti exam nnt aku tak leh jwb pa. Dok takut jgak. Lagipun mai time kelas add math ja mmg tak sah kalau aku tak ngantuk. Bknnya pa. Kelas time petang. Mula dalam pukul 2. Kadang2 sampai 2 jam. Pehhh..

Roadtax pun dah nak abeh tarikh dah. Dlm bulan 3. Kna p renew nnt. Maybe renew sendri kot. Malas nak perabihkan duit parents aku. Dah la bagi keta. Roadtax pun depa lg. Tp insuran bleh la kot depa support. Hahaha.. Lalala.. Taktau nak tulis pa.. Byk sgt nk tulis. Tp takleh kluaq. Gosh.. Time nak balik td heran la lampu takda la terang sgt. Ingatkan mata aku dah kaboq dah. Tp rupanya sebelah lampu dah jadi buta. Dah sampai time dia kot. Nasib baik sebelah ja. Sok lah p tukaq. Sok ada taklimat LI plak. Aiyayaya…

Life February 1st 2008