Heh.. Blog ni pun makin lama makin aku tak update. Bukan apa. La ni kekangan masa. Tak sempat aku nak coretkan dkt blog ni walaupun aku dok online. La ni dok kna baca balik bab2 hardware. Banyak benda baru dan aku tak amek tau sgt. Mau gini bleh jadi katak bawah tempurung lah.. Dan sebelum ni aku banyak dok baca tentang hp ja. Bila pikir2 balik buat apa aku dok baca ttg tu. Takda pa sgt. Bukannya bidang aku dah tu. Baik aku straight trus ke bidang aku iaitu IT dan banyakkan hardware sbb aku pun dah taktau sgt dah bab hardware yang baru keluar.
Bkn pa. Aritu ada kna brainstorm.. Pening memikir jgak. Nasib baik la menda yg tanya tu aku tau cuma tersilap habaq ja. Sbb aku tak pasti yang phenom guna 64bit atau 128bit. Dan dengan ketak pastian aku tu aku menjawab 64bit. Jd memang silap lah. Takpa. Aku tau phenom ni cuma tak study lagi. Buat masa la ni hidup aku boleh kata bz jgak la. Pasai pa bz sbb aku buat mcm2 benda. Ni pun dok ada laptop yg tak format lagi. Sat g aku format lah. Nanti kastemer hingaq plak. Bisnes aku pun takat la ok ja. Harap2 terus ok lah. Tp iklan tak buat lagi. Tunggu lepas PRU-12 nantilah aku buat iklan dkt kamsis yg aku ada menyediakan. Mungkin dgn menda tu akan menyebabkan ramai pelanggan akan datang kot. Sama2 tunggu. Tp nak kata format tu ramai dah yg tau format. Cuma kadang2 ada yg taktau tu la yg dok mai. Dan pastinya bisnes printing terus memacu pusat cetakan bewarna anak syarikat reflector studio.
Hari dah dibuat dah dalam softskill ttg sifat aku. Ada yg baik dan ada yg buruk. Takpa. Aku terima semua tu. Mungkin dengan tu aku akan cuba ubah sikap aku berkenaan dgn apa yg depa komen dkt aku. Cuma ada satu komen tu menusuk jiwa dan kalbu. Taktau siapa yg tulis tapi aku maafkan dia. Biarlah dia nak tulis apa. Aku terima dengan redha komen tu. Tak perlu nak besarkan sgt. Cuma kekadang bila terfikir balik betulkah aku sebegitu @ dia saja2 tulis. Hendak kucari. Tp biarlah. Ada aku aim sesetengah orang. Tp takleh nak kata apa. Aku takda bukti. Nanti fitnah pulak. Besaq dosa tu.
Hari ni ada kuiz sistem digit. Alhamdulillah, aku dapat siapkan awal dan bila tgk balik dengan konfiden aku katakan aku lulus 100% yg tu. Cuma taktau la kot2 ada silap. Biasalah manusia tak bleh lari dari melakukan kesilapan. Cuma apa yg aku perlu risaukan ialah ujian math. Pertengahan bulan ni. Harap2 ok lah. Nak kena study lebih sket sbb dah jadi addmath. Dok dlm kelas td pun aku blur ja taktau apa yg diterangkan oleh puan aida.
Hari ahad aritu ada p wang kelian trekking dgn amran dan kawannya iaitu pali. Tgh tunggu gambaq dari amran. Siap menda tu nanti ada masa aku post dkt sini skali dgn gambaq. Tp mungkin lambat sikit disebabkan minggu ni aku mcm sibuk sket ja. Tambahan lagi aku terpaksa jadi ajk untuk karnival ict nanti. Nak kena p mintak sponsor pulak. Mcm2 depa ni. Mentang2 la aku orang perlis. Haihh…
