Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

Sumbangan Amal Reflector Studio Kepada Yayasan Pembangunan Nur Hikmah

Add comments

Alhamdulillah.. Setelah bisnes mendapat keuntungan selama beberapa hari dan memberangsangkan so tadi ada dapat email dari yahoo group perlis berkenaan dengan YPN ni. So tertarik di situ yang mereka akan pergi bersahur sekali dengan anak-anak yatim pada hari ahad ni. So tergerak di hati untuk memberikan sumbangan ikhlas kepada anak-anak yatim di situ. Setelah berbincang dengan saudara adam iaitu sleeping partner dan kata sepakat untuk memberi sumbangan wang untuk anak-anak yatim. Mungkin untuk kelengkapan mereka berhari raya @ duit raya @ apa2 yang difikirkan perlu oleh pengerusi YPN.. Insyallah selepas ini mungkin badan amal Reflector Studio akan berkembang lagi. Lagipun di bulan baik ni apa salahnya membuat amal lebih sedikit. Semoga mendapat keberkatan daripada Nya. Dan di bulan Ramadhan ini juga rezeki melimpah-limpah.. Harapnyanya semoga berterusan..

Petikkan daripada Email tersebut

HAKIKAT SEDEKAH :

Rasulullah saw bersabda: “Takutilah kamu akan api neraka sekalipun hanya dengan (bersedekah) setengah butir tamar (kurma)”. - (Bukhari dan Muslim) Hayati Sedekah. . . Firman Allah swt: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka brgembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang benar.” - Surah At-Taubah-ayat 111.

Perjanjian Allah swt dari sedekah sipemberi: Keberkatan hidup seseorang yang bersedekah akan mendapat kesucian daripada sejumlah harta yang dia miliki. Ini termasuk Allah akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang. Perniagaannya sentiasa dalam keuntungan dan dia akan terhindar daripada penyakit bahaya. Usianya akan dipanjangkan oleh nikmat sedekah dan rezeki yang diperoleh. Keberkatan pada akhir hayat, seseorang yang gemar bersedekah akan diambil rohnya dengan segala kesenangan tanpa penyesalan dan kesedihan. Matinya bukanlah sebagai seorang yang tidak mensyukuri nikmat Allah swt bahkan akan dirahmatiNya kerana keikhlasan itu. Rasulullah saw menegaskan dalam hadis yang bermaksud: “Apabila seseorang anak Adam mati, segala amalannya akan terputus melainkan tiga perkara: Sedekah Jariah yang sentiasa mengalir pahalanya. Ilmu yang dimanfa’atkan orang lain. Doa anak yang salih. _ (Riwayat Muslim)

Keberkatan ketika dibangkitkan pada hari kiamat kelak, orang yang suka bersedekah ini akan dipayung dan diteduhkan oleh sedekahnya ketika hayat didunia. Ini pasti dapat mengelakan daripada ditimpa kepanasan dialam akhirat. Sedekah juga akan meringankan seseorang itu ketika dihisab Allah dan akan memberatkan timbangan kebajikannya. Jangan anggap pemberian itu Hak Kita, sebenarnya didalam harta kita ada Hak Mereka

Ya, amat benar sekali.. Harta kita sebenarnya hanyalah untuk kegunaan dan keperluan sahaja. Selebihnya untuk mereka yang miskin dan yatim dan golongan yang lebih memerlukan.

Seseorang pernah berkata
Kalau kita tolong anak yatim dia akan sentiasa doakan kita untuk dapat keberkatan dan kebahagiaan dalam hidup. Jadi tanggungjawab kita untuk tolong depa.

Bukanlah mahu menunjuk dengan membuat sedekah ni. Tp hanya ingin memberitahu bahawa tertubuhnya badan amal Reflector Studio. InsyaAllah..

Dan untuk mereka yang ingin memberi sumbangan bolehlah terus kepada

MELALUI MAYBANK

Anda dijemput menyalurkan sumbangan untuk anak-anak ini melalui Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 , letakkan alamat email presiden@nurhikmah.org.my.

MELALUI CIMB ONLINE

Caranya ialah :

1. Login ke https://www.cimbclicks.com.my/

2. Pilih Pay Bills

3. Pilih Akaun Anda (Payment From)

4. Pilih Payment To >> Payee List

5. Pilih Yayasan Pembangunan Nur Hikmah

6. Masukkan Nama Anda (optional)

7. Masukkan Contact No. (optional)

8. Masukkan Jumlah

9. Tekan Submit

——————————————————-
YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
No. Pendaftaran : 646393-A
No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,
Taman Mesra,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
Telefon : 03-87332411
Fax : 03-87332967
Laman web : www.nurhikmah.org.my
EMAIL : presiden@nurhikmah.org.my

News September 20th 2008

Leave a Reply