Hemm.. Takpa. Menda ni satg aku ceta. Masuk awal dulu sebelum tu. Pada mulanya rancangan untuk makan di Sungai Petani pada hari khamis terpaksa ditunda kerna pada hari khamis aku terpaksa menjaga kedai. Dan bila jumaat tu trus p ke sp untuk mencuba nasib makan ni kedai fav aku iaitu Hotmas. Tp apakan daya. Penuh sampai orang dok que pun ada. Bukan kehala. Makan kat dataran tu lah yg ada medan panjang tu. So pastu dok ingat nak balik dah tapi ada request untuk mencuba ke kolam air panas di Ulu Legong. Pasa masa itu di bawa oleh petunjuk arah iaitu cipun singh. So time tu aku cuba rehat dengan tidoq sat. Pastu jaga2 tgk2 depa dah sesat dah. Mmg kacau lah laguni.. Jalan yg tak penah aku lalu pun kalau nak p legong ni. Dan insiden kereta laju yang menuruni bukit yang tidak brek dan dengan keadaan ‘pecah pala’ cipun untuk membuat u-turn di tempat yang sudah dinasihat tak bleh buat. Tp nasib lah time tu hanyalah kereta. Bukanlah lori balak. Tp last sekali sampai juga. Bleh la berendam sat kaki dalam tu pastu agak takda pa balik trus sampai rumah. Siang hari itu p rass design untuk menemui pekerja rass design iaitu amir. Dan lepas tu trus ke rimba rasa untuk lepak bersama2 dengan ahli putra rovers yang lain.Setelah selesai pada sebelah petang trus ke Alor Star seperti yang dirancang oleh amir dan amran untuk membeli baju dan seluar semperna dengan kemasukkan semula dan baru ke menara gading. Walaupun pada kadarnya di dalam kereta di bawa oleh amir dan co-pilot oleh amran memberikan satu kombinasi yang baik dan aku hanya duduk di belakang dan tidak mahu menganggu kosentrasi gabungan 2 beradik itu.
Time ni lepak di tasik jitra bersama dengan epih, mat razin, hafiz dan yon. say peace epihhh..
Pada ketika dalam perjalanan pulang dan hendak sampai perlis aku menyuarakan mimpi berkenaan dengan Maxwell Hill @ Bukit Larut kepada amran. Dan dengan kata sepakat dan nasihat daripada amran dia mengajak aku pergi terus kerna kadang kala ada sesuatu yang akan kita dapat. Sebenarnya menda ni dok jadi banyak malam dah. Dan banyak malam jugaklah aku tak tidoq kat katil. Smua atas sofa @ kerusi ja. Dan masa itulah aku mimpi satu tempat yang memanggil aku ke situ. Terasa ada instict yang kuat dan apabila kajian dilakukan terbukti bahawa itu adalah bukit larut. Kata amran bukit larut menyimpan banyak khazanah - khazanah alam semesta. Lepas tu apa yang aku fikirkan ialah hanya untuk ke bukit larut. Takda pikiaq menda len sgt. Seperti tiada kepentingan. Dan aku p dengan amran, amir, cipun dan yon. Pada masa yang sama yon suruh hantar ke stesen bas kangar pada pukul 2.30 petang. Tp dah alang2 p taiping so baik lajak sket ja lagi ke seri iskandar untuk menghantar yon kembali ke UiTM sbb dia kalau naik bas trun kat ipoh. Ipoh nak ke seri iskandar tu ada la dkt stgah jam lbeh.
Perjalanan dimulakan pada pukul 9 pagi dan pukul 12 tgh hari mcm tu sampai di situ. Tp semasa perjalanan ada berhenti makan di changlun hampir setengah jam lebih. Semasa dalam perjalanan juga diberitakan bahawa syafa dalam perjalanan ke taiping juga bersama dengan pensyarahnya. So sampai di situ kami membeli tiket dan tiket untuk naik ialah pada pukul 2 dan untuk turun pada pukul 4.15 petang. Syafa time tu pun dah blah dah ke air terjun bukit larut. So kami nak p pun tak dan dah so lepak di lake garden ja. Suasana tenang dan aman damai amat menusuk hati kalbu. View pun cantik. Memang tak terkatalah.So tepat pukul 2 petang kami menaiki land rover untuk ke tengah puncak sepanjang 10.8KM. Satu pendakian bukit yang agak jauh. Bleh kata arau - kangaq jgak lah. Jokey yang membawa land rover kami amat cekap orangnya.Naik bukit dengan kadang kala kadar gear 4. Bkn kehala. Tp akhirnya baru aku paham. Kalau gear satu pakai mencanak la time nak naik tu. Cara dia corner pun rilek ja. Biasalah OL. Pastu dah sampai tu lepak sat dan tetiba ja hujan renyai2. Biasalah kawasan paling lembab dalam Malaysia. Dan kesejukkan ia juga membuatkan semua menggeletar. Dan ketika itu terungkai semua kisah apa yang menjadi selama ni dan pada masa tu aku mengambil kesempatan untuk ke menara pandang seperti apa yang ada dalam mimpi aku. Dan disitu banyak gambaran yang aku dapat. Cuma perlu laksanakan sahaja. Ada juga yang sukar, tetapi aku akan cuba walaumacam mana sekalipun. Lagipun ini adalah satu petanda buat aku. Tinggi ni dpat tau mcm2 perkara. Kisah2 seantero juga dibuka untuk diselesaikan. So tak sia2 mai sampai atas ni sbb masalah ni akhirnya selesai jua.
Mau dok tau la co - pilot tu cipun singh
Time nak turun tu ada masalah tak cukup orang. Cari punya cari dia mungkin dah turun awai2. Pastu trus ke pekan kemunting untuk makan. Dan percayakah 5 orang makan dan minum hanyalah RM11.50? Bihun sup x 3 + nasi ayam x 2 + Nasi lemak x 2 dan air teh ais x 2 + teh o ais x 2 dan teh o ais limau x 1. Memang sangat murah. Ada satu rahsia berkenaan dengan kedai ini. Lagipun nasi ayam hanyalah RM1.50 dan bihun sup RM1.00.. Payah nak dapat semurah ni time lani..
Pastu kembara diteruskan hinggalah ke seri iskandar untuk menghantar yon dan ke ipoh untuk bertemu dengan numan dan syafa. So p lepak dekat dengan medan bersebelahan dengan rumah syafa. Senang dia nak mai. Lagipun perempuan. Takkan la nak suruh p dataran kot. Jauh balik la pulak. So pastu p lepak di padang ipoh. Di situ apa yang dibicarakan banyak mengukuhkan kembali apa yang telah terjadi. Pastu trus ja p hantar man ke cc dan kembali untuk pulang ke perlis. Semasa dalam perjalanan ditahan oleh roadblock tengah2 highway. Gila ka apa buat tengah2 highway. Jarang sekali nak buat. Slalunya buat time lepas plaza tol. So di situ aku ditahan dengan katannya membawa dengan melebihi kelajuan. Dan pertanyaan dia tu dapat aku tangkap. Apa lagi. So pastu dah selesai pulang semula ke perlis dengan senang dan lenang dan road block sekali lagi di sungai lalang. Kacau kalut laguni… 2 kali plak tu..
Seperti di atas tasik..
Gamitan Maxwell Hill diterima…
Aman dan permai berada di sini..
black n white touch
Selamat Tinggal Bukit Larut…..
Buat kawan2 yang tidak di beritahu berkenaan dengan aktiviti ini minta maaf. Benda ni terjadi secara on da spot.. Dan aku hanya memikirkan untuk ke bukit larut sahaja. Tak banyak pikiaq yang len.











