Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

Reflector Studio Gathering 02/2008

Add comments

Hah.. Dengan ini haritu dapat juga berjumpa walaupun tak semua dapat turun. Matlamat dapat dicapai.. Aku bertolak ke KL dgn Amran dan Lan. Dan disana aku meninggalkan Amran dengan katanya ada “HAL” sedikit. Selepas 5 jam berlalu panggilan diterima semula dengan menyuruh aku p amek dia. Katanya dah boring dah. Haih.. Time tu pun dok ronda lagi. Takpa la. Time tu pun dok tunggu rombongan daripada melaka untuk turun ke KL.

Melaka - Adam, Hafiz, Bugis, Amer
Ipoh -Nu’man
Bangi - Afiq
Perlis - Fakhrul, Amran, Lan, Mart
Tuan Rumah - Che Din

Dan pada hari Ahad mengadakan rombongan ke PC Fair. Pada sebelum tu aku p Mines dulu settle kerja apa yang patut dan ronda2 keliling KL. Selepas tu baru p ke PC Fair. Di sana ku ketemu dgn Man, Adam, Epih, Pandey, Cedin, Bugis, Amer, Mart dan Albert ( btoi ka dak tah eja nama ). So di situ nampak caranya menangkap gambar dengan penuh spesifik dan professional. Takpa. Lama2 blajaq bleh la. Kat pc fair takda bli pa sgt. Just bli pendrive 8GB saja. Memula dok nampak yg 16GB tp dok tgk mcm besaq la sgt. So amek yg 8GB dah la.. Time tu pun dok tagak nak amek Micro SD 4GB. Tp tgk mcm takdak keperluan lagi so takyah la.

Antara tempat yang dikunjungi semasa ke Kuala Lumpur ialah KLCC, Area Petaling Street, BB, Sunway, Mines, Ampang, Hulu Langat, Cheras, Kepong,KG Baru dan lain2 tempat yang ada lagi untuk disebut.Di situ juga kami mengikuti JOTA & JOTI Asia Pacific Region yang dianjurkan oleh Titiwangsa. Putra Rovers telah menghantar 3 wakil iaitu Fakhrul, Amran dan Azlan.

JOTA DAN JOTI

Dalam kelas sebelum buat JOTA dan JOTI

Saja ja dok usha sket2.. Nampak mcm menarik ja

Pameran

Amran , Lan dan Abg Sha

Logo JOTA & JOTI

Suasana di Luar PC Fair

Man dok betatih ttg DSLR

Numan dengan seriusnya..

Selepas ja balik dari KL tu pagi tu p kerja ok lagi. Dok dlm tengah hari tgk2 kak tu bagi kerja. Fuhh.. Bertimbun.. Dan kerja ini dpt disiapkan dengan jayanya.. Alhamdulillah..

Akhirnya permohonan untuk aku ke kuantan diluluskan..

semalam ada p jumpa 2 orang customer untuk membina laman web berteraskan kepada remaja.. Dan bila sembang punya sembang dan bila dia tanya aku ni anak sapa? so bagitau ja Aziz Safar.. Trus ja dia terkejut. Dan dia salute bapa aku. Katanya dulu dia sekali dgn bapa aku dlm UMNO. Tp lani dia dah keluar dah.. Dia kata ada skali tu bapa aku jatuh sampai rebah ( kira ekonomi la ). Dia kata mmg time tu bapa aku susah sungguh2. Tp disebabkan oleh kecekalan dan ketabahan bapa aku katanya selepas tu bapa aku berjaya naik kembali dan bangun dari rebah ke peringkat seperti boleh terbang. Ramai orang terkejut. Rasanya time tu projek dpt balik sbb dia rajin berjalan dan kenai dgn orang dan diatas bantuan kawan-kawan yang tidak lupakan dia di masa dia susah. Katanya lagi di masa dia senang ramai kawan2. Tp bila dia kena tikam dari belakang dan kawan-kawan pun banyak lari bila dia susah. Tak ramai yang menghulurkan bantuan. Hanya tinggai sikit ja yang simpati. Patutlah bapa aku pun dok ada cerita ttg susahnya dahulu berbanding sekarang. Dan dalam perniagaan risiko tinggi.. Kita cepat boleh jadi kaya.. Dan kita pun cepat boleh jadi miskin.. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Dan sekarang syukur. Ada hikmahnya susah dahulu. Dan bapaku Idola aku selepas Nabi Muhammad S.A.W.

Life August 7th 2008

Leave a Reply