Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

Antara pair yang sepatutnya

No Comments »

Di dalam test sebelum ni main pair EG iaitu Euro Gbp.. So far takdak masalah dan memberi pulangan yang lumayan.. Dan janaan high impact news pun kadang kala masih boleh mengcover margin level di dalam akaun tersebut.. Dan selepas kajian keatas EG berjaya saya mencuba untuk menukarkan kepada pair lain iaitu GU Gbp Usd. Dan dalam test pertama membawa keuntungan dan test kedua dan ketiga banyak membawa kepada kerugian kerana oleh news yang high impact.. Lain yang dirasakan lain yang menjadi.. Pada hermat saya menjangka kan berdasarkan news ia akan naik tetapi apabila tiba sahaja time news ia menjadi teknik reversal. Ia menurun dan menurun sehingga lah hampir makcik Margin Call (MC) memanggil. Mungkin saya perlu study lebih berkenaan dengan ekonomi untuk membuat analisa berkenaan dengan news2 yang akan terjadi.. Tapi apapun pair GU adalah pair yang boleh bergerak 200pip keatas sehari.. Begitu juga pair GJ iaitu Gbp Jpy. Sekali spike ia boleh membawa keuntungan jika kita berjaya.. Jika tidak berjaya bersedialah untuk MC memanggil kesemuanya.

Dan analisa yang dibuat oleh saya dan penasihat membuktikan bahawa pair EG adalah pair yang paling selamat buat sementara ini. Mungkin perlu kembali kepada keadaan asal. Buat yang hendak trade di pair GU bolehlah menggunakan teknik Cara Trade di Pair GU. Insyallah boleh membawa lebih kepada keuntungan sehari cuma antara bernasib baik dan tidak sahaja. Dan selalu selepas news ia akan mengorak langkah haluannya dan semasa tu kalau sempat boleh masuk post. Selalunya kadang2 tak sempat. Sbb price bergerak terlalu laju.. Selalunya ia akan naik reqoute price. Tp kita boleh menggunakan max dev di bawha itu. Apa2 pun Happy Trading..

Bak kata2 hikmah di dalam memorek

“Ilmu boleh di share.. rezeki masing-masing..”

Forex September 27th 2008

Minggu berfikir

No Comments »

Yep… Minggu ni lebih kepada banyak berfikir.. Fikiran yang bercelaru.. Berkenaan dengan ‘perniagaan’ dan cuti pada hari raya ke tiga.. Haritu ada jumpa bos.. Dia kata nanti bagitau dia lain @ sembang lain lah pada hakikatnya melalui ayat tu.. Takpalah.. Hari isnin ni satu tugas telah diarahkan oleh beliau untuk menengok apa yang patut pada komputernya.. Dan juga Pen. Pengarah bahagian pra sek amat berminat untuk menyerapkan Fakhrul ke dalam pekerjaan sebagai staff KEMAS selepas grad.. Mungkin akan menolak.. Pada azimatnya biarlah habis belajar dahulu.. Kerja tu tak kemana.. Banyak kerja ada.. Bukannya susah.. Cuma antara demand dgn tak demand ja.. Mana ada amek dlu buat sementara waktu.. Buat untuk mencari pengalaman bekerja.. Jika hendak kerja yang kita inginkan mmg kadang kala amat susah..

Rancangan untuk ke penang pada hari esoknya terbatal memadangkan ada sedikit hal dan kerja yang perlu diuruskan di perlis. Juga perlu membuat kira-kira budget untuk raya kalini.. Walaupun pada ala kadar tapi cukuplah sekadar yang ada.. Syukur.. Dan kepulangan kawan2 tadi disambut dengan pergi ke pasar ramadhan di stadium bersama Hafiz dan Adam. Walaupun penat lelah bekerja seharian ( Pnat tidoq lewat ja. Hehe) namun ia bukan penghalang kepada segalanya.. Letih boleh ditahan.. Bukannya letih sgt pun.. Cuma kurang tidur sahaja. Dan akhirnya lesen juga telah tamat tempoh. Maknannya sudah setahun memegang lesen yang sah.. Dan selama memegang lesen yang sah ini di manfaat dengan sesungguhnya supaya ia tidak kerugian begitu sahaja.. Dan dalam pada masa yang sama juga road tax RG 1618 juga telah tamat tempoh pada 13hb September 2008.. Dan renew juga untuk selama setahun manakala lesen kenderaan untuk tempoh 3 tahun beserta gambar. Ahaks.. Jangan marah na saudara adam.. Saya pun tidak tahu..

Life September 27th 2008

Cara Trade Pair GU

3 Comments »

GU = Gbp Usd
merujuk kepada pair GU
1. masa nak trade antara 2 ptg ke 5 ptg waktu malaysia—->siang
2. masa nak trade antara 9 mlm ke 12 mlm waktu malaysia —–> malam
3. klu trendnya menjadi boleh mencecah 100 ke 150 pip siang dan antara 200 ke 440 pip malam.
4. hari isnin dan jumaat selalu terjadi trending ni.
5. hari selasa, rabu dan khamis selalu dia main naik turun.
6. apa2 pun itu semua hanya kebiasaan yang pernah berlaku…. maka berhati2lah utk terkadang2 tu dia berlaku di luar kebiasaan..

So berdasarkan tengah hari tadi selepas news dia melonjak sebanyak 150 pip.. Namun saya terlepas pandang hal ini. So siapa trader 24 hour yang trade GU mungkin makan sedap harini.. Apa2 pun Selamat Hari Raya.. Dan mungkin malam ni GU akan turun mendadak.. Harapnya boleh duit raya yang banyak

“Kerugian ialah pengajaran kepada trader”

Forex September 25th 2008

Minggu yang slow

No Comments »

Apa yg slownya? Hehe.. Sbnarnya ia berkenaan dengan market Forex.. Dalam minggu ni nampaknya banyak matawang slow ja.. Mcm tangga la plak.. dok main kot situ ja.. Yang mcm tidoq pun ada. Kalau gerak pun spread tak sampai target. Biarlah ia disitu.. Tapi selepas news harini menampakkkan sedikit perubahan.. Biarlah ia disitu.. Mungkin minggu depan ok balik kot.

Cakap pasal kerja dalam sehari dua ni kusyuk duduk di office sampaikan rehat tgh hari pun still dok dpan pc dalam office lagi. Slalunya ada jgak dok merayap2 keluaq… Tp kalini tah la.. Rasa mcm malas la plak.. Baik rehat2 dan menghabiskan kerja2 yang diberi di office ja. Dan sehari dua ini juga kerja boleh dikatakan bz.. Baru kalau penat rasanya letih bekerja berbanding sebelum ni penat sbb tak cukup tidur. Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan 10 dah buat praktikal.. Tak lama ja lagi.. Sat ja masa berlalu.. Khidmat sebagai orang tengah untuk menukar duit RM1 semperna perayaan juga antara kerja-kerja yang dilakukan memandangkan jika p ke kaunter hanya dapat menukar RM100 sahaja.. Tetapi memandangkan ada cable dalam bank so depa bleh tukaq lebeh sket.. So bleh la mintak duit raya lebih sket kat depa nanti.. lalalala… Mau tulis report.. Dah tak tulis.. Report kulit keras lagilah.. Perlu mencorakkan kembali report agar senang di masa hadapan.. Sambung di lain kali..

Perniagaan saya dengan saudara adam berkembang dengan majunya.. Banyak juga duit raya yg dapat kalini… Perlu membuat tuaian hasilnya. Hehe..

Life September 25th 2008

[Mp3&Lirik] Nubhan - Ada Untukmu

No Comments »

Lirik

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran

Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akanku kota janji kita
Mendirikan Tajmahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang padamu
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akanku kota janji kita
Mendirikan tajmahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Nak dengaq?

Download

Download Mp3 Nubhan - Ada Untukmu (versi studio)

Download Mp3 Nubhan - Ada Untukmu (versi AF)

password : vieredotnetdotmy

:: Sharing Is Not A Crime ::
:: Sharing Is Caring ::

Music September 20th 2008

[Mp3&Lirik] BAU - Warkah OST Sindarela

No Comments »

Kumpulan BAU - Warkah
Lagu: Chot Bau
Lirik: Chot Bau/Bahri Uma

Lirik

Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada

Youtube with lyrics

Nak dengaq?

Download

Download Mp3 BAU - Warkah

password : vieredotnetdotmy

:: Sharing Is Not A Crime ::
:: Sharing Is Caring ::

Music September 20th 2008

Sumbangan Amal Reflector Studio Kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah

No Comments »

Alhamdulillah.. Setelah bisnes mendapat keuntungan selama beberapa hari dan memberangsangkan so tadi ada dapat email dari yahoo group perlis berkenaan dengan YPN ni. So tertarik di situ yang mereka akan pergi bersahur sekali dengan anak-anak yatim pada hari ahad ni. So tergerak di hati untuk memberikan sumbangan ikhlas kepada anak-anak yatim di situ. Setelah berbincang dengan saudara adam iaitu sleeping partner dan kata sepakat untuk memberi sumbangan wang untuk anak-anak yatim. Mungkin untuk kelengkapan mereka berhari raya @ duit raya @ apa2 yang difikirkan perlu oleh pengerusi YPN.. Insyallah selepas ini mungkin badan amal Reflector Studio akan berkembang lagi. Lagipun di bulan baik ni apa salahnya membuat amal lebih sedikit. Semoga mendapat keberkatan daripada Nya. Dan di bulan Ramadhan ini juga rezeki melimpah-limpah.. Harapnyanya semoga berterusan..

Petikkan daripada Email tersebut

HAKIKAT SEDEKAH :

Rasulullah saw bersabda: “Takutilah kamu akan api neraka sekalipun hanya dengan (bersedekah) setengah butir tamar (kurma)”. - (Bukhari dan Muslim) Hayati Sedekah. . . Firman Allah swt: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka brgembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang benar.” - Surah At-Taubah-ayat 111.

Perjanjian Allah swt dari sedekah sipemberi: Keberkatan hidup seseorang yang bersedekah akan mendapat kesucian daripada sejumlah harta yang dia miliki. Ini termasuk Allah akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang. Perniagaannya sentiasa dalam keuntungan dan dia akan terhindar daripada penyakit bahaya. Usianya akan dipanjangkan oleh nikmat sedekah dan rezeki yang diperoleh. Keberkatan pada akhir hayat, seseorang yang gemar bersedekah akan diambil rohnya dengan segala kesenangan tanpa penyesalan dan kesedihan. Matinya bukanlah sebagai seorang yang tidak mensyukuri nikmat Allah swt bahkan akan dirahmatiNya kerana keikhlasan itu. Rasulullah saw menegaskan dalam hadis yang bermaksud: “Apabila seseorang anak Adam mati, segala amalannya akan terputus melainkan tiga perkara: Sedekah Jariah yang sentiasa mengalir pahalanya. Ilmu yang dimanfa’atkan orang lain. Doa anak yang salih. _ (Riwayat Muslim)

Keberkatan ketika dibangkitkan pada hari kiamat kelak, orang yang suka bersedekah ini akan dipayung dan diteduhkan oleh sedekahnya ketika hayat didunia. Ini pasti dapat mengelakan daripada ditimpa kepanasan dialam akhirat. Sedekah juga akan meringankan seseorang itu ketika dihisab Allah dan akan memberatkan timbangan kebajikannya. Jangan anggap pemberian itu Hak Kita, sebenarnya didalam harta kita ada Hak Mereka

Ya, amat benar sekali.. Harta kita sebenarnya hanyalah untuk kegunaan dan keperluan sahaja. Selebihnya untuk mereka yang miskin dan yatim dan golongan yang lebih memerlukan.

Seseorang pernah berkata
Kalau kita tolong anak yatim dia akan sentiasa doakan kita untuk dapat keberkatan dan kebahagiaan dalam hidup. Jadi tanggungjawab kita untuk tolong depa.

Bukanlah mahu menunjuk dengan membuat sedekah ni. Tp hanya ingin memberitahu bahawa tertubuhnya badan amal Reflector Studio. InsyaAllah..

Dan untuk mereka yang ingin memberi sumbangan bolehlah terus kepada

MELALUI MAYBANK

Anda dijemput menyalurkan sumbangan untuk anak-anak ini melalui Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 , letakkan alamat email presiden@nurhikmah.org.my.

MELALUI CIMB ONLINE

Caranya ialah :

1. Login ke https://www.cimbclicks.com.my/

2. Pilih Pay Bills

3. Pilih Akaun Anda (Payment From)

4. Pilih Payment To >> Payee List

5. Pilih Yayasan Pembangunan Nur Hikmah

6. Masukkan Nama Anda (optional)

7. Masukkan Contact No. (optional)

8. Masukkan Jumlah

9. Tekan Submit

——————————————————-
YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
No. Pendaftaran : 646393-A
No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,
Taman Mesra,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon : 03-87332411
Fax : 03-87332967
Laman web : www.nurhikmah.org.my
EMAIL : presiden@nurhikmah.org.my

News September 20th 2008