Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

Cuti Semester

Add comments

Banyak perkara yang berlaku semasa dalam alam percutian semester dan semasa dalam exam. Hidup dah terlalu sibuk.. Banyak perkara yang aku buat sehinggakan tidak sempat untuk update entri di blog ini. Banyak juga suka dan duka semasa dalam percutian ini. Ada juga masalah yang dapat diatasi dengan tenang. Walaubagaimanapun aku akan cuba untuk update keseluruhan. Janji nk kluaq makan dgn kezen dan kawan sek aku dlu pun tak tercapai lagi. Takpa next week aku kontek hg no.. Antara tempat yg dilawati semasa percutian ialah :

7 Jun 2008 - Sungai Sedim untuk lawat ahli Putra Rovers yang mengikuti kursus kayak dan pada masa ikut menghantar ayah aku ke airport untuk menunaikan umrah.

8 Jun 2008 - Pada pagi itu tiada apa untuk dibuat maka aku, apih , pandey dan yon ke Pantai Merdeka selepas carian di google menunjukkan Pantai Merdeka antara tempat yg menarik untuk dilawati dan yon yang tidak pernah sampai lagi ke pantai merdeka.
- Selepas sampai tu sambung tidur dan ke kem untuk lawatan ke Pesta Orkid Peringkat
Kebangsaan 2008 dan membaik pulih kem.
- Selesai sahaja terus ke Alor Star untuk repair cermin kereta yang retak. Dan seterusnya
ke Pulau Pinang untuk makan petang dan follow kawan2 daripada sedim balik ke perlis.

9 Jun 2008 - Last paper aku harini. Add Math. Hoho.. Akhirnya aku telah merdeka. Hantar kawan2 ke stesyen bas untuk pulang ke kampung halaman.

10 Jun 2008 – Tiada apa2 yang aku buat. Hanya melangsaikan tugas yang diamahkan kepada aku semasa peninggalan bapa aku ke umrah.

11 Jun 2008 – Pada hari ni Konvoi bermotor beramai2 ke Pulau Pinang untuk menukarkan monoshock motor LC 135 Adam. Pada masa yang sama aku juga membeli HP baru iaitu N82. Balik tu singgah di Jitra untuk makan Char Kuey Tiaw.

12 Jun 2008 – Banyak lepak di kedai untuk uruskan harga barang yang semakin meningkat dan lepak sebentar di kedai syafa. Dan pada petang itu juga semua ahli keluarga Putra Rovers berkumpul di Kuala Perlis untuk menghirup udara segar angin sepoi2 dan makan2 petang sambil membincangkan apa yang sepatutnya.

13 Jun 2008 – Maka Sticker Reflector Studio berjaya dikeluarkan dan diedarkan untuk edaran ahli – ahli Reflector Studio. Banyak perkara di kedai di selesaikan.

14 Jun 2008 – Pioneering di Kem Pengakap di Sg. Batu Pahat sehingga 15 Jun 2008.

17 Jun 2008 – Bertolak ke Kuala Lumpur untuk mengikuti kursus Telekom Malaysia Business Programme

18 Jun 2008 – Seminar selama 3 hari di Mines Waterfront Business Park. Banyak perjalanan semasa selepas habis seminar.

20 Jun 2008 – Pada perjalanan pulang ‘ketaq pala’ seperti yang dirancang secara tak sengaja iaitu melawat Cameron Highland. Ada yang tak penah sampai lagi. So bawak depa p jalan2. Melawat ladang tea, strawberry, kaktus dan makan strawberry coklat. Sedap woo.. Payah nak cari kt perlis. Hehe.. Pada mulanya dkt Kg. Raja tu nampak signboard samada ke simpang pulai atau ke gua musang. Cubaan ‘ketaq pala’ terpaksa ditangguh oleh kerana kami orang yang jauh diberi tugas untuk mengendalikan Hari Belia Peringkat Negeri Perlis dan seorang kawan yang dikatakan hendak menaiki kapal dan takkan jumpa dalam 3 taun.

21 Jun 2008 – Pada pagi itu Hari Belia peringkat Negeri Perlis diadakan di Dewan Wawasan 2020.3 orang Putra Rovers telah pergi untuk meninjau keadaan di Hari Belia itu. Selepas itu meeting secara berkumpulan di Rimba Rasa.

22 Jun 2008 - Keluarga Putra Rovers telah membuat lawatan ke Alor Star dan Puncak Janing.

23 Jun 2008 – Akhirnya Reflector Studio berjaya didaftarkan Perniagaan di SSM. Satu pencapaian yg bagus.

24 Jun 2008 – Aku di Kuala Lumpur untuk men’settle’kan agreement berkenaan dengan TMBP. Dan pada masa ini juga result final exam poli keluar. Di check oleh lilah dan katanya resultku ialah 3.37. Suatu peningkatan. Cuma HNM aku ja naik 0.03.

25 Jun 2008 – Pusing di sekitar jalan tar, jalan kenangan dan lowyat. Selepas tu bertolak balik ke Perlis dengan Kak Dija dan Abg Wan.

Gambar? Tunggulah nanti aku upload.

Ketika aku dilanda serabut teringat akan..

”Kita kadang-kadang merasa bahawa sesuatu itu adalah yang terbaik bagi kita. Maka kita melupakan hal-hal lain yang menurut kita tidak baik bagi kita. Padahal kita sebagai manusia sangat terbatas pengetahuan kita. Hanya Allah-lah yang Maha Tahu dan mengetahui setiap apa yang terbaik bagi kita, dan apa yang tidak baik bagi kita. Kerana itu, bersikap tawakal dalam segala keadaan merupakan tindakan yang baik. Dan selalulah berbaik sangka pada Allah.”

dan

what ever will be will be.. the future not our to see

Life June 27th 2008

Leave a Reply