Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

Kereta Idaman?

2 Comments »

Pada satu ketika ada kawan2 tanya, takmau pakai subaru ka? Heh.. Sorry.. Tak minat.. Di dalam hati hanya ada sebuah kereta idaman. Cukuplah namanya sebagai protong. Dan apabila ia menjadi kenyataan mungkin akan bertukar kepada Honda Civic Type R. Biasalah.. Berangan dahulu.. Lagipun tak rugi berangan ni. Bknnya nak kena bayar pun utk berangan..

Seperti yang diperkatakan oleh Honda.. Iaitu The Power Of Dreams dan juga Reason To Exist. Ia sangat memukau kalbu dan berjaya menarik perhatian berbanding dengan kereta-kereta lain.. Untuk mempunyainya? Hemm.. Kalau ada rezeki adalah.. Cuma taktau bila akan ada rezeki untuk memiliki sebuah kereta Honda Civic Type R nih. Dan seharusnya mungkin perlu bersyukur dengan keadaan kereta sekarang iaitu Honda Civic juga. Cuma memisahkan hanyalah generasi iaitu generasi 6 dan generasi 8. Xpalah.. Taruh sebentar kereta idaman.. Namun ia masih berada di dalam wish list.. Ada juga beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian dahulu..

Antaranya memerlukan lappy untuk membuat kerja2 di office. Tidaklah menganggu keadaan komputer-komputer staff sgt.. Dan juga mendapat tawaran untuk mengecat kereta dan tukaran sport rim lepas hari raya.. Wah2.. Rezeki datang mencurah nampaknya.. Semoga rezeki dan impian untuk memiliki type R menjadi kenyataan.

Life September 19th 2008

Forex

5 Comments »

Diatas permintaan saudara Adam untuk saya adakan satu post berkenaan dengan forex, so ini lah postnya..

Apa itu Forex?
Forex singkatan kepada Foreign Exchange, iaitu perdagangan tukaran matawang asing. Ia juga dikenali dengan nama FX. Forex melibatkan transaksi dimana kita membeli satu matawang dan menjual satu matawang yang lain. Matawang (currency pair) ini ditransaksikan melalui broker dalam bentuk pair (pasangan) sebagai contoh British Pound dengan US Dollar (GBP/USD).

Forex merupakan satu pelaburan yang paling popular kerana pulangan keuntungannya yang tinggi. Keuntungan boleh mencapai sehingga 100% dalam masa beberapa hari. Akibat pergerakan yang cepat tersebut, tidak dinafikan forex juga berisiko tinggi untuk rugi apabila anda tidak mempunyai pengetahuan yang cukup.

Forex Trading:
Ianya melibatkan pertukaran melebihi 2.5 trilion dolar. Peserta-pesertanya terdiri dari Bank-bank pusat dan komersil, koperasi, institusi pelaburan, amanah saham dan pelabur individu seperti anda.

Perdangangan Mata wang (Forex Trading)
Click here to read more.. »

Artikel, Forex September 16th 2008

Kesungguhan Bekerja…

No Comments »

Haih.. Dalam masa 2 hari ni ketekunan Fakhrul bekerja terserlah.. Walaupun pada kadarnya hari isnin yang lepas ialah masa lawatan lecturer tetapi ia tidak ditunjukkan begitu sahaja kerna selepas lecturer balik pun masih mensibukkan diri dengan membuat kerja daripada dok melengum sahaja. Dan ketekunan dan kesungguhan ini juga telah membuatkan letih apabila tiba di waktu malam. Tetapi keletihan itu cuba dilawan..

Kelmarin tgk kertas yang di tanda oleh kak OS (barangkali) dan dalam tu tgk Fakhrul dan Afif berada di dalam posisi amat cemerlang ke semuanya. Mungkin ini sesuatu yang membanggakan.. Yalah, dalam setiap kerja itu semuanya settle.. Walaupun agak susah kadang kala ia cuba disettlekan dengan elok dan sedikit demi sedikit. Dan walaupun kadang kala keluar di masa waktu kerja tapi kerja juga dibereskan secepat yang mungkin dan dengan ini dapat mengelakkan daripada tomahan2 seperti pemalas dan sebagainya. Harini juga kerja banyak membelek kertas EBPM tu untuk disemak yang mana tak lengkap lagi dan kemudian masukkan data ke dalam sistem yang disediakan. Dan selepas itu ke PKM Kuala Perlis. Di situ juga mengambil bubur lambuk untuk dibawa pulang ke pejabat negeri untuk diberi kepada staff di situ. Semasa di dalam Trooper Fakhrul telah disuruh menyamar menjadi penolong pengarah yang baru. Ini hanyalah sahaja kerna ingin tengok reaksi cikgu2 tabika dan PM yang hadir pada ketika itu. Dan di Pejabat juga bersembang serba sedikit mengenai Program tadarus anjuran Kemas Perlis dan bagaimana hendak membeli mengikut internet. Dalam riak mukanya ia seperti berminat untuk membuat urusan jual beli di internet. Tp awas. Tak semua benda betul.

So lepas tu p ke Easy Ring untuk membincangkan mengenai projek sewaan PA sistem dan Khidmat DJ semperna event maxis selama 4 hari di hadapan Easy Ring. Dan cabaran yang lebih penting lagi ialah khidmat DJ tu sebab perlu kreatif mempromosikan dan membuat apa yang patut semasa menjadi DJ dan kelengkapan yang perlu siap seadanya. Projek ini menggunakan nama Syarikat Reflector Studio.. Syabas Reflector Studio.. Ia telah melangkah setapak lagi ke hadapan dengan menawarkan khidmat sewaan PA sistem dan DJ. Event tu akan berlangsung selama 4 hari dan cabaran getir akan teruji apabila orang maxis daripada KL akan turun untuk memantau projek tersebut.

Life September 16th 2008

[Mp3&Lirik] Aizat – Lagu Kita

2 Comments »

Selepas menghidupkan enjin kereta semalam untuk perjalanan pulang ke rumah DJ Sinar.FM telah memutarkan lagu ni. Sebenarnya dah lama dengar dan ingin dimasukkan ke sini. Lagu ini juga menyampaikan mesej tertentu. Dan untuk dijadikan apa-apa terpulanglah… Lagu Kita daripada Aizat

Lirik

Deras hatiku berdetar
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam,teman kita
Dengan angin meniup sayu

Ku petik gitar akustik ini
Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus,
Menyanyi lagu ini untukmu,
Walau berjuta mendengar,
Lagu ini hanya untukmu,

Arah hidup kita,
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

Nak dengaq?

Download

Download Mp3 Aizat – Lagu Kita

password : vieredotnetdotmy

:: Sharing Is Not A Crime ::
:: Sharing Is Caring ::

Music September 13th 2008

Masih muda?

No Comments »

Ketika suatu di Pasar Ramadhan sedang berpusing-pusing untuk membeli sedikit makanan untuk berbuka puasa walaupun pada kadarnya tidak tahu nak makan apa pada hari tu. Tetiba saja terjumpa agar-agar yang disukai dan apabila hendak membeli nya tetiba perasan yang penjual itu adalah junior-ku semasa di sekolah dahulu dan rasanya 2 tahun muda dari ku.. Dan apa yang mengejutkan dia bertanyakan “Adik nak amek berapa?” Heh.. Terkejut juga walaupun pada kadarnya bukannya dia tak tgk siapa gerangan pembelinya.. So buat taktau lah.. Biarlah. Mungkin pada khabarnya dia tidak mengenali sangat. So lepas tu ronda-ronda lagi untuk membeli apa yang patut sebelum pulang ke rumah..

Dalam 2 hari ni kesejukkan di dalam office melanda. Entah mengapa dah 2 hari dah dok sejuk.. Walaupun pada kadarnya staff lain tidak sangat merasa kesejukkan itu.. Dan solusinya dengan mengambil jacket di dalam kereta untuk dipakai sekejap.. Petang tadi diberitakan dalam 24 haribln @ 26 mcm tu akan ke HQ Putrajaya. Mungkin selama 2 hari. Wahh.. Apa yang hendak dibuat? Tunggu sajalah nanti.. Tidak diberitahu lagi tentatifnya.. Yang pastinya untuk menghantar EPF dan apa tah satu lagi.. Dan pada keduanya mungkin akan meronda-ronda kemana yang patut sebelum pulang ke perlis. Tp ini masih di dalam perancangan. Tidak tahu samada nama Fakhrul Afiq bin Abd Aziz akan tersenarai atau pun tidak memandangkan ia tidak menyebut siapakah yang akan pergi dan berapa orang yang akan pergi tapi yang pastinya budak praktikal akan dibawa sekali untuk melawat HQ.

Peranan Fakhrul Afiq di dalam jabatan KEMAS Perlis juga memainkan peranan memandangkan ada sesetengah pc kadang kala bermasalah dan kadang kala wireless menjadi masalah dan ia dapat diselesaikan dengan sepantas yang mungkin.

Life September 12th 2008

Expressi?

2 Comments »

Kadang2 di sebalik expresi muka macam2 boleh ditafsir. Walaupun dengan keadaan yang ceria, sedih, sugul dan sebagainya ia kadang kala mampu menceritakan tapi ada sesetengah tidak.. Walaupun tidak dapat diselami dengan hati ia cukup untuk memberitahu keadaan semasa itu.. Dan kadang kala di sebalik kegembiraan tidak semestinya 100% ia gembira dan mungkin juga diseleputi sedikit kesedihan atau kedukaan yang susah untuk digambarkan biarpun ditanya.. Cukup setakat tu..

Dalam masa beberapa hari ini malas untuk update blog. Biarpun mempunyai masa yang agak lama berada di hadapan komputer tetapi niat untuk mencoretkan sedikit susah dan tidak terlintas untuk melakukan. Hanya sekadar masuk dan memeriksa apa yang terbaru. Dan beberapa hari ini juga cuba mensibukkan diri walaupun pada kadarnya mempunyai masa yang lapang.. Mungkin dengan masa yang lapang itu cuba diselitkan apa2 aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengurangkan apa yang patut daripada melarikan diri entah kemana. Dan dalam beberapa hari ini juga banyak perkara yang terjadi. Walaupun begitu cuba untuk tabahkan hati biarpun perasaan ada sesetengah mengusik kalbu ketika kesunyiaan pada waktu pagi buat dan unggas2. Heh.. cukup takat tu. Bkn hala dah..

Harini peroleh sedikit semangat untuk menulis.. Biarpun di office cukuplah.. Dan harini pun mai kerja on-time. Dan ada juga kerja yang perlu dibuat. Biarlah.. Cukup Hanya setakat ini. Perlu sambung untuk membuat kerja.

Life September 9th 2008

Hari ni hari jumaat

5 Comments »

Ya, hari ini hari jumaat.. Mcm mana tah boleh terlupa kata hari ni ialah hari jumaat.. Mungkin ke-ralitan kerja telah membuatkan alpa dan tak sedar yang pada ketika itu sudah pukul 12.30 lebih.. Patutlah tadi kawan ajak balik. Hairan jgak ingatkan dia melawak ja.. So sambung lah buat kerja.. Dan dalam 12.30 ada kak tu tanya tak balik ke? Heh.. Pastu baru teringat kata harini ialah hari jumaat dan sembahyang jumaat.. Aiyak.. Takpalah.. Patutlah dgn sblm ni masuk kerja pun ada kalanya lambat dan keluar mcm tu ja. Dan kalau nak dikatakan harini jugak masuk awal kerja. Agak rekod jgak lah..

Harini juga tak rasa letih berbanding hari-hari sebelumnya walaupun berpuasa. Mungkin terlalu awal lagi untuk menyatakan demikian kerna pada masa la ni ialah 2.20 petang. Tp dengan kerja yang banyak dibuat pada sebelah pagi selalunya cukup untuk meletihkan badan dengan akan kekurangan tenaga.

Ada dapat pesanan dari seorang kawan..

Hidup ini terlalu singkat untuk disesali. Hargailah orang yang menyayangimu bukan orang yang tidak menyintaimu. Setiap sesuatu berlaku ada sebabnya. Sekiranya muncul peluang kedua, rebutlah. Dan sekiranya ia merubah hidupmu, biarkanlah. Mungkin peluang kedua tu hadir juga. Bersabarlah. Tiada sesiapa yang mengatakan bahawa hidup ini mudah.

Life September 5th 2008