Ramai beranggapan bahawa KEMAS itu adalah sebuah organisasi yang menguruskan TABIKA dan TASKA. Pada hermat sebenarnya ia bukan itu sahaja. Ia adalah cabang daripada KEMAS. KEMAS adalah nama timangan untuk Jabatan Kemajuan Masyarakat. Disini aku menjalani Latihan Industri. Ramai bila aku kata aku buat kt KEMAS pakat dok ingat tadika tu ja. Padahal tak semestinya. Objektif ialah untuk memajukan kawasan luar bandar di samping memberikan perkhidmatan yang cekap dan bagus. Ia juga bersangkut paut dengan politik. Dan masa bekerja di KEMAS kadang kala tidak mengikut masa. Kadang kala bekerja sehingga malam dan kadang kala bekerja di hujung minggu. Staf2 di sini sudah menjadi lumrah bagi mereka. Dan staff di sini juga amat baik2 belaka dan ramah selalu. Sehinggakan mampu untuk melawak sehingga ketawa besar. Cukup kot takat tu.
So takat la ni memang best buat LI di sini. Boss pun rilek ja. Takda jenis pemarah. Jenih semuanya OK. Jarang nak dengan TAK BLEH. Banyak sudah tugas yang aku buat disini. Banyak berkisar mengenai rangkaian di sini. Memandangkan di sini fully wireless so kadang kala AP mengalami masalah. Tapi bukan lah setiap hari. Dalam 2 hari selalu tu kena reset. Ada kot firmware tak update ka apa ka. Takmau kacau sgt yg tu. Biarkan saja dah depa buat siap2 dah. Hari ahad ni ada hari Potensi. Dimana Sukan diantara tabika dan taska kemas peringkat negeri perlis. So maknanya 3 parlimen akan berentap dimana parlimen Arau, Kangar dan Padang Besar. Siapa akan memenangi akan meneruskan cabaran ke peringkat kebangsaan pada 16 Ogos. Apa2 pun buat yang terbaik. Sehari dua lagi ada Hari Nelayan apa tah. So KEMAS juga dikhendaki turut serta. So mau takmau agak bz juga minggu ni.

