Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

Kesungguhan Bekerja…

Add comments

Haih.. Dalam masa 2 hari ni ketekunan Fakhrul bekerja terserlah.. Walaupun pada kadarnya hari isnin yang lepas ialah masa lawatan lecturer tetapi ia tidak ditunjukkan begitu sahaja kerna selepas lecturer balik pun masih mensibukkan diri dengan membuat kerja daripada dok melengum sahaja. Dan ketekunan dan kesungguhan ini juga telah membuatkan letih apabila tiba di waktu malam. Tetapi keletihan itu cuba dilawan..

Kelmarin tgk kertas yang di tanda oleh kak OS (barangkali) dan dalam tu tgk Fakhrul dan Afif berada di dalam posisi amat cemerlang ke semuanya. Mungkin ini sesuatu yang membanggakan.. Yalah, dalam setiap kerja itu semuanya settle.. Walaupun agak susah kadang kala ia cuba disettlekan dengan elok dan sedikit demi sedikit. Dan walaupun kadang kala keluar di masa waktu kerja tapi kerja juga dibereskan secepat yang mungkin dan dengan ini dapat mengelakkan daripada tomahan2 seperti pemalas dan sebagainya. Harini juga kerja banyak membelek kertas EBPM tu untuk disemak yang mana tak lengkap lagi dan kemudian masukkan data ke dalam sistem yang disediakan. Dan selepas itu ke PKM Kuala Perlis. Di situ juga mengambil bubur lambuk untuk dibawa pulang ke pejabat negeri untuk diberi kepada staff di situ. Semasa di dalam Trooper Fakhrul telah disuruh menyamar menjadi penolong pengarah yang baru. Ini hanyalah sahaja kerna ingin tengok reaksi cikgu2 tabika dan PM yang hadir pada ketika itu. Dan di Pejabat juga bersembang serba sedikit mengenai Program tadarus anjuran Kemas Perlis dan bagaimana hendak membeli mengikut internet. Dalam riak mukanya ia seperti berminat untuk membuat urusan jual beli di internet. Tp awas. Tak semua benda betul.

So lepas tu p ke Easy Ring untuk membincangkan mengenai projek sewaan PA sistem dan Khidmat DJ semperna event maxis selama 4 hari di hadapan Easy Ring. Dan cabaran yang lebih penting lagi ialah khidmat DJ tu sebab perlu kreatif mempromosikan dan membuat apa yang patut semasa menjadi DJ dan kelengkapan yang perlu siap seadanya. Projek ini menggunakan nama Syarikat Reflector Studio.. Syabas Reflector Studio.. Ia telah melangkah setapak lagi ke hadapan dengan menawarkan khidmat sewaan PA sistem dan DJ. Event tu akan berlangsung selama 4 hari dan cabaran getir akan teruji apabila orang maxis daripada KL akan turun untuk memantau projek tersebut.

Life September 16th 2008

Leave a Reply