Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

Hari-Hari Dititi Dengan Kealpaan

Comments Off

Aku pun taktau nak tulis apa. Dengan tajuk yg entah apa2 tu telah membuatkan aku rasa seperti terlalu banyak mengelamun. Banyak benda yg difikirkan dan dirasakan. Apakah akan terjadi beberapa perkara yang boleh membuatkan aku rasa seperti aku akan jatuh sepenuhnya.

Dah la tutup dulu bab tu. Malas nak taip kat sini. Lagipun aku la ni dok dlm kelas Desktop Publishing. Saja ja curi2 online sebab aku dah habeh kerja dah. So takda benda apa yg nak dibuat. Dan pembelajaran harini pun banyak yg berkisar berkenaan dengan design photoshop yang dibelajar pada semester lepas walaupun pada la ni aku dok guna Adobe InDesign. Lagipun ada tutorial. So agak senang lah jugak tapi kekadang tak paham tutorial yg diberi ni. Sat lagi ada ujian amali C++. Agak takut jugak la sbb semalam aku study sat ja. Sampai umah dlm 11 lebeh. Nak dekat pukul 12 dah la kot. Pastu bukak sat. Dalam stgah jam mcm tu aku rasa muak dah. Taktau pasaipa. Seharian kelmarin merasakan seperti ada yg tak kena. Apa yg tak kena tu aku kurang pasti tapi apa2 pun aku harap ia kembali normal seperti sedia dulu kala. Asssingment digit tak siap lagi. Pukul 4 ptg sat lagi nak amek dah. Sat lagi la time rehat aku buat. Sikit ja. Tak banyak sgt.

Cuti pun dah nak bermula dah. Pada petang esok start jumaat maka cuti aku pun bermula lah. Walaupun pada dasarnya aku bercuti seminggu tapi aku merasakan tidak seperti bercuti kerana aku rasa amat sekejap sahaja di dalam cuti ni. Entah kenapa rasa sat. Mungkin seminggu ja. Tidak sebelum ini yang 2 minggu. Walaupun aku pada kadarnya selalu menetap di rumah pada hari2 biasa tapi kepuasan tu takda la sgt sbb aku kena p kelas. Tp apa pun aku akan bercuti. Seminggu. Adam ajak turun KL. Nantikan aku kat sana. Khamis malam aku bertolak p sana sbb pagi jumaat tu ada hal-hal penting yg perlu diuruskan disebabkan oleh kerana jumaat tu waktu orang bekerja. Ingat dalam ahad malam tu bertolak balik kot. Tp tgk keadaan sama lah. Kalau takda apa2 mungkin balik awal @ p awal. Tempa LI aku di tabung haji pun tak konfem lagi. Lai lai lai.. Mak aku dok suruh buat dkt perlis. Hemm.. Kalau kat perlis aku rasa kalau ada emergency apa2 pun senang. Dan jika ayah aku ada meeting ka apa ka bleh take over sat. Sekurangnya meringankan beban mak aku yg nak kena jaga sorang2 dan bawak adik aku p. Whateva pun harap2 dapat. Kalau dalam minggu depan tak dapat aku akan mengorak langkah dengan memilih tempat lain. Biarpun nanti aku mungkin akan dikenakan tindakan jika dapat 2 tempat tapi aku tak kisah. Biar susah di awal2 jangan susah di akhir2. Time2 last nanti dah nak exam. Dok kalut. Tumpang tak kalut lagi ni aku rasa bleh kot. Tp kalau kena tindakan pun bukan ada apa sgt pun. P bagi surat sebab ja pasaipa mintak sampai 2 tempat.

Life April 3rd 2008

Terbangun lagi aku….

No Comments »

Hemm.. Jam dah 6.06A.M. Terjaga aku daripada mimpi yg buruk. Kenapa mimpi tu perlu mai balik setelah aku harap ia takkan berlaku? Adakah ia akan berlaku? Dah dua kali dah aku mimpi tu. 1st tu dah lama dah. Dah azan subuh pun tadi time aku terjaga. Takpalah. Nak p solat dulu. Kelas mula pukul 9. 8.15 tu boleh bangun kot. Cukup kot tidoq 2 jam. Malam nanti tidoq len. Larghhh.. Aku tak mengantok.. Lulululu… Ksian ilah. Dia sakit. Semoga cepat sembuh. Tok pun dah mangkit dah.. Mungkin lepas solat ni aku cuba tidoq. Kot2 boleh. Harapnya begitulah.

Life April 2nd 2008

Awat tah takleh tidoq

No Comments »

Awat tah takleh tidoq. Dah 3 malam dah. Mau tidak pukul 5 lbeh la jgak dok bleh tidoq pun. Saja ja dari takda nak buat apa check web mpm. Tgk2 dah bleh check result daftar muet haritu. So tu adalah slip aku dimana tempat dan tarikh aku akan ambik. Walaluii.. Dah tak lama dah. Sebulan ja lagi. Bahang muet amat terasa. Ni dah cuti seminggu. So kelas mui lan pasni ada 4 kali ja lagi. Tp dia kata time dia bertugas as felo bleh p tanya dia. Dia akan buat extra class untuk sapa yg mai tanya dia. Insyallah. Pada masa2 selepas cuti ni aku akan cuba dok di dalam kamsis untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada exam aku. Ada 2 exam penting sem ni. Agak memeningkan kepala juga kerna pada masa yg sama perlu buat projek dan assingment. Tp nak buat mcm na. Ni lah student. Dan amat biasalah dengan pelajar sijil yg terkenal dengan kesusahan berbanding dengan diploma. Ini kerana banyak subjek dari diploma dibawa masuk ke dalam sijil kerana hendak memendekkan masa ketika menyambung untuk membuat diploma.

Jam dah menunjukkan pukul 4.37 Pagi. Tak ketahuan hala lagi nak tidoq. Malam ni keluaq sat dgn amran dan amir. Memula p cc kezen aku dkt arau dan selepas tu kami meneruskan perjalanan ke jitra untuk makan char koey tiaw di situ. Di situ banyak juga perkara yang dibincangkan termasuklah di dalam kereta. Apa dia? Heh. Rahsia la. Ahaks.. Esok ada apa tah. Hemm.. Ujian BI apa. Lalala.. Tawakal sajalah kalau ada ujian BI. Nak buat gena. Tp rasanya agak senang sket berbanding dengan semester lepas. Pada semester lepas English For Technical Purpose ni agak susah. Banyak perkara yg perlu difahami termasuklah perkataan phonetics. Ops.. Tau ka apa itu phonetics? Ok.. Mai ni aku nak tunjuk buat yg taktau.

Ok. Dah faham? Tu lah phonetics. Bukan perkataan tu ja. Tp semua perkataan english. Ia menukarkan ayat biasa bagi jadi mcm tu demi untuk lebih faham dan untuk spelling. So semester ni ada jgak blajaq. Tp takda la mcm semester lepas. Cuma kali ni digunakan saja. So sapa yg tak belajaq semester lepas memang jika ditanya tidak akan tahu. Tp tak jumpa sgt. Baru jumpa 1 soalan dalam modul semester ni. Terima Kasih Pn. Puan Mui Lan kerna memberiku 3.33 dalam english. Bukan satu angka yg mudah untuk diberikan oleh beliau. Tidak semua dapat. Dalam kelas aku pun hanya 3 orang ja termasuk aku. Tp alhamdulillah. Lelaki 2 orang. Dan perempuan seorang sekaligus memecah dominasi perempuan. Haih.. Time2 ni pun mata dok fresh lagi. TraLalala.. Sem 4 nanti belajar English For Technical Purpose 3 plak. Apa la plak nak blajaq…

Jam dah menunjukkan pukul 5.11 A.M. Nak tidoq sat. Sat g nak mangkit smayang subuh. Harap tok aku tak hingaq lagi pagi ni kalau aku mangkit dengan mengeliat terlalu lama.

Life April 2nd 2008

Ujian1 C++ yg agak senang

No Comments »

Tadi ada jawab ujian untuk c++. Agak senanglah jugak. Walaupun pada kadarnya aku tertinggal satu soalan sbb tak semak balik yg tu. Tp takpa kot. 1 markah ja. Insyallah aku boleh dapat 25markah keatas daripada 30. Sama2 tunggu nanti. Semalam dalam pukul 8 lbeh tu p kelas muet. Banyak juga yg dipelajari. Dan mui lan pula kadang kala mentarget pada aku dengan kadang kala menanyakan soalan. Entah kenapa. Apakah salah aku? Adakah sebab aku tak mai kelas dia sebelum ni. Ahaa.. Biarlah. Banyak juga aku dapat dengan masuk kelas dia semalam. Habis dia bagi tip2 macam mana nak score. Yelah. Dia kan examiner. So dia tau la apa yg perlu dan apa yg tak perlu tulis. Dan dengan ini aku sedikit berkeyakinan untuk berjaya di dalam exam muet nanti. Harap2 begitulah. Exam pun tak lama. Sebulan ja lagi. Pada bulan 5 aku akan menduduki exam muet dan pada awal bulan 6 pula final exam untuk semester 2. Dengan itu tamatlah semester 2 aku dan persediaan aku untuk ke Latihan Industri. Fuhh.. Sat ja dah bulan 4. Tak terasa sangat. Terlalu cepat masa berlalu.

So time kelas tu dia ada belanja kerepek dengan cokelat satu balang. So sapa yg nak boleh makan. Tapi geng2 SIT 2A terlalu pemurah dengan membungkus sedikit untuk dibawa balik ke bilik. Ahaks. Time nak bungkus tu dok bergelak ja dengan depa. Nasib baik mui lan tak nampak. So kelas habis dalam 11 lbeh sket mcm tu. Sampai ke bilik tu rehat jap dan buat apa yg patut. Lpas tu dlm 12 mcm tu terus ja study C++ untuk menghadapi ujian keesokan paginya. Tapi apakan daya. Aku rasa dalam setengah jam ja kot pastu aku tertidoq. Dalam pukul 3 mcm tu aku mimpi sesuatu yg membuatkan aku bangun dan tak boleh tidoq. Aku pun tak pasti dalam pukul berapa aku tidoq. Mungkin dalam pukul 5 mcm tu kot. Tp 5.30 mcm tu terjaga kembali.

Tu ja.. Ujian teori yg amat senang. Hari khamis ni plak ujian amali untuk c++. Yg ni aku kena study lebih. Aku amat lemah di dalam coding. Takda la lemah sgt. Cuma takleh nak 100% buat coding trus. Mungkin akan terlekat kat mana2. Takpa. Aku akan usahakan yg tu. Target kali ini ialah 4.00. Semoga aku berjaya dan rakan2 seperjuangan aku juga berjaya di dalam exam mereka.

Petang kelmarin time nak balik dari kamsis aku ditahan oleh Pensyarah yang berlagak seperti JPJ, Polis dan seangkatannya. Dia bukanlah FELO. Dan kenyataan dia tu tidak langsung membuatkan aku gentar kerana dia bukanlah orang yg boleh berbuat apa2 kerana pada ketika itu aku berada di dalam kawasan kamsis. Katanya kesalahan ialah membawa laju iaitu lebih 30 KM/H. Ya, aku tak nafikan memang aku bawak lebih 30 KM/H. Tapi lebih tu aku rasa mungkin aku bawak dalam 50 KM/H mcm tu. Ini kerana aku menggunakan Yamaha 125z. So gear 6 takkan nak bawak 30 KM/H. Nak bagi dok sentap moto ka? Nak bagi rantai slalu kendoq ka? Nak bagi enjin aku jadi berat ka? Mungkin sebab mereka tidak pernah dan tidak ambil tahu tentang moto kot. Dan kesalahan kedua aku ialah aku mengikuti jalan roundabout. Sepatutnya aku kena ikut jalan Pusat Komputer. Memang tak dinafikan aku terlupa bab ni. Yalah. Manusia. Tak semua sempurna. Ada kalanya kita terlupa ada kalanya kita tak. So lepas tu dia kata dia bagi last warning dkt aku. Jika dia jumpa aku buat mcm tu lagi katanya dia nak SAMAN aku. Hahaha..

Takpalah. Aku gelak dalam hati sajalah. Dan aku pun cakap sikit2 sudah sbb dia kata dia tak saman aku. Kalau dia kata dia nak saman aku maka aku akan banyak cakap lah. Heh.. Banyak kesalahan yg dia buat. Takkan dia nak saman dengan kesalahan yg dia buat tu semua student nampak jelas lagi sbb time tu dok tepi padang. Kesalahan dia ialah tidak memakai helmet. Begitu juga dengan anaknya. Jika ditotal RM60. Sekepala tak pakai helmet kena saman RM30. Dan cara dia bawak moto amat merbahaya iaitu dok tengah2 line(aku potong dia sebelum masuk roundabout). Dah la tak pakai helmet dok tengah line plak. Mau kereta mai langgaq ka gena? Dah kot hujah aku takat ni. Mau aku kena saman pun aku akan pastikan dia dikenakan tindakan. Itu janji di dalam hatiku pada ketika itu. Dan dia pun orang luar perlis. Apa aku nak heran. Tapi aku masih lagi mempunyai budi bahasa dengan cakap lembut ja time tu. Cuma apa yg tersirat di sini ialah apa yg tersirat di dalam hati aku pada ketika itu. Mungkin darah muda.

Life April 1st 2008

Boikot Belanda Sebagai respon keatas filem yang hina Islam

2 Comments »

Sebagai umat Islam yang bertanggungjawap terhadap agamanya, maka sebarang isu atau aktiviti yang menghina Islam, maka kita perlu sepakat dan bersatu untuk mengambil tindakan. Misalnya baru-baru ini seorang ahli parlimen Belanda mengeluarkan filem yang menghina Quran.

Filem selama 15 minit bertajuk “Fitna” yang disiarkan dalam sebuah laman web Liveleak.com pada 27 Mac, mengkritik Islam, dengan menunjukkan surah al-Quran berlatarbelakangkan imej keganasan akibat serangan teroris.

Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan paderi yang radikal dan menyebut surah al-Quran, dengan diselitkan imej serangan 11 September 2001 terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengarah filem Belanda, Theo van Gogh, di Amsterdam pada akhir tahun itu.

Sehubungan itu, Tun Dr Mahathir menyeru umat Islam supaya memulaukan produk Belanda sebagai bantahan terhadap penyiaran filem tersebut.

Untuk menyahut seruan itu dan seruan ulamak seluruh dunia mari kita bersatu memulaukan barangan keluaran belanda, sebagai respon kebiadaban mereka dan agen mereka menghina Islam. Barangan belanda utama ialah seperti produk susu, dutch lady, coklat Ferrero Rocher, coklat2 lain dan tenusu yang lain. Pasaraya Mydin telah memulakan dengan mempamerkan produk2 yang dikeluarkan oleh syarikat2 belanda. Mereka amat memainkan sensiviti umat islam. Sebelum ini ialah denmark

Link bawah ini adalah antara barangan belanda yg boleh diboikot..

http://typicaldutchstuff.com/index.shtm

News April 1st 2008