Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

Happy Birthday Papa..

No Comments »

Selamat hari jadi papa. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. Dan bahagia dengan mama sehingga akhir hayat. Kelmarin 19hb Julai 2008 ialah harijadi ayh aku. So tgh hari tu p bli kek dan wish dia dkt kedai. Time tu aku sorang ja. Mak mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Bank Rakyat selama 3 hari di Putra Brasmana Kuala Perlis. So nyani sket dan bagi dia potong kek. Pastu suap kat dia. X palah. Bkn slalu. 19hb juga bersamaan dia sudah menjangkaui umur 45 tahun. Dan aku keesokkan harinya iaitu 20hb.. Mmg tak lari jauh. Dan pada masa yang sama malam tu aku ke penang dengan epih, amran dan lan. Pada dasarnya penerimaan ke penang tu diterima disebabkan oleh taktau nak buat apa kat perlis. So lajak p lah dah taktau nak buat pa. So time dalam perjalanan tu tidoq ja. Parents ada wish.. Depa call tp aku tak angkat sbb tidur dgn buat silent lagi time tu, so depa antar msg ja. Dengan ni bermakna aku dah tua dah. 19 taun dah. Thanks kat ilah kerna bagi hadiah. Sebenarnya birthday aku ni pun mulanya bukan ingat sgt. Yg bleh ingat ialah time nak beli tiket untuk epih balik ke melaka la. Mintak tiket balik ke melaka hari ahad. Tp taktau brapa aribln. Pastu kak tu tanya “20hb tu pagi ka malam?” So start tu aku tersentak. Fuhh.. Dah nak dekat. Gena bleh lupa. Takpalah. Lagipun ia mengingatkan aku dah tua dah. Hehehe.

Life July 20th 2008

Bulan Julai..

No Comments »

Disingkatkan saja post. Agak kemalasan untuk nak buat banyak2 post. Haritu berlangsungnya perkhemahan utk kursus ketua patrol pengakap untuk budak sekolah menengah dan rendah. Dijangka hampir 100 -200 orang telah hadir. Dan dibantu oleh belas-belas kelana. Pada kem kali ni terasa syoknya berbanding dengan kem2 lain. Budak2 pun ok. Ramah ja depa. Banyak jugak aktiviti dibuat. Semasa dalam proses tu jugak aku dapat kenai pengakap kanak-kanak dengan lebih lagi berdasarkan kump aku iaitu burung murai. Dibantu juga kadang kala oleh shazri a.k.a lan.

Saudara lan tengah peturun ilmu..

Kem ni juga telah berjaya dengan cemerlangnya. Walaupun ada juga yang tak kena satu dua dapat diselesaikan. Kerenah kanak-kanak terpaksa dilayan dengan begitu elok daripada sehinggakan ada yang teriak pun ada. Hehe..

burung murai..

malam Kebudayaan

Malam kebudayaan juga berjalan dengan lancar dan mula menaikkan suasana ber’pengakapan. Di situ juga adik2 pengakap ini diperkenalkan dengan tarian daripada sepanyol oleh saudara amran. Dan pengakhiran chicken dance oleh semua ahli kelana putra rovers.

Siapakah mereka? hehe

Mai tgk kasut sapa lagi lawa.

Semasa hari last tu aku p mandi dlu dkt masjid guar chenderai tu. Pastu balik kem tgk2 cipun dan lan nak p mandi dkt bukit air dan mereka meminta sabun. So bagi jelah dkt depa. Masa balik tu pun ok lagi. Dan semasa depa nak p hantar kereta sewa cipun tu aku tgh dok lepak ja. Tgk2 amran mai habaq kata cipun eksiden teruk. So amran suruh aku p dan diikuti oleh azie dan cedin. Dalam perjalanan berbagai-bagai kerisauan. Dan bila sampai tempat kejadian tgk cipun dlm keadaan teruk. Dan hampir dua jam barulah bomba dapat mengeluarkannya daripada kereta. Dok tgk kesian dia terseksa dalam kereta dengan bomba yang cuba bertungkus lumus mengeluarkannya. Tah la. Papun dia lani dah selamat. Takmau ulas banyak sgt. Sudah la. Harapnya dia cepat sembuh dan kembali menjalani kehidupan yang normal. Cuma masa yang perlu diambil ialah ingatannya yang tidak pulih lagi sepenuhnya..

Cop reflector studio telahpun siap. Digunakan alamat adam. dan dengan ini reflector studio telah mempunyai cop tersendiri yang mempunyai sekali dengan nombor daftar syarikat. Tahniah.

Antara ahli kelana yang melibatkan diri ialah

1. SAIFUL AZWAN BIN SULAIMAN
2. MOHD ARIFF DIN BIN M. ANUAR
3. AMRAN BIN ALI
4. MOHD JAFNI BIN SHAHIDAN
5. SHAZRI MOHD AZLAN BIN SAAD
6. ANAS BIN ABD RAHIM
7. FAKHRUL AFIQ BIN ABD AZIZ
8. KHALILAH BT KHAIRI
9. AZIE AMIRA BT ISMAIL
10. NOOR SYAFAWATI BT SUKERY
11. SUHAILAH BT SAIPUTDIN
12. NOR ATIQAH BT ALIMIN

Life July 20th 2008

awat meter jadi lagutu?

No Comments »

Heh.. Nak dok jadi gena tah. Tgh2 bawak tetiba ja dok tgk meter tak jalan. Maybe dah melebihi hadnya. Tp aku tak la bawak laju sgt. Takpa. Kna tukaq sensor dia la nampaknya sbb tak pakai tali. Harini pun tiada apa yang dibuat sgt. Aku banyak berbincang dengan ayah aku berkenaan dengan cara-cara mengendalikan bisnes dengan efisyen dan peluang2 yang ada yang boleh dibuat bisnes. Malam tadi pun ada meeting geng2 kelana. So lepak dgn depa sat dekat Restoren Seriab. Pastu balik kedai tlong mak sat sbb ayah p minum dgn cikgu sabry. So pastu p amek amran. Sembang 2-3 belit sket berkenaan hal2 yang sepatutnya. Ada juga menda yang perlu dan tak perlu. Alhamdulillah.. Semalam aku dah tak mimpi pada Bukit Larut sket. Kata amran kalau mimpi aku kena p sekali lagi dan petik bunga di situ untuk dibawa balik. Dan ketika itu mungkin ada ilmu-ilmu yang aku akan dapat dan perlu jaga. So far takat la takdak lagi.. Tp pepun akhir tahun ini akan ada satu camping putra rovers di Maxwell Hill.. Dimana pengerusi projek ialah cipun.

Life July 8th 2008

Merungkai rahsia mimpi

No Comments »

Hemm.. Takpa. Menda ni satg aku ceta. Masuk awal dulu sebelum tu. Pada mulanya rancangan untuk makan di Sungai Petani pada hari khamis terpaksa ditunda kerna pada hari khamis aku terpaksa menjaga kedai. Dan bila jumaat tu trus p ke sp untuk mencuba nasib makan ni kedai fav aku iaitu Hotmas. Tp apakan daya. Penuh sampai orang dok que pun ada. Bukan kehala. Makan kat dataran tu lah yg ada medan panjang tu. So pastu dok ingat nak balik dah tapi ada request untuk mencuba ke kolam air panas di Ulu Legong. Pasa masa itu di bawa oleh petunjuk arah iaitu cipun singh. So time tu aku cuba rehat dengan tidoq sat. Pastu jaga2 tgk2 depa dah sesat dah. Mmg kacau lah laguni.. Jalan yg tak penah aku lalu pun kalau nak p legong ni. Dan insiden kereta laju yang menuruni bukit yang tidak brek dan dengan keadaan ‘pecah pala’ cipun untuk membuat u-turn di tempat yang sudah dinasihat tak bleh buat. Tp nasib lah time tu hanyalah kereta. Bukanlah lori balak. Tp last sekali sampai juga. Bleh la berendam sat kaki dalam tu pastu agak takda pa balik trus sampai rumah. Siang hari itu p rass design untuk menemui pekerja rass design iaitu amir. Dan lepas tu trus ke rimba rasa untuk lepak bersama2 dengan ahli putra rovers yang lain.Setelah selesai pada sebelah petang trus ke Alor Star seperti yang dirancang oleh amir dan amran untuk membeli baju dan seluar semperna dengan kemasukkan semula dan baru ke menara gading. Walaupun pada kadarnya di dalam kereta di bawa oleh amir dan co-pilot oleh amran memberikan satu kombinasi yang baik dan aku hanya duduk di belakang dan tidak mahu menganggu kosentrasi gabungan 2 beradik itu.

Time ni lepak di tasik jitra bersama dengan epih, mat razin, hafiz dan yon. say peace epihhh..

Pada ketika dalam perjalanan pulang dan hendak sampai perlis aku menyuarakan mimpi berkenaan dengan Maxwell Hill @ Bukit Larut kepada amran. Dan dengan kata sepakat dan nasihat daripada amran dia mengajak aku pergi terus kerna kadang kala ada sesuatu yang akan kita dapat. Sebenarnya menda ni dok jadi banyak malam dah. Dan banyak malam jugaklah aku tak tidoq kat katil. Smua atas sofa @ kerusi ja. Dan masa itulah aku mimpi satu tempat yang memanggil aku ke situ. Terasa ada instict yang kuat dan apabila kajian dilakukan terbukti bahawa itu adalah bukit larut. Kata amran bukit larut menyimpan banyak khazanah – khazanah alam semesta. Lepas tu apa yang aku fikirkan ialah hanya untuk ke bukit larut. Takda pikiaq menda len sgt. Seperti tiada kepentingan. Dan aku p dengan amran, amir, cipun dan yon. Pada masa yang sama yon suruh hantar ke stesen bas kangar pada pukul 2.30 petang. Tp dah alang2 p taiping so baik lajak sket ja lagi ke seri iskandar untuk menghantar yon kembali ke UiTM sbb dia kalau naik bas trun kat ipoh. Ipoh nak ke seri iskandar tu ada la dkt stgah jam lbeh.

Perjalanan dimulakan pada pukul 9 pagi dan pukul 12 tgh hari mcm tu sampai di situ. Tp semasa perjalanan ada berhenti makan di changlun hampir setengah jam lebih. Semasa dalam perjalanan juga diberitakan bahawa syafa dalam perjalanan ke taiping juga bersama dengan pensyarahnya. So sampai di situ kami membeli tiket dan tiket untuk naik ialah pada pukul 2 dan untuk turun pada pukul 4.15 petang. Syafa time tu pun dah blah dah ke air terjun bukit larut. So kami nak p pun tak dan dah so lepak di lake garden ja. Suasana tenang dan aman damai amat menusuk hati kalbu. View pun cantik. Memang tak terkatalah.So tepat pukul 2 petang kami menaiki land rover untuk ke tengah puncak sepanjang 10.8KM. Satu pendakian bukit yang agak jauh. Bleh kata arau – kangaq jgak lah. Jokey yang membawa land rover kami amat cekap orangnya.Naik bukit dengan kadang kala kadar gear 4. Bkn kehala. Tp akhirnya baru aku paham. Kalau gear satu pakai mencanak la time nak naik tu. Cara dia corner pun rilek ja. Biasalah OL. Pastu dah sampai tu lepak sat dan tetiba ja hujan renyai2. Biasalah kawasan paling lembab dalam Malaysia. Dan kesejukkan ia juga membuatkan semua menggeletar. Dan ketika itu terungkai semua kisah apa yang menjadi selama ni dan pada masa tu aku mengambil kesempatan untuk ke menara pandang seperti apa yang ada dalam mimpi aku. Dan disitu banyak gambaran yang aku dapat. Cuma perlu laksanakan sahaja. Ada juga yang sukar, tetapi aku akan cuba walaumacam mana sekalipun. Lagipun ini adalah satu petanda buat aku. Tinggi ni dpat tau mcm2 perkara. Kisah2 seantero juga dibuka untuk diselesaikan. So tak sia2 mai sampai atas ni sbb masalah ni akhirnya selesai jua.

Mau dok tau la co – pilot tu cipun singh

Time nak turun tu ada masalah tak cukup orang. Cari punya cari dia mungkin dah turun awai2. Pastu trus ke pekan kemunting untuk makan. Dan percayakah 5 orang makan dan minum hanyalah RM11.50? Bihun sup x 3 + nasi ayam x 2 + Nasi lemak x 2 dan air teh ais x 2 + teh o ais x 2 dan teh o ais limau x 1. Memang sangat murah. Ada satu rahsia berkenaan dengan kedai ini. Lagipun nasi ayam hanyalah RM1.50 dan bihun sup RM1.00.. Payah nak dapat semurah ni time lani..

Pastu kembara diteruskan hinggalah ke seri iskandar untuk menghantar yon dan ke ipoh untuk bertemu dengan numan dan syafa. So p lepak dekat dengan medan bersebelahan dengan rumah syafa. Senang dia nak mai. Lagipun perempuan. Takkan la nak suruh p dataran kot. Jauh balik la pulak. So pastu p lepak di padang ipoh. Di situ apa yang dibicarakan banyak mengukuhkan kembali apa yang telah terjadi. Pastu trus ja p hantar man ke cc dan kembali untuk pulang ke perlis. Semasa dalam perjalanan ditahan oleh roadblock tengah2 highway. Gila ka apa buat tengah2 highway. Jarang sekali nak buat. Slalunya buat time lepas plaza tol. So di situ aku ditahan dengan katannya membawa dengan melebihi kelajuan. Dan pertanyaan dia tu dapat aku tangkap. Apa lagi. So pastu dah selesai pulang semula ke perlis dengan senang dan lenang dan road block sekali lagi di sungai lalang. Kacau kalut laguni… 2 kali plak tu..

Seperti di atas tasik..

Gamitan Maxwell Hill diterima…

Aman dan permai berada di sini..

black n white touch

Selamat Tinggal Bukit Larut…..

Buat kawan2 yang tidak di beritahu berkenaan dengan aktiviti ini minta maaf. Benda ni terjadi secara on da spot.. Dan aku hanya memikirkan untuk ke bukit larut sahaja. Tak banyak pikiaq yang len.

Life July 7th 2008