Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

Maybank ATM Visa Debit Card

No Comments »

Tadi mau kalau tidak ada ujian Programming C++. Tapi disebabkan oleh ada ceramah 3P iaitu Program Pentauliahan Professional ujian itu ditunda ke minggu hadapan. Time mula2 dengaq ceramah tu excited jgak sbb MOHE nak taja pelajar2 politeknik untuk amek kursus CCENT, COMPTIA, MCDST. CCENT itu ialah Cisco Certified Entry Networking Technician , COMPTIA ialah Computing Technology Industry Association dan MCDST ialah Microsoft Certified Desktop Support Technician. Dan jika ambil dkt luar dalam 2 bulan pembelajaran dan harganya diantara RM4500-RM6000. Dan di situ diaorang kata MOHE bagi free ja. Cuma p masuk kelas pastu belajaq. So dari dua bulan depa convert bagi jadi 10 hari untuk CCENT tu dan akan dibuat pada cuti semester. So pada mulanya ingatkan semua akan terpilih. Last2 skali dengaq kata hanya terbuka kepada siswa dan siswi tahun akhir sahaja dan diploma. Kecewanya aku. Takpa la. Tunggu nantilah. Lambat sket. Ada beberapa tahun lagi. Dan dengan certificate tu gaji akan dibayar lebih. Tambahan bila dengaq cisco dgn microsoft cert. Ofkos boleh dapat pekerjaan dengan senang dan dimana2 sahaja di dunia ni. So pastu keluaq ja la dah rasa mcm tak da guna dah. Malas nak tunggu dah. Pastu keluaq tu p maybank kangar nak tukaq kad besa jadi kad debit VISA.

So apabila p tu kak ayu(nama dia ayu apa tah) tu nampak aku ja dia tau dah aku nak buat apa. So dia bagi dkt aku borang siap2 dan isi. Dan dia juga masih ingat aku belajar di mana dan nama aku. Ahaa.. Mungkin disebabkan oleh masalah aku dan adam haritu yg sampai boleh melepak di maybank kangar tu berejam2 dan berbulan2 lamanya. So pastu aku dapat tukar dan bestnya. So boleh guna untuk apa sahaja. Yahoo.. Arini cuaca petang hujan sket. Masa nak balik ke poli pun dah dekat dah. Balik dulu. Tu ja kot.

Ok. Kelebihan VISA DEBIT ni boleh guna di seluruh dunia yg bertandakan logo VISA dan ATM PLUS. Dan jika nak guna untuk antarabangsa kena aktifkan ATM PLUS dulu dkt mesin ATM. So pastu boleh guna terus untuk sebarang transaksi di internet antarabangsa dan mana2 tempat visa antarabangsa. Tapi untuk menukar kad maybank kepada kad visa ni kena charge RM12. So depa akan tolak RM12 daripada akaun. Boleh dapat dimana2 cawangan maybank yg terdekat dan bila hantar permohonan tu akan dapat la tu jgak. Takyah tunggu lama2. Tune money aku yg sblm ni dok tunggu takmai lagi. Dari bulan 1 lagi. Entah la. Mau mai pun aku rasa tak guna sgt kot yg tu sbb dah ada dah yg maybank ni. Terima kasih MAYBANK!!

Life March 25th 2008

Azam untuk dok poli sampai jumaat

No Comments »

Dengan ini aku dok azam nak dok poli sampai hari jumaat. Kira tak stay kat umah la. Saja ja nak study lbeh sket. Cuma petang2 tu keluaq jgak la makan2 angin dulu balik2 umah dlu. Esok ujian programming dibatalkan. Ditunda ke minggu depan. Alhamdulillah. Bleh study betul2 harap2 bleh la. Minggu ni plak ada ujian Operating System. Senang ja kot. Tp kena study sket sbb ada satu dua yg tak ingat. Mcm tarikh tu tak ingat sgt. Yg len ok ja. Tadi sambut birthday tole. Semboq tepung dengan bedak dkt dia dalam kelas sebelum bermula kelas math. Agak best jgak la main mcm tu. Putih satu badan dia. Pastu ptg ni plak cik izziani blanja makan utk budak2 kelas SIT 1A sem lepas yg dapat A & A- dalam Math 1. So aku termasuk dalam tu sbb dpt A-. Ok lah tu. Jasa2 mu sentiasa diingat. Tak penah2 dkt sek time form 4 dan form 5 untuk aku mendapat A sebab disumpah oleh cikgu sekolah. Tp di poli alhamdulillah. Ok ja. So tadi time add math kena buat dkt depan. Memula dok pikiaq jgak la nak buat mcm na. Tp bila p dpan tu ok ja. Bleh buat dan betul. Ada sesetengah terkejut sbb aku bleh buat. Heh.. Ingat aku lekeh sgt ka. Haha.

Tidoq2 jgak dlm kelas. Study kena study jgak. Takleh main2. Cuma apa yg aku risaukan ialah result ujian math ja. Nampak mcm teruk jgak. Tah la. Tunggu lepas cuti mid sem nanti lah baru dpt.

Life March 24th 2008

Pagi tergelap

No Comments »

Apa punya title lah.. Entah la.. Tadi pukul 8 lbeh terkejut dapat panggilan. Yon soh p amek dia hantaq p sanglang nak amek kunci keta. So dengan mengantuk aku teruskan p mandi dan trus p umah dia. Pastu soh dia bawak keta la. Dan dalam nak balik tu tempuh dua roadblock jpj. Satu dkt selepas simpang sg. padang dan satu lagi berdekatan cimb bank kangar. Terkejut jgak sbb time nak p tu takda pun. Pastu time nak balik tgk2 ada. Sungguh cepat. So aku pun bangun la. Walaupun agak mengantuk sbb tidur lewat malam semalam.

Semalam ada buat bbq dkt rumah shakaff. Agak meriah jugak la dan diantara aktiviti reflector studio. Dan kehadiran bintik mengamatkan lagi suasana gelak dan kucai. So bila makan tu aku rasa kenyang trus. Takda la rasa lapaq sampai la terkedu. Dalam pukul 10 lbeh sket mcm tu smua pakat blah dah. P dkt tman kemajuan sat dgn epih, yon dan os. Tp pastu depa nak p lepak kdai makan so aku malas nak p sbb terlebih kenyang dah dan truskan perjalanan round2 dlu. Dalam pukul 12 mcm tu baru balik. Tgk2 kna p kdai sbb alarm bunyi. Lalala.. Tak larat nak tulis. Mengantuk. Tidur dulu. Hehe

Life March 23rd 2008

Hari yang kurang baik.

No Comments »

Harini terdapat 3 perkara yg kurang nasib baik.. First kereta aku tayar pecah. Pastu kereta ayah plak eksiden orang langgar dan moto amran pula tiub yg sambung kepada filter bocor. Mcm2. Kurang bernasib baik juga lah hari ni. Biarlah.

La ni dah nak masuk bulan 4 dah. Cuti pun nak dekat dah. Dan exam pun dok nampak menggamit dah. Tak lama dah. Dah la kelas pun jarang ada. Takut tak smpat abes silibus ja. Harap2 cpat habis la. Tak sabar nak cuti.

Life March 21st 2008

Md. Isa angkat sumpah MB Perlis

No Comments »

ARAU 17 Mac – Datuk Dr. Md. Isa Sabu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis ke-6 dalam satu istiadat di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail di Bilik Hijau, Istana Arau di sini petang ini.

Pelantikan Md. Isa, 62, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong dibuat setelah mendapat perkenan Raja Perlis yang mengetepikan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Istiadat tersebut sekali gus menamatkan kemelut perebutan jawatan itu antara Shahidan yang menerima watikah pelantikan sebagai Menteri Besar daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Md. Isa yang menjadi calon yang diterima oleh Raja Perlis.

Majlis yang berlangsung kira-kira 20 minit itu dimulakan dengan pegawai istiadat Istana Arau, Hamzah Abdullah membacakan surat cara pelantikan Md. Isa sebagai Menteri Besar Perlis.

Md. Isa yang menerima surat pelantikan daripada Raja Perlis diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Othman dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Abdul Rasid Sudin.

Beliau seterusnya membacakan surat ikrar taat setia sambil diapit oleh kedua-dua pegawai kanan tersebut sebelum menandatangani surat pelantikan pada pukul 5.40 petang.

Turut hadir ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan 14 ADUN yang memenangi pilihan raya 8 Mac lalu termasuk Rus’seli Eizan, wakil rakyat Simpang Empat daripada Pas.

Sementara itu, pada sidang akhbar selepas majlis tersebut, Md. Isa memberitahu pemberita, khabar angin mengenai pelantikan jawatan Menteri Besar tidak sepatutnya berlaku kerana Raja Perlis telah menggunakan bidang kuasanya mengikut Artikel 39 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis.

Beliau berkata, isu itu sepatutnya selesai pada Jumaat lalu apabila Raja Perlis menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik seorang yang pada fikirannya mendapat kepercayaan majoriti ahli DUN.

‘‘Dalam pelantikan sebelum ini, Tuanku menggunakan undang-undang yang sama. Saya yakin dengan perlembagaan, cuma saya bimbang dengan keresahan rakyat.

‘‘Mengenai perbezaan pendapat atau politik yang berlaku, saya akan cuba menyatukan rakyat. Memang menjadi tugas pemimpin untuk mengatasi masalah ini dan saya akan usahakan,” ujarnya.

Ditanya mengenai barisan Exco yang baru, Md. Isa berkata, beliau akan berjumpa dengan Perdana Menteri di Putrajaya esok bagi menyerahkan cadangan senarai Exco.

‘‘Selepas saya berjumpa Perdana Menteri, senarai itu akan diumumkan dalam masa terdekat,” jelasnya.

p/s: Alhamdulillah.. MB perlis pun dah angkat sumpah. Habeh dah kot spekulasi sebelum ni. Harapnya Dato Dr Md. Isa menjalankan tugas dengan sempurna dan merancakkkan lagi ekonomi di negeri perlis dan aman makmur.

Life March 18th 2008

Ujian Math 2 yang agak teruk

1 Comment »

Hemm.. Tadi ada ujian math 2. Nak kata teruk tu buleh jugak la. Ada jgak soalan yg aku jawab tapi aku sangsi betulnya. Biarlah benda dah lepas. Malas nak pikir. Tunggu result keluar nantilah. La ni dok umah jap. Ingat sat g @ esok kot baru balik. Tgk lah keadaan mcm mana. Kalau rasa nak balik malam ni mungkin balik malam ni. Esok kelas pun mula pukul 10. Agak syok jgak lah. Pastu takat pukul 1 ja.. Phew.. Cuma yg tak syoknya mungkin sabtu ni ada kelas ganti. So tgk keadaan lah. Mungkin balik @ stay mcm tu ja. Tp kelas lepas sembahyang jumaat pun takda. Mungkin balik kot daripada dok saja ja situ.

Assingment flash aku hampir siap tadi. Cuma tak sempat nak edit audio ja. Sat g lah tgk mcm mana. Sket ja lagi. Tak banyak dah. Mau boh yg tu ok kot. Tempat LI pun tak dapat lagi. Kata nak call tapi tak call pun. Tgk la sok mau aku tringat aku call.

Life March 17th 2008

Jambori Pengakap Malaysia - Thailand

6 Comments »

Lama dah tak update blog ni. Bukan tiada masa tapi seperti kemalasan dan tiada idea yang bernas untuk di coretkan. Di dalam penglibatan aku di dalam pilihanraya dan sehinggalah ke jambori pengakap malaysia-thailand. Dah habis dah harini. Berlangsung pada hari rabu dimana aku tak p poli pun. Yelah time tu aa karnival ict di politeknik. So daripada dok melangut saja dkt situ baik aku p kem. Atleast ada jugak menda yg aku bleh buat daripada takda langsung. Lagipun kerja2 aku untuk buat tag nama dan poster dah siap. So tak perlu la kot amek bahagian dah dkt poli. Cukup la bertungkus lumus untuk sebelum ni. Di jambori pengakap ni aku ditugaskan sebagai ketua projek. Tugas ini amatlah mencabar tapi alhamdulillah ada jgak yg bimbing aku spt amran, anas dan lan. Pada hari pertama aku p aku dan amran ditempatkan di tempat pendaftaran dimana menerima pendaftaran kontinjen2 daripada sekolah di negeri perlis dan daripada thailand. Sebanyak 19 buah sekolah rendah mengambil bahagian dan 11 buah sekolah menengah. Selepas settle kesemua benda aku dan amran melewati masa2 tengah hari dengan p ke uum spt yg dirancangkan. So di sana aku taktau nak buat apa so tidoq sat.

So pastu p settle hal amran dan balik tu singgah di changlun untuk makan. Tp apakan daya rezeki takda. Benda yang dipesan tidak sampai. Akhirnya malas untuk nak tunggu so aku pun blah mcm tu ja. Dan balik tu hantar kawan amran balik rumah dia dan meneruskan perjalanan ke kem tasoh untuk meninjau lagi sekali berkenaan dengan kem.

Pastu apabila lewat2 malam baru pulang ke rumah dengan keadaan yang letih juga sehingga pukul 5 pagi baru tersedar. Tidur kejap hingga subuh dan siapkan diri untuk p. Tp memandangkan pada haritu amat malas sket nak p awai sbb mau p awal pun hanyalah aku sorang sahaja dan keluar sat p kangar dan patah balik ke arau. Dlm 1 lebeh mcm tu baru p dan selepas tu buat istiadat bendera untuk majlis perasmian.

Hari berikutnya dimana aku ditugaskan sebagai pelatih kelana untuk membantu di bahagian pioneering. Selepas itu pula aku beralih arah untuk ke tempat kembara halangan dan aktiviti seterusnya hanya mengikut kumpulan D1 dan D3. D2 pun rasanya hanya ikut sekali sahaja. Di dalam kumpulan Delta hanya aku, kak nisa, cikgu azhar dan seorang cikgu perempuan yg amat kurang kenal. Pada hari berikutnya aku terus menerus mengambil dan menolong ustaz azmi di dalam pengajaran ikatan dan simpulan. Dan persembahan juga amatlah boleh hanya untuk sekadar ada persembahan. Dikhabarkan daripada cikgu rahim seramai 100 peserta akan diambil daripada kem jambori ini untuk dibawa ke trang thailand pada bulan 6 nanti. Tadi ada majlis penutup. Disebabkan nak balik awal so dalam 9 lebeh mcm tu aku balik dah. Sijil dengar kata amir akan ambil. Entah lah.. Ada juga penceritaan yg aku tak selitkan disini. Tak larat nak taip.

Life March 16th 2008