Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

whateva

No Comments »
i just need my happy life..cheerful life..
i hate to pretend that i’m happy..
but deep in my heart..only Allah knows everything..
every single thing that i felt..

Life June 30th 2008

Cuti Semester

No Comments »

Banyak perkara yang berlaku semasa dalam alam percutian semester dan semasa dalam exam. Hidup dah terlalu sibuk.. Banyak perkara yang aku buat sehinggakan tidak sempat untuk update entri di blog ini. Banyak juga suka dan duka semasa dalam percutian ini. Ada juga masalah yang dapat diatasi dengan tenang. Walaubagaimanapun aku akan cuba untuk update keseluruhan. Janji nk kluaq makan dgn kezen dan kawan sek aku dlu pun tak tercapai lagi. Takpa next week aku kontek hg no.. Antara tempat yg dilawati semasa percutian ialah :

7 Jun 2008 - Sungai Sedim untuk lawat ahli Putra Rovers yang mengikuti kursus kayak dan pada masa ikut menghantar ayah aku ke airport untuk menunaikan umrah.

8 Jun 2008 - Pada pagi itu tiada apa untuk dibuat maka aku, apih , pandey dan yon ke Pantai Merdeka selepas carian di google menunjukkan Pantai Merdeka antara tempat yg menarik untuk dilawati dan yon yang tidak pernah sampai lagi ke pantai merdeka.
- Selepas sampai tu sambung tidur dan ke kem untuk lawatan ke Pesta Orkid Peringkat
Kebangsaan 2008 dan membaik pulih kem.
- Selesai sahaja terus ke Alor Star untuk repair cermin kereta yang retak. Dan seterusnya
ke Pulau Pinang untuk makan petang dan follow kawan2 daripada sedim balik ke perlis.

9 Jun 2008 - Last paper aku harini. Add Math. Hoho.. Akhirnya aku telah merdeka. Hantar kawan2 ke stesyen bas untuk pulang ke kampung halaman.

10 Jun 2008 – Tiada apa2 yang aku buat. Hanya melangsaikan tugas yang diamahkan kepada aku semasa peninggalan bapa aku ke umrah.

11 Jun 2008 – Pada hari ni Konvoi bermotor beramai2 ke Pulau Pinang untuk menukarkan monoshock motor LC 135 Adam. Pada masa yang sama aku juga membeli HP baru iaitu N82. Balik tu singgah di Jitra untuk makan Char Kuey Tiaw.

12 Jun 2008 – Banyak lepak di kedai untuk uruskan harga barang yang semakin meningkat dan lepak sebentar di kedai syafa. Dan pada petang itu juga semua ahli keluarga Putra Rovers berkumpul di Kuala Perlis untuk menghirup udara segar angin sepoi2 dan makan2 petang sambil membincangkan apa yang sepatutnya.

13 Jun 2008 – Maka Sticker Reflector Studio berjaya dikeluarkan dan diedarkan untuk edaran ahli – ahli Reflector Studio. Banyak perkara di kedai di selesaikan.

14 Jun 2008 – Pioneering di Kem Pengakap di Sg. Batu Pahat sehingga 15 Jun 2008.

17 Jun 2008 – Bertolak ke Kuala Lumpur untuk mengikuti kursus Telekom Malaysia Business Programme

18 Jun 2008 – Seminar selama 3 hari di Mines Waterfront Business Park. Banyak perjalanan semasa selepas habis seminar.

20 Jun 2008 – Pada perjalanan pulang ‘ketaq pala’ seperti yang dirancang secara tak sengaja iaitu melawat Cameron Highland. Ada yang tak penah sampai lagi. So bawak depa p jalan2. Melawat ladang tea, strawberry, kaktus dan makan strawberry coklat. Sedap woo.. Payah nak cari kt perlis. Hehe.. Pada mulanya dkt Kg. Raja tu nampak signboard samada ke simpang pulai atau ke gua musang. Cubaan ‘ketaq pala’ terpaksa ditangguh oleh kerana kami orang yang jauh diberi tugas untuk mengendalikan Hari Belia Peringkat Negeri Perlis dan seorang kawan yang dikatakan hendak menaiki kapal dan takkan jumpa dalam 3 taun.

21 Jun 2008 – Pada pagi itu Hari Belia peringkat Negeri Perlis diadakan di Dewan Wawasan 2020.3 orang Putra Rovers telah pergi untuk meninjau keadaan di Hari Belia itu. Selepas itu meeting secara berkumpulan di Rimba Rasa.

22 Jun 2008 - Keluarga Putra Rovers telah membuat lawatan ke Alor Star dan Puncak Janing.

23 Jun 2008 – Akhirnya Reflector Studio berjaya didaftarkan Perniagaan di SSM. Satu pencapaian yg bagus.

24 Jun 2008 – Aku di Kuala Lumpur untuk men’settle’kan agreement berkenaan dengan TMBP. Dan pada masa ini juga result final exam poli keluar. Di check oleh lilah dan katanya resultku ialah 3.37. Suatu peningkatan. Cuma HNM aku ja naik 0.03.

25 Jun 2008 – Pusing di sekitar jalan tar, jalan kenangan dan lowyat. Selepas tu bertolak balik ke Perlis dengan Kak Dija dan Abg Wan.

Gambar? Tunggulah nanti aku upload.

Ketika aku dilanda serabut teringat akan..

”Kita kadang-kadang merasa bahawa sesuatu itu adalah yang terbaik bagi kita. Maka kita melupakan hal-hal lain yang menurut kita tidak baik bagi kita. Padahal kita sebagai manusia sangat terbatas pengetahuan kita. Hanya Allah-lah yang Maha Tahu dan mengetahui setiap apa yang terbaik bagi kita, dan apa yang tidak baik bagi kita. Kerana itu, bersikap tawakal dalam segala keadaan merupakan tindakan yang baik. Dan selalulah berbaik sangka pada Allah.”

dan

what ever will be will be.. the future not our to see

Life June 27th 2008

Travelling time exam

1 Comment »

Ahaa.. Time2 exam pun bleh lagi p merata2.. Ini disebabkan pada kebosanan dan masalah 2-3 di poli. Pada tgh hari tu p bayan lepas hantar ayahku untuk menunaikan umrah bersama2 dengan cikgu sabry dan anak dia, pak cik bakri, makcik saadiah dll.. So dlm perjalanan tu saja msg adam. Katanya berada di kulim dan kacau kalutlah bila terdengar dia di kulim kerna kadang kala agak payah mendengar dia keluar malam. Ahaa.. Pastu rancangan mereka adalah untuk ke sedim. So dah p bayan takkan la aku nak balik trus kan. Bknnya ada apa2 pun kalau balik trus. Baik singgah ja kulim tu. Tak jauh mana pun. Kluar bridge tu masuk ja BKE. Pastu smpai lah kulim. So depa tunggu kat Dynaz Nasi kandar. Maaf atas kelewatan. Biasalah masalah jammed jalan yang agak luar biasa.. So p sana ada banyak jugaklah aktiviti yg dibuat. Antaranya p jumpa geng2 putra rovers yg membuat aktiviti kursus kayak anjuran belia perlis dan UKM. Dan tengok geng2 tu mandi manda. Nasib baiklah aku tak bawak baju. Kalau tak terjun skali lah. So balik tu bawak slow2 saja. Rilex2 sudah. Bkn nak p mana2 pun. Siap makan cucoq pisang lagi dengan kesejukkan hujan yang amat sangat.. Sampai dkt gurun dalam 7.20 mcm tu. Minum2 jap dan teringat bahawa kerna p tgk kdai sblm 8.30. Mau tak mau kna pecut jgak lah. Tp hanyalah bawak slow sahaja. 120-140 sahaja.

Takda la lebih sangat. Kalau lebih pun 160 ja.. Lagipun bawak laju tak kemana. Kereta yg tiada lorong sederhana masuk di lorong laju. So dlm 8.40 mcm tu sampai kot perlis. Hantaq adam p mat rawa dan balik semula ke kedai untuk menyelesaikan 2-3 urusan. Malam tu boring taktau p mana so p pantai merdeka. Lepak2 situ dan balik singgah SP sambil di ganggu oleh bapok2 yang tak bertamadun yg meminati pandey dan yon. Time balik tu agak letih. Mmg epih drive dari mula. Sbb dia akan rasa boring dan mengantuk kalau dok saja. So aku bagi lah dia drive. Dok tepi dan rehatkan diri sambil sembang2 kosong sedikit. Di pantai merdeka mcm2 perkara yang dibincangkan dan diungkit satu demi satu. Tp takda lah apa sgt. Biasa2 ja tambah menceritakan kisah2 zaman remaja dahulu ja.

Balik tu p kem ja. Pastu p alor star untuk repair cermin kereta. Tgk mcm biasa ja tp kena dalam RM300. Kacau kalut mcm ni. Ada sembang dan dia kata kalau cermin baru dkt RM1.5k. Kalau yg ori dekat RM3k jgak lah. Takpalah.. Insuran cermin pun tak amek lagi. Nnt kalau amek insuran cermin bleh la p tukaq. Ahaa. Takat tu ja. Nak p mandi sat. Nak p poli dan study sket dan p exam sekejap lagi. Letih dengan study smlm dan travel melebihi 1000 KM

Life June 9th 2008

Harga Minyak Naik Mendadak?

3 Comments »

Isu ni dah beberapa hari dah. Tp kesempatan ini diambil untuk postkan apa yg patut.. Nak kira banyak yg tak puas hati. Tp banyak berkaitan politik. Malas aku nak masuk bab politik. Bukan masanya dan tidak minat pada politik pimpinan Abdulllah Ahmad Badawi. Apakah rasionalnya peningkatan harga petrol sehingga RM2.70? Kena terlalu tinggi? Pada mulanya sudah haramkan kenderaan asing hendak boh minyak pada negara ini tetapi benarkan balik? Adakah ini termasuk desakkan daripada singapura? Sehingga Malaysia hilang Pulau Batu Putih dan pada ketika dahulu satu perjanjian untuk membuat jambatan bengkok dan apabila tiba masa pemerintahan AAB di-cancel dan diganti dengan WPI. Dan bila tgk balik di WPI ialah membolehkan rakyat singapura masuk negara ini tanpa memerlukan pasport. Memang patutlah chedet meminta AAB meletak jawatan tetapi biasalah manusia takkan pernah puas untuk memegang jawatan. Dan pada zaman chedet dahulu iaitu sewaktu kegawatan ekonomi 1997 tidak ada pinjaman duit dari IMF, tidak ada kenaikkan barang.. Tetapi apabila beralih tampuk pemerintahan ia sudah bertukar menjadi macam2. Dan juga tiada lagi kata2 kepada negara barat. AAB lebih banyak mendiamkan diri berbanding chedet yang banyak mengecam negara barat dan yahudi.

Sebenarnya negara Malaysia adalah negara pengeluar minyak. Iaitu pengeksport minyak. Bukannya Pengimport minyak. Memang ada yang mengatakan bahawa kita jual minyak kita sbb minyak kita mahal dan berkualiti dari minyak lain dan kita beli minyak yg kurang kualiti. Tetapi Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export.

AAB tidak patut membandingkan harga minyak malaysia dengan harga minyak negara Asean kerana mereka adalah pengimport minyak. Tiada sumber.. Kenapa tidak dibandingkan dengan Brunei? Adakah minyak di brunei mahal daripada Malaysia. Dan jika hendak dibandingkan dengan singapura, pendapatan perkapita dan taraf hidup Malaysia banyak kais pagi makan pagi kais petang makan petang berbanding dengan singapura kais pagi makan 10 hari.. Jika thailand? Taraf hidup mereka lagi rendah daripada Malaysia dan jalan raya mereka tidak ada tol kecuali di bangkok dan sekitarnya. Tidak seperti malaysia yang memerlukan tol daripada utara hingga selatan semenanjung.

Kelantangan ini hanyak sekadar meluahkan apa yg terbuku dihati dengan melihat AAB tidak berani dalam setiap hal dan otakknya tidak ekonomi. Dan ada laporan mengatakan kerajaan terpaksa membelanjakan sebanyak RM56Billion utk subsidi petrol tetapi laporan kewangan 2007 menunjukkan subsidi hanyalah 12 Billion.

Harap AAB mengkaji semula penstrukturan harga minyak.. Jika tidak parti BN anda akan tumbang pada pilihanraya seterusnya. Dan rebet tunai yang diberikan itu tidak munasabah.. RM150 utk motosikal. 150/360 = 0.416 sen. Nak jadi apa 0.416 sen? Minyak hari2 guna. Purata ada yang menggunakan 2-3 liter sehari. Kalau kereta lagi ‘telah’ lah. Saya kesiankan kepada golongan yang berpendapatan rendah apabila merasai kenaikkan harga minyak maka harga barangan dan makanan akan naik. Mungkin sehari dua ini tidak akan naik. Tetapi taktik pengedar, pengilang ialah pada 2-3 minggu @ 2-3 bulan lagi.. Saya mempunyai pengalaman dalam berniaga dan tahu selok belok pengedar bagaimana mereka dapat mengaburi mata kerajaan bahawa mereka tidak menaikkan harga barang tetapi melakukan taktik sebaliknya.

Apapun isu minyak mungkin akan dilupakan seketika apabila bermulanya EURO 2008 dan Olimpik 2008.Tetapi ia akan dirasai apabila EURO 2008 dimana rata2 tidak akan bercakap lagi berkenaan minyak dan akan bercakap mengenai bola sahaja. Licik betul taktik AAB menaikkan minyak pada ketika ini.

Apapun Italy tetap akan merangkul kejayaan pada EURO 2008 ini. GOGOGO Italy.

Marco Materazzi

News June 6th 2008

Putra Rovers Pic

No Comments »

Heh.. Taktau nak boh tajuk pa hentam sajalah.. Pic ni apabila habis selesai proses manikayu kelana peringkat satu iaitu ceramah selama 6 jam. Fuhh.. Satu masa yg agak lama. Manakala selepas ini pula ialah camping selama 3 hari 2 malam untuk peringkat ke-dua. Diberitakan bahawa akan start buat pada 20hb mcm tu..

Sehari selepas itu adalah meeting agung putra rovers. Satu sesi penggambaran telah diadakan walaupun kualiti gambar agak kurang jelas. Apa yg menarik di dalam gambar ini adalah adik dan abang duduk sebelah iaitu Amran bin Ali dan Amir bin Ali. Cayalah..

Terlupa nak edit lebih sket. Nnt lah. La ni time exam. Ni pun balik jap ja nak amek buku dan search sket apa yg patut.. So harapnya exam kalini aku dapat elok lah. PB aku untuk C++ ialah 82% / 100 %.. Oklah tu. Just buat final ni lebih sikit ja untuk aku melepasi paras result yg teruk. Doakan semoga aku berjaya. Minggu demam kebah exam. Ahaks.

Namun pada kursus lencana keahlian haritu aku tertarik pada part vigil (proses mengenal diri). Pada ketika sebelum itu diberi satu helaian kertas lagu2 pengakap dan pada satu lagu tu mmg aku rasa dah tau dah.. Minat dari tahun lepas. Iaitu lagu que sera.. Tp apa yg diberi oleh Mr Ho itu telah diubah.. Sbnarnya lagu ni dinyanikan oleh Doris Day pada 1956. Permulaan lagu dengan que sera ini mmg sama. Tp selepas itu mmg diubah. Haritu pun ho ada ubah. Dia boh scout trus..

Que Sera, Sera.
Whatever will be.. will be..
The future’s not ours to see.
Que Sera, Sera…
What will be… will be.

Inilah part yg aku minat. Sbbnya ia mempunyai maksud tersendiri iaitu
” Menerima apa sahaja takdir yang datang kerana segala suratan sudah tertulis sejak azali lagi “ yaa.. Terima apa sahaja suratan.. Biarpun pahit dan buruknya dan manisnya. Mengingatkan aku kembali pada ketika aku mendengar lagu ini.

Life June 2nd 2008

[Mp3&Lirik] Mila - Aku Lebih Tahu

1 Comment »

Ku tahu
Kau bukan lawan untukku
Sampai aku harus cemburu
Fikirkan dirimu

Bukan mahu
Cuba dabik dada denganmu
Siapa dia kasihku
Aku lebih tahu

Luar dan dalam
Tiada rahsia
Lafaz dan diam
Dah pun ku bacanya
Langkah dan ragam
Hanya mencinta bahagia

(Chorus)

Dalam cinta harus saling percaya
Dalam cinta harus berani pasrah
Dalam cinta harus janganlah goyah
Dalam cinta harus sejiwa

Dalam cinta harus saling percaya
Dalam cinta harus berani pasrah
Dalam cinta harus janganlah goyah
Dalam cinta harus sejiwa
Saling percaya

Ku tahu
Kau bukan lawan untukku
Sampai aku harus cemburu
Fikirkan dirimu

Bukan mahu
Cuba dabik dada dgnmu
Siapa dia kasihku
Aku lebih tahu

*(Ulang chorus)

Nak dengaq?

Download

Download Mila - Aku Lebih Tahu

password : vieredotnetdotmy

:: Sharing Is Not A Crime ::
:: Sharing Is Caring ::

Music June 2nd 2008