Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

Perkara yang ketinggalan utk di update..

No Comments »

Takda perkara apa sangat.. Cma pic ja. Masa majlis penutupan kem di Sek Utan Aji pengakap kelana putra telah diwakili oleh 3 orang iaitu Fakhrul Afiq Abd Aziz, Amran Ali dan Anas Abd Rahim. Diketuai oleh Anas selaku kelana yang banyak memerah keringat semasa kem ini iaitu handle se-orang pada hari sabtu pagi hingga petang. Pada sebelah malamnya ditolong oleh amran dan azlan..

Gambar Amran menerima hadiah

Selepas tu aku p hantar depa balik dan p kdai sat.. Pastu berangkat ke Sek Men Syed Alwi untuk menghadiri Hari Potensi TABIKA KEMAS Dan Ikhtifal Kesenian Islam Peringkat Negeri Perlis. Ia berjalan dengan begitu lancar. Namun biasalah.. Tak dan cukup time lagi blah dah. Ahaks.. Dalam 4.45 mcm tu balik dah. Patutnya tunggu sampai pukul 6.00. Tp tgk mcm takdak apa dah. Dok melangut ja. Tp ok lah.. Dah tunjuk muka dah kat semua.

Ikhtifal

Tgk sini dik.

Ni la Tarian canggung…

Malam tu p ke kedai.. Tgk bli lcd baru. Saja tanya parent jd gena. Depa kata rosak. So saja punggah nak bagi pukah ja.. Padahal takda la tau pa sgt sbb menda ni melibatkan litar elektronik. Satu pengalaman baru yang jarang nak dapat iaitu bukak lcd. Heh.. Nak dok jadi gena.

Kelmarin dah dapat dah kesemua sijil yang tertunggak. So sesapa tu bleh la contact mau nak amek sijil.. Sekian.

Life July 31st 2008

Aku dah bekerja

1 Comment »

Aku dah bekerja.. Tu lah apa yang patut.. Best disini.. Memang ada cerita dah sebelum ni. Tp cerita p lah bagi meriah lagi.. Keramahan staff kemas usah dikata. Haritu ada ekso hari peladang nelayan dan penternak.. So p dgn afif dan kak mimi dan nik.. Dan disertai oleh abang cipun. Bkn cipun saiful azwan.. Tp ni saiful lain.. So dkt situ beli sos 4 botoi untuk diberikan kepada adam dan epih yang berada di melaka. Mereka semestinya mabuk sos tu dah lama tak kena. Tambahan plak sos terinai.. Menjilat jari la nanti na. Haha

Life July 29th 2008

Nasib aku?

No Comments »

Nasib… Kadang kala ada nasib baik.. Ada nasib kurang baik (NKB). NKB ialah perkataan yang selalu aku lalui semasa di kem PLKN Guar Chenderai iaitu menandakan aras bahawa aku didenda. Tp perkataan tu bkn hanya kepada aku saja. Kat orang lain pun kena jgak. Kira nasib dia kurang baik jgak lah tu..Takda nak watpa sgt. Just nak ceta yg tu ja. Ni pun baru sampai rumah. Entah kenapa tadi antara fikiran dan hati ia menjadi berlainan.. Cari tenang apa yg patut. Dkt pekan arau nampak keta eksiden. Caranya eksiden hampir sama dengan cipun kecuali dia melanggar tiang letrik dan tak tibai kot tepi. Tibai kot depan. So tiang kena enjin. Agak ok lagi.Diberitakan bahawa cina tu mabuk. Lpas ja eksiden dia terus menghilangkan diri. Mau taknya.. Gantung lesen seumur hidup la kalau bawak kereta di bawah pengaruh alkohol.

Life July 29th 2008

Khutbah terakhir Nabi Muhammad S.A.W

No Comments »

Tarikh: 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah
Tempat: Lembah Uranah, Gunung ’Arafah

“Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.

Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu.

Sekiranya mereka menyempurnakan diri mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan.

Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.”

“tidak ada lagi nabi atau rasul yang datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru”

Artikel July 28th 2008

Gerak Hati

No Comments »

Kadang kala ada masanya gerak hati adalah satu kenyataan yang betul..

Jam dah menunjukkan 5.05 a.m.. Tak dapat tidoq lagi.. Entah kenapa tadi nak dok dkt pkul 12 rasa aku spt berlainan.. Tah la.. Nak try masuk bilik dan tidoq. One Fine Day.. Insyallah akan muncul jua satu hari nanti. Pukul 8 nak kena masuk kerja. Hemmm.. Whatever..

Life July 25th 2008

One Fine Day

No Comments »

Sekelumit.. Segurun…

Life July 25th 2008

Apa itu KEMAS?

No Comments »

Ramai beranggapan bahawa KEMAS itu adalah sebuah organisasi yang menguruskan TABIKA dan TASKA. Pada hermat sebenarnya ia bukan itu sahaja. Ia adalah cabang daripada KEMAS. KEMAS adalah nama timangan untuk Jabatan Kemajuan Masyarakat. Disini aku menjalani Latihan Industri. Ramai bila aku kata aku buat kt KEMAS pakat dok ingat tadika tu ja. Padahal tak semestinya. Objektif ialah untuk memajukan kawasan luar bandar di samping memberikan perkhidmatan yang cekap dan bagus. Ia juga bersangkut paut dengan politik. Dan masa bekerja di KEMAS kadang kala tidak mengikut masa. Kadang kala bekerja sehingga malam dan kadang kala bekerja di hujung minggu. Staf2 di sini sudah menjadi lumrah bagi mereka. Dan staff di sini juga amat baik2 belaka dan ramah selalu. Sehinggakan mampu untuk melawak sehingga ketawa besar. Cukup kot takat tu.

So takat la ni memang best buat LI di sini. Boss pun rilek ja. Takda jenis pemarah. Jenih semuanya OK. Jarang nak dengan TAK BLEH. Banyak sudah tugas yang aku buat disini. Banyak berkisar mengenai rangkaian di sini. Memandangkan di sini fully wireless so kadang kala AP mengalami masalah. Tapi bukan lah setiap hari. Dalam 2 hari selalu tu kena reset. Ada kot firmware tak update ka apa ka. Takmau kacau sgt yg tu. Biarkan saja dah depa buat siap2 dah. Hari ahad ni ada hari Potensi. Dimana Sukan diantara tabika dan taska kemas peringkat negeri perlis. So maknanya 3 parlimen akan berentap dimana parlimen Arau, Kangar dan Padang Besar. Siapa akan memenangi akan meneruskan cabaran ke peringkat kebangsaan pada 16 Ogos. Apa2 pun buat yang terbaik. Sehari dua lagi ada Hari Nelayan apa tah. So KEMAS juga dikhendaki turut serta. So mau takmau agak bz juga minggu ni.

Life July 22nd 2008