Setelah hampir sebulan lebih menunggu invisible shield untuk hp N82 akhirnya sampai jugak. Taktau lah sbb apa lambat sampai. Mungkin sbb order dari US kot. Terkejut jgak tadi balik2 ja rumah tok kata ada barang orang mai hantaq kat rumah. Ingatkan apa. Tgk2 bungkusan so tersenyum girangnya sbb dah lama dah tunggu akhirnya sampai jgak. Screen protector dah dalam keadaan nazak dah. So dengan adanya full body protector ni agak ok jgak.
Hemm.. Hp ni rasa mcm down dah.. Heh.. Want To Sell Nokia N82 and Nokia 6233.. Bid2. hehe.. Gila ka apa.. Nak pakai apa pasnih. So harini tempat kerja banyak sangat kerja. Pada mulanya pagi tadi diajak oleh staff untuk ke permatang pauh untuk menengok dan ronda2 keadaan. Tp saja tolak. Malas nak p. So pagi dan tgh hari buat kerja di pejabat iaitu rongkah pc 2 biji dan format. Pada sebelah petangnya pulak ke Kemas Titi Tinggi. Memantau keadaan. Pastu balik trus.
Tadi dah keluar result pilihanraya P44 Permatang Pauh.. Anwar Ibrahim menang dengan majoriti 15,671.
Malas nak ulas apa2. Harapnya apa pun yang terjadi Malaysia tidak dalam keadaan teruk dan kaum melayu tidak ditindas dengan lebih teruk dan dinafikan hak.
Oh ya.. Tidak lupa juga buat ilah, happy birthday. sweet 19teen. Semoga di panjangkan umur dan murah rezeki selalu.

