Terkejut juga tadi masa mai kerja. Tgk2 makanan penuh dah atas meja. Macam2 ada. So pastu makan jela. Menurut kak OS ia adalah semperna untuk menyambut ramadhan. Katanya lagi pada bulan posa dah takleh nak makan dah. So tamat di situ. Dan pada pukul 11 lebih dikejutkan lagi dengan kek semperna hari lahir abg dex, kak chah, kak zah, kak zura dan abg mat. Abg mat tidak dapat hadir memandangkan beliau cuti pada hari ini. So harini Fakhrul juga membuat kejutan.. Kejutan apa tu? Ya, pertama kalinya menampakkan Fakhrul menaiki moto ke tempat kerja berbanding sebelum ini berkereta. Lagipun saja alih angin dan hasrat untuk menukar tayar moto belakang. Pukul 5.30 telah memberikan segalanya. Setelah berhempas pulas mencari tayar IRC Wing 70/90 di kedai Awin dan sekitarnya tidak membuahkan hasil. Namun ingatan keatas UA motor telah membuatkan Fakhrul memacu Yamaha 125z nya terus ke UA motor untuk mencari. Dan dalam pencarian sendiri menemui kehampaan. Dan apabila menanyakan kepada salesman dan stock di check maka tinggal lagi sebiji sahaja. Alhamdulillah.. Memang nak tukar sebiji pun. So time nak bayar tu abg tu tanya asal mana. So bagitau jelah asal perlis. Pelik jugak kan. Dan selepas itu katanya tayar tu hanya orang2 belah penang ja yang tau bagaimana syoknya “main kona”. Dia kata jarang orang perlis yg mai cari. Nah.. Bukan kehala. Padahal tayar ini sudah lama dah.. Mencapai beberapa tahun dah.. Dan tayar belakang itu jugalah yang berjasa yang memacu Fakhrul ke Kuala Lumpur di akhir tahun 2006. 2 Tahun setengah sudah berlalu.
So lepas aja tukar saja ja bawak bagi ok sket. Pada hematnya malas nak bawak teruk sket sbb lilin pun tak habis lagi. Orang kata “Baru keluaq kedai”. Tp disebabkan oleh naluri yang memberontak di sekitar sehari dua ini telah menaikkan kembali darah muda untuk layan kona. Dan kona di stesen bas dan dpan cimb agak ok. Namun di medan hampir tidak bernasib baik kerana hampir hendak tergelincir. Nasib baiklah sempat menahan dengan kaki. So tendang bagi naik semula dan keadaan kembali normal selepas itu..
Nasib baiklah ketika itu masih lagi kasut bertutup. So ok lagi. Kalau selipar pakai lup dah lar. Anwar dah jadi ketua MP Pakatan Rakyat. Hemm… Banyak hari dah p kerja dan tidoq kat situ. Tak cukup tidoq dibuatnya.. Andai dapat ku-undur masa
pengetahuan tu kan pemangkin pembangunan
kalau dulu aku cuba mencari alasan untuk tidak pergi ke tempat tu. Tp pada masa sekarang ia bagaikan tiada sebab untuk aku tidak pergi


