Apa yg aku maksudkan tu ialah antara keputusan subjek2 buat masa la ni. Boleh dikatakan programming adalah aku antara yg tertinggi setakat la ni. Ujian pun dapat 21/30. Satu2nya lelaki yg dapat markah 20 keatas. Perempuan pun ada jgak tp seorang ja. Tp tu pun aku rasakan ada 4 markah yg aku rasa betul. Nanti isnin p tanya puan siti. Mungkin dia tersalah marking ke.. Dan satu lagi ialah Database system. Dimana lab test haritu aku antara yg tertinggi juga. Ini diambil daripada cakap2 classmate aku. Mungkin berdasarkan komen depa yg dkt aku haritu iaitu suka tidoq dlm kelas tapi pandai. Heh.. Payah la. Aku tak rasakan begitu. Masih banyak yg perlu aku perbaiki lagi. Ada diantaranya multimedia iaitu assingment dan amali sebelum ni aku dok buat hanya sekadar bagi siap ja. Takda kreativiti langsung. Nanti la p jumpa pn miza tanya dia tgk apa yg patut aku buat supaya boleh dapat 4 flat. Matematik juga begitu. Perlu tanya soalan2 spot yg aku rasakan dapat score utk final nanti.
Harini aku ujian multimedia. Buat pun sekadar hanya untuk siap. Takda kretiviti. Ada tu ada. Tp sket ja. Makin dok pelan teruk. Memang aku tak nafikan aku kurang kreativiti dalam multimedia ni. Tiada idea untuk buat bagi dia jadi kreatif. So kerja utk softskills aku telah siap iaitu menemuramah amran dan amir. Terima kasih buat anda berdua. Sekurangnya dah settle satu masalah. Cuma tinggai nak lakarkan dan presentation ja. Takpa. Biaq aku cakap banyak sket haritu. Ahaks. Petang tadi pun dah pos surat utk LI. Kelmarin buat kerja kalut2. Aku hanya pos resume ja. Cerdik punya orang. Buat kerja dua kali. Hahaha..
Amer aku nak tag hg nih.. Apa ek? Hemm.. Ceritakan pengalaman yg sadis semasa anda berada di UITM Melaka lendu alor gajah melaka.






