Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

[Mp3&Lirik] Broery Marantika – Biarlah Bulan Bicara

No Comments »

Bulan sabit yang jatuh di pelataran
bintang redup tanpa cahaya gemintang
langkah tanpa arah, sesat di jalan yang terang
aku yang terlena dibuai pelukan dosa

*
Ingin pulang membalut luka hatimu
ku pun tahu betapa pedih batinmu
beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
andai maaf pun tak kau berikan

Air mata tulus jatuh di sudut bibirmu
tak terlintas dendam di bening mata indahmu
aku yang merasa sangat berdosa padamu
masih pantaskah mendampingimu

**
Biarlah bulan bicara sendiri
biarlah bintang kan menjadi saksi
tak kan kuulangi walau sampai akhir nanti
cukup derita sampai di sini

Ulang * x 1
Ulang ** x 2

Dengaq

Download

Download Broery Marantika – Biarlah Bulan Bicara

password : vieredotnetdotmy

:: Sharing Is Not A Crime ::
:: Sharing Is Caring ::

———
Semalam ayah suruh masukkan lagu ni dalam HP dia.. Heh.. Teringat zaman dulu2 time tiada kecanggihan kelambakkan mp3 di internet. Pada masa tu ingat lagi nak burn cd pun just record dari versi karaoke punya. Pastu burn kan sbg audio untuk play dalam kereta. Tp zaman la ni canggih sangat dah.. Berlambak di internet.. Time tu cd audio ttg lagu ni mmg ada. Tp gena tah. Lupa dah..
Tp bkn lagu ni ja best. Ada lg. Yg pastinya pada masa tu aku pun yg xtau apa2 sampai meminati lagu broery marantika.

Saja masukkan lagu ni. Amat best. Parent aku mmg minat broery marantika. Tp mak aku pun ada minat sorang lagi iaitu Ebit G Ade. Pepun enjoy.. Layankannn… Hemmmm.. Biarlah bulan membicarakan kesemuanya. Biarpun xtau berapa lama lagi…

Music August 10th 2008

Reflector Studio Gathering 02/2008

No Comments »

Hah.. Dengan ini haritu dapat juga berjumpa walaupun tak semua dapat turun. Matlamat dapat dicapai.. Aku bertolak ke KL dgn Amran dan Lan. Dan disana aku meninggalkan Amran dengan katanya ada “HAL” sedikit. Selepas 5 jam berlalu panggilan diterima semula dengan menyuruh aku p amek dia. Katanya dah boring dah. Haih.. Time tu pun dok ronda lagi. Takpa la. Time tu pun dok tunggu rombongan daripada melaka untuk turun ke KL.

Melaka – Adam, Hafiz, Bugis, Amer
Ipoh -Nu’man
Bangi – Afiq
Perlis – Fakhrul, Amran, Lan, Mart
Tuan Rumah – Che Din

Dan pada hari Ahad mengadakan rombongan ke PC Fair. Pada sebelum tu aku p Mines dulu settle kerja apa yang patut dan ronda2 keliling KL. Selepas tu baru p ke PC Fair. Di sana ku ketemu dgn Man, Adam, Epih, Pandey, Cedin, Bugis, Amer, Mart dan Albert ( btoi ka dak tah eja nama ). So di situ nampak caranya menangkap gambar dengan penuh spesifik dan professional. Takpa. Lama2 blajaq bleh la. Kat pc fair takda bli pa sgt. Just bli pendrive 8GB saja. Memula dok nampak yg 16GB tp dok tgk mcm besaq la sgt. So amek yg 8GB dah la.. Time tu pun dok tagak nak amek Micro SD 4GB. Tp tgk mcm takdak keperluan lagi so takyah la.

Antara tempat yang dikunjungi semasa ke Kuala Lumpur ialah KLCC, Area Petaling Street, BB, Sunway, Mines, Ampang, Hulu Langat, Cheras, Kepong,KG Baru dan lain2 tempat yang ada lagi untuk disebut.Di situ juga kami mengikuti JOTA & JOTI Asia Pacific Region yang dianjurkan oleh Titiwangsa. Putra Rovers telah menghantar 3 wakil iaitu Fakhrul, Amran dan Azlan.

JOTA DAN JOTI

Dalam kelas sebelum buat JOTA dan JOTI

Saja ja dok usha sket2.. Nampak mcm menarik ja

Pameran

Amran , Lan dan Abg Sha

Logo JOTA & JOTI

Suasana di Luar PC Fair

Man dok betatih ttg DSLR

Numan dengan seriusnya..

Selepas ja balik dari KL tu pagi tu p kerja ok lagi. Dok dlm tengah hari tgk2 kak tu bagi kerja. Fuhh.. Bertimbun.. Dan kerja ini dpt disiapkan dengan jayanya.. Alhamdulillah..

Akhirnya permohonan untuk aku ke kuantan diluluskan..

semalam ada p jumpa 2 orang customer untuk membina laman web berteraskan kepada remaja.. Dan bila sembang punya sembang dan bila dia tanya aku ni anak sapa? so bagitau ja Aziz Safar.. Trus ja dia terkejut. Dan dia salute bapa aku. Katanya dulu dia sekali dgn bapa aku dlm UMNO. Tp lani dia dah keluar dah.. Dia kata ada skali tu bapa aku jatuh sampai rebah ( kira ekonomi la ). Dia kata mmg time tu bapa aku susah sungguh2. Tp disebabkan oleh kecekalan dan ketabahan bapa aku katanya selepas tu bapa aku berjaya naik kembali dan bangun dari rebah ke peringkat seperti boleh terbang. Ramai orang terkejut. Rasanya time tu projek dpt balik sbb dia rajin berjalan dan kenai dgn orang dan diatas bantuan kawan-kawan yang tidak lupakan dia di masa dia susah. Katanya lagi di masa dia senang ramai kawan2. Tp bila dia kena tikam dari belakang dan kawan-kawan pun banyak lari bila dia susah. Tak ramai yang menghulurkan bantuan. Hanya tinggai sikit ja yang simpati. Patutlah bapa aku pun dok ada cerita ttg susahnya dahulu berbanding sekarang. Dan dalam perniagaan risiko tinggi.. Kita cepat boleh jadi kaya.. Dan kita pun cepat boleh jadi miskin.. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Dan sekarang syukur. Ada hikmahnya susah dahulu. Dan bapaku Idola aku selepas Nabi Muhammad S.A.W.

Life August 7th 2008

Mengundi di Permatang Pauh 26 Ogos

2 Comments »

Pengundi di Permatang Pauh akan menentukan ahli parlimen baru kerusi itu pada 26 Ogos ini dalam satu pilihanraya kecil yang paling dinanti-nantikan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding semula selepas tiga penggal.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat hari ini menetapkan hari penamaan calon pada 16 Ogos.

Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN.

Isterinya dan juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menguasainya selama tiga penggal sewaktu Anwar dipenjarakan pada 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Dalam kenyataan media yang diedarkan kepada wartawan yang menunggu di ibu pejabatnya di Putrajaya, pengerusi SPR Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman menyatakan seramai 58,459 pemilih termasuk 490 melalui pos layak membuang undi.

Daftar pemilih yang digunakan dalam pilihanraya tersebut dikemaskinikan sehingga 31 Julai, katanya.

Beliau mengingatkan semua calon supaya tidak menyentuh sebarang isu yang melibatkan kes-kes petisyen pilihanraya umum lalu dalam kempen-kempen mereka.

Ab Rashid juga menyeru calon-calon menjaga tatatertib berkempen dan mematuhi undang-undang.

—————

Dah keluar dah tadi.. Dan amanat yang dapat ialah anggota KEMAS akan turun menggempur di sana. Nampaknya akan menjadi meriah nanti. Tgklah.. Rasanya aku pun taktau lg kena p ka dak.. Mungkin dak kot. Mau turun pun atas tiket lain. 16Hb.. Hemm.. Time tu baru balik dari polisas ja.

Life August 6th 2008

Untuk Terakhir Kali

No Comments »

The different between the impossible and possible is determination

Dah bertukar ke theme baru.. Agar nampak lebih menarik di bulan baru iaitu Ogos.. Banyak masalah.. Personal, Family dan tempat kerja… Tgk lah bagaimana nanti..

Saya meminati Bob AF2.. Oh ya.. Ada teddy bear diatas. Apakah nasib beliau?

Life August 6th 2008

Peluang?

2 Comments »

Peluang? Hemm.. Ada satu peluang. Tapi aku dah lepaskan peluang tu. Mungkin peluang tu hadir banyak kali tapi aku siakannya.. Harap semoga dapat kembali peluang tu dan tebus balik apa yang patut.. Semoga peluang tu hadir semula dalam hidup aku… Seperti mana ombak kadang kala mempunyai pasang surutnya.. Tetapi peluang semasa air pasang digunakan dengan sepenuhnya.. Dan untuk peluang ombak tu hadir melalui air pasang memerlukan masa… Begitulah aku.. Aku harap masa dapat memberi semula peluang yang telah aku lepaskan tu.

Life August 1st 2008