Pada satu ketika ada kawan2 tanya, takmau pakai subaru ka? Heh.. Sorry.. Tak minat.. Di dalam hati hanya ada sebuah kereta idaman. Cukuplah namanya sebagai protong. Dan apabila ia menjadi kenyataan mungkin akan bertukar kepada Honda Civic Type R. Biasalah.. Berangan dahulu.. Lagipun tak rugi berangan ni. Bknnya nak kena bayar pun utk berangan..
Seperti yang diperkatakan oleh Honda.. Iaitu The Power Of Dreams dan juga Reason To Exist. Ia sangat memukau kalbu dan berjaya menarik perhatian berbanding dengan kereta-kereta lain.. Untuk mempunyainya? Hemm.. Kalau ada rezeki adalah.. Cuma taktau bila akan ada rezeki untuk memiliki sebuah kereta Honda Civic Type R nih. Dan seharusnya mungkin perlu bersyukur dengan keadaan kereta sekarang iaitu Honda Civic juga. Cuma memisahkan hanyalah generasi iaitu generasi 6 dan generasi 8. Xpalah.. Taruh sebentar kereta idaman.. Namun ia masih berada di dalam wish list.. Ada juga beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian dahulu..
Antaranya memerlukan lappy untuk membuat kerja2 di office. Tidaklah menganggu keadaan komputer-komputer staff sgt.. Dan juga mendapat tawaran untuk mengecat kereta dan tukaran sport rim lepas hari raya.. Wah2.. Rezeki datang mencurah nampaknya.. Semoga rezeki dan impian untuk memiliki type R menjadi kenyataan.



September 19th, 2008 at 2:30 am
InsyaAllah, lepas ni kita boleh bergerak ke KL dengan lebih laju dan lancar
September 19th, 2008 at 10:43 am
InsyaAllah.. Semoga dimurahkan rezeki.. Mungkin perlu start booking no plate RJ 1618