banyak benda yang berlaku pada minggu lepas dan harini. Terlalu banyak sehinggakan aku pun malas nak tulis apa yg berlaku tapi hanya amek point sudah lah.. Akhirnya siap jugak presentation aku yg dibuat oleh pada 8.30 malam sehingga awal pagi. Heh.. Tp ok ja. Biasa la pekena livita. Pakai celik trus la. Takdak tidoq2 dah. Papun inilah hasil kerja. Ini dinamakan story board. So mcm proposal jgak la. Kita takleh la nak p tunjuk trus dkt syarikat tu animasi yg kita nak buat. Kita hanya perlu tunjuk jalan cerita mcm mana dan beserta lakaran seperti yg dibuat ini.
Saja tadi check2 tgk hp. Ada lagi gambaq yg diambil semasa lawatan ke Kolej Komuniti Arau.
Pada lawatan ini ialah semperna minggu ICT mereka. So p tu takda watpa sgt. Just round2, lepak2 dan tgk2 jumpa habeh kwn2 lama time sekolah men dlu. Pakat ramai dok kolej komuniti. Heh.. Seb baik depa ingat lagi aku sapa. Ingatkan tak kenai dah.
So hari rabu haritu lpas habeh ja presentation so p dengar ceramah untuk LI. Memboringkan. Mau kalau aku tau aku tak masuk pun takpa sbb benda tu akan diterangkan balik oleh Pn. Miza. So buat rugi masa ja. Tp takpa la. Time tu aku dok sembang dan tgk apa2 yg patut ja. So lpas tu terus bertolak ke pendang untuk ke rumah ustazah najiah. So dia la ni tak bergelar Cik dan. Dan Puan dah. Marah dia mau kalau org panggil cik. Hehehe..So p konvoi 2 biji keta. Sbiji lagi keta myvi tole. P pun bertolak dlm pukul 4 mcm tu. So dlm pukul 5 mcm tu sampai la. Yg lambatnya nak cari rumah la. Dia kata mau kluaq exit tu dkat dah. Tp lebeh kurang mcm 10km ja. Ahaa.. Dia kata saja ja nak pekena aku. Heh.. Yelah tu.
So selamat penggantin baru pun ustazah. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. Dia pun dah nak pindah dah. So pasni takdak dah la. Kurang best sket. Takpalah. Nak buat mcm mana. So haritu lalu belakang istana ikut jalan pasar malam . Perasan suatu benda. Pelik bukan sbb ia tidak terletak di tempat yg boleh dinampak oleh orang ramai. Kalau letak dkt dpan istana pun ok jgak. Heh. Tah la. Malas nak kata apaa..
Ni baru balik dari kem pengakap batu pahat. Ada kem lencana dan manikayu peringkat satu. Boleh la jgak. Letih pun ada. Yg tersenguk2 dok tidoq pon ada. Haha.. Letih la tu. Takleh tidoq. Nyamuk darah pahlawan yg kalau ltak ubat nyamuk pun takda apa.











