Isu ni dah beberapa hari dah. Tp kesempatan ini diambil untuk postkan apa yg patut.. Nak kira banyak yg tak puas hati. Tp banyak berkaitan politik. Malas aku nak masuk bab politik. Bukan masanya dan tidak minat pada politik pimpinan Abdulllah Ahmad Badawi. Apakah rasionalnya peningkatan harga petrol sehingga RM2.70? Kena terlalu tinggi? Pada mulanya sudah haramkan kenderaan asing hendak boh minyak pada negara ini tetapi benarkan balik? Adakah ini termasuk desakkan daripada singapura? Sehingga Malaysia hilang Pulau Batu Putih dan pada ketika dahulu satu perjanjian untuk membuat jambatan bengkok dan apabila tiba masa pemerintahan AAB di-cancel dan diganti dengan WPI. Dan bila tgk balik di WPI ialah membolehkan rakyat singapura masuk negara ini tanpa memerlukan pasport. Memang patutlah chedet meminta AAB meletak jawatan tetapi biasalah manusia takkan pernah puas untuk memegang jawatan. Dan pada zaman chedet dahulu iaitu sewaktu kegawatan ekonomi 1997 tidak ada pinjaman duit dari IMF, tidak ada kenaikkan barang.. Tetapi apabila beralih tampuk pemerintahan ia sudah bertukar menjadi macam2. Dan juga tiada lagi kata2 kepada negara barat. AAB lebih banyak mendiamkan diri berbanding chedet yang banyak mengecam negara barat dan yahudi.
Sebenarnya negara Malaysia adalah negara pengeluar minyak. Iaitu pengeksport minyak. Bukannya Pengimport minyak. Memang ada yang mengatakan bahawa kita jual minyak kita sbb minyak kita mahal dan berkualiti dari minyak lain dan kita beli minyak yg kurang kualiti. Tetapi Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export.
AAB tidak patut membandingkan harga minyak malaysia dengan harga minyak negara Asean kerana mereka adalah pengimport minyak. Tiada sumber.. Kenapa tidak dibandingkan dengan Brunei? Adakah minyak di brunei mahal daripada Malaysia. Dan jika hendak dibandingkan dengan singapura, pendapatan perkapita dan taraf hidup Malaysia banyak kais pagi makan pagi kais petang makan petang berbanding dengan singapura kais pagi makan 10 hari.. Jika thailand? Taraf hidup mereka lagi rendah daripada Malaysia dan jalan raya mereka tidak ada tol kecuali di bangkok dan sekitarnya. Tidak seperti malaysia yang memerlukan tol daripada utara hingga selatan semenanjung.
Kelantangan ini hanyak sekadar meluahkan apa yg terbuku dihati dengan melihat AAB tidak berani dalam setiap hal dan otakknya tidak ekonomi. Dan ada laporan mengatakan kerajaan terpaksa membelanjakan sebanyak RM56Billion utk subsidi petrol tetapi laporan kewangan 2007 menunjukkan subsidi hanyalah 12 Billion.
Harap AAB mengkaji semula penstrukturan harga minyak.. Jika tidak parti BN anda akan tumbang pada pilihanraya seterusnya. Dan rebet tunai yang diberikan itu tidak munasabah.. RM150 utk motosikal. 150/360 = 0.416 sen. Nak jadi apa 0.416 sen? Minyak hari2 guna. Purata ada yang menggunakan 2-3 liter sehari. Kalau kereta lagi ‘telah’ lah. Saya kesiankan kepada golongan yang berpendapatan rendah apabila merasai kenaikkan harga minyak maka harga barangan dan makanan akan naik. Mungkin sehari dua ini tidak akan naik. Tetapi taktik pengedar, pengilang ialah pada 2-3 minggu @ 2-3 bulan lagi.. Saya mempunyai pengalaman dalam berniaga dan tahu selok belok pengedar bagaimana mereka dapat mengaburi mata kerajaan bahawa mereka tidak menaikkan harga barang tetapi melakukan taktik sebaliknya.
Apapun isu minyak mungkin akan dilupakan seketika apabila bermulanya EURO 2008 dan Olimpik 2008.Tetapi ia akan dirasai apabila EURO 2008 dimana rata2 tidak akan bercakap lagi berkenaan minyak dan akan bercakap mengenai bola sahaja. Licik betul taktik AAB menaikkan minyak pada ketika ini.
Apapun Italy tetap akan merangkul kejayaan pada EURO 2008 ini. GOGOGO Italy.
Marco Materazzi



June 6th, 2008 at 8:57 pm
go holland go…. holland da euro 2008 champs…..
June 7th, 2008 at 12:13 am
ahaha.. tole oih.. holland makan coklat angin ja kot
dah la england tak layak dah :p
June 10th, 2008 at 2:23 pm
weh gena la italy bleh kna smapi 3-0 tu haaaaa dengan holland plak tu…. ha…ha…ha.. italy makan cekelat angin….