Hairan dengan sehari dua ini.. Apabila memandu rasakan seperti lain.. Kadang2 terasa mcm lost handling.. So terus bawak ke kedai untuk di check dan apabila tgkkan pada dua tayar belakang nampaknya bahagian dalam hujung skali dah makan.. Dan bila tgk balik pada sebabnya, so bush arm dah pecah.. So mau takmau kena tukaq 6 biji bush dan 2 ketoi arm. Heh… Duit semuanya tu.. Dan dengan penuh hermatnya menunggu daripada 10 pagi sehingga 2 petang. Kemudian barulah siap.. Terpaksa mengorbankan masa bekerja memandangkan kalau hendak dibuat time lain agak susah memandangkan perlu mengorder barang dan mencari barang terlebih dahulu.

So lepas siap ada satu perkara yang perlu dibuat iaitu allingment. Memandangkan kedai pomen itu tidak mempunyai alat so bawak balik ke Taman Sena Indah untuk check dan selepas tu buat testing dan berpuas hati. Sbb apa jadi mcm tu? Hemm.. Mungkin dah lama dah kadang kala selalu terjun lopak. Dan pengawalan angin tayar juga mempengaruhi serba sedikit. So tadi ada bincang dengan semua staff.. Kata kak OS pada 13hb akan dibuat majlis berbuka puasa dan juadahnya banyak. Tetapi tarikh mungkin akan diubah pada selepas ini.. Tapi bergantung pada keadaan orang ramai.
Dah beberapa hari tak update. Bukannya tiada masa. Tp biarlah tidak di-update begitu. Apalah melalut ni.
Please wake me up when september end. Ahaks.. Time tu dah raya dah. Nak dok jadi gena no. Takkan tak posa plak kan. Banyak perkara yang terjadi dalam beberapa hari ini.. Dan dimana juga setiap malam juga tidur hanya pada selepas subuh @ 5 pagi. Jumaat malam dimana pada ketika itu rasanya takdak nak buat apa so dengan terjadinya ayat “pakai jadi” so meneruskan perjalanan ke pulau pinang dengan ke-seorangan diri dan menyusuri jalan-jalan dengan penuh berhati-hati. Lagipun Hafiz pun ada bagitau dia akan turun di butterwoth. So mungkin boleh mengambilnya sekali walaupun dalam rancangan sebenarnya ialah hanya sekadar untuk mengelamun. So pusing2 di sekitar pulau walaupun penat lelah kerja di kedai masih ada tetapi ia bagaikan tiada apa. Dan insiden semasa aku eksiden semasa seorang juga menyedarkan aku. Tp mujurlah tiada apa. Hanya kerosakkan kecil sahaja. Dan dalam pukul 5 pagi mcm tu Hafiz call dan p amek dia dan p breakfast di Mc’d Autocity.
Round2 dan singgah sebentar di sungai petani (S) untuk menunaikan solat subuh dan meneruskan perjalanan pulang ke perlis dengan Hafiz. Pada malam tu adalah malam merdeka. Ya, kata2 dari kawan-kawan arau bahawa malam ni akan rancak.. dimana juga ramai akan turun dan ada juga taruhan-taruhan. So kereta yon amek untuk ke UiTM bersama kimi dan talya dan aku membawa keluar motosikal kerna pada hemat aku lebih baik keluar naik moto. Sangkut jem tetap dah nanti. Dan apabila letupan bunga api berkumandang di langit kangar kami semua sedang makan di de’ sena ramai2 sementara untuk merancang perjalanan ke Air Panas Ulu Legong, Baling Kedah. Lepas tu ja semua berkumpul di rumah Hafiz manakala aku meronda dahulu tgk kawasan dan main dalam 3 belit. Cukup sudah kerna pada selepas tu peronda mai untuk menghalau dan ramai jgak lah smpai block jalan2 tu.
So moto tinggai kat umah epih dan dibawa sebiji lagi kereta iaitu kereta Numan setelah berhempas pulas mencuba untuk meminta daripada ayahnya. So pergi dan balik mcm biasa, aku drivelah. Tak rasa mengantuk pun.. Fresh ja mata dan perjalanan bengkang bengkok di sik kedah juga mencerahkan mata apabila benda-benda ghaib ada di sekeliling. Dan dalam 5.30 mcm tu bertolak balik ke Perlis dan singgah sebentar di RnR Gurun untuk aku menunaikan solat subuh. Sampai saja di kangar dalam pukul 8 mcm tu terus ke market untuk breakfast sebelum pulang ke rumah. Walaupun mata masih ok teruskan meng’online’kan diri sbb tak rasa mengantuk sangat. Lepas tu baru tidur. Petang tu mcm biasa. Moto masih di rumah epih dan terus memacu ke rumah epih dan menaiki motor. Round2 dan di sekitar kangar, kuala perlis dan kangar. Semasa itu juga nampak 2 orang yang aku kenali. Tp biarlah.. Malas nak tegur.
Dan malam tu bersedia untuk solat tarawikh bersama Hafiz. Selepas selesai menunaikan so p kedai makan di stadium memandangkan man berada di situ dan sampainya tgk2 ada kimi, quib, bob dan mart.

Tadi saja check dah taktau nak buat apa pagi ni dkt tempat kerja. Masuk m2u.. Tgk2 balance banyak sgt. Hairan jgak. Pastu check today transaction tgk2 ada masukkan sebanyak RM3.2k. Bila difikir balik duit apa ni maka akhirnya baru aku tau.. Perkara tahun lepas punya.. Akhirnya masuk juga setelah setahun lebih menunggu. Mungkin duit raya? Ahaks.. So bila dihitung kembali pada penghujung tahun ni akan dapat sekali lagi. Hemmm.. Ahli2 Reflector Studio, mau p bercuti mana kalini? Hehe…
Kerja time posa. Takdak nak buat apa sangat.. Walaupun agak mengantuk kerna tidak cukup tidur.. Dan juga memberi buah kurma untuk staff KEMAS Negeri daripada PSI.
mistake always make us stronger,but sometime it makes things even worse