Part 1
1st skali ialah ingin mengucapkan takziah pada amran yang tok wan dia sudah kembali ke rahmatullah pada pagi kelmarin. Al-Fatihah. Semoga al-Marhum Tengku Baharom disemadikan di kalangan orang-orang yang beriman. Dapat mesej dalam 11 pagi lebih mcm tu. So time tu pun dok kalut kerja. Call amran dan minta untuk bagitau rakan2 dan akhirnya terus cipta satu mesej dan foward dkt semua yang mengenali. Walaupun dengan kekalutan di PKM Alor Tampang dengan banyak kerja juga tidak mematahkan semangat untuk menghabiskan kerja. Balik semula ke office dan pi semula. Dan selepas kerja habis dok di office dan berjumpa dengan pengarah. Selepas ja habis kerja terus ambil anas dan cipun untuk di bawa bersama ke Makan DiRaja di Langgar, Kedah. Dan semasa sampai jenazah selamat dikebumikan di dalam kubur. Membaca doa dan selepas tu dibawa oleh amran untuk melawat kubur Raja dan Kerabat Raja Kedah. Antara yang menarik perhatian ialah makam Perdana Menteri Pertama iaitu al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Dan juga al-Marhum Sultan Abdul Hamid dan Allahyarham Wan Mat Saman. Tetapi banyak juga makam2 kerabat diraja yang lain. Selepas tu terus ke Jitra untuk menghantar amran pulang. Tapi singgah sebentar untuk makan dan ke rumah untuk majlis tahlil pada sebelah malamnya. Selepas tu pulang ke rumah.
Part 2
Dengan ni tersiap sudah 2 buah blog kawan2 yang meminta untuk buatkan satu untuk depa. So just create dah bagi terus untuk depa uruskan.
I. Numan a.k.a Kechik

http://kechik.viere.net.my
II. Hafizi a.k.a Tole

http://tole.viere.net.my
Part 3
Harini ke office sebentar untuk meraikan seorang staff yang akan bertukar ke Putrajaya. Kak Ismaliza. Dan ada makan2 sket..




Part 4
Forex.. Harini price tak menentu. Mungkin hujung bulan dan hari jumaat dah.

Part 5
Emosi? Ya, emosi aku dah ok semalam.. Cuma harini demam sket. Tapi dah lega dah. Alhamdulillah.
Dalam beberapa hari ini agak malas untuk update post di sini walaupun ada masa untuk di-update. Walaupun pada keadaan trade dalam masa seminggu ini amat berlainan dari kebiasaan sebelum ini telah membuatkan berhenti untuk trade live. Mula kembali kepada demo. Tapi di dalam market tengah trending sepatutnya diambil kesempatan untuk membuat profit memandangkan ianya amat mudah, tetapi sebaliknya terjadi seperti susah. Mungkin membabitkan emosi dan ianya jadi begitu. Mmg betul kata orang. Trade forex semudah ABC.Sbb 70% ialah psikologi, 10% TA ( Technical Analysis), 10% FA (Fundamental Analysis) dan 10% lagi dah lupa apanya. Psiokologi juga termasuk di dalam emosi keadaan semasa yang membolehkan mempengaruhi keadaan untuk trade. Walaupun pada sekitarnya sebelum ini amat ok tp jika tidak dapat mengawal emosi dengan baik mungkin ia tidak seperti mudah yang disangka. Selepas 2 hari berehat di hari Khamis dan Jumaat, mula kembali untuk ber-demo pada hari isnin. Nyata mengecewakan sbb lost sehingga 3k. Tiada kosentrasi yang utuh berbanding dengan kawan-kawan maya yang lain yang dapat membuat beratus-ratus pip pada hari ini saja.
Namun pada masa la ni dah menetapkan masa selama 2 minggu untuk mengkaji satu lagi teknik yang baru yang boleh memaksimumkan profit sehari dengan minimum mungkin 1k. Namun semua tu pada atas diri sendiri. Insyallah kalau ok nanti akan ajar cara tu. Senang saja. Yang penting ialah jangan biarkan ketamakan memakan habis. Nak buat ribu riban makan masa berhari2. Nak margin call hanya ambil masa tak sampai 2 jam.
Pada haritu adam ada perangat bila lagi nak buat seperti ni.

Ya, teringin juga nak buat seperti itu. Tapi biarlah dulu. Masa tak mengizinkan lagi. Kalau ada rezeki, adalah nanti..
Click here to read more.. »
Pada ketika ini teringat akan kata-kata Hafiz dan Amran… Walaupun perkara ini telah lama berlalu tapi kenyataan yang dibuat tu kadang kala boleh membuatkan berfikir banyak kali. Heh.. Amran kata ” Hg kalau bleh nak rasa syok mcm epih. Bleh p mana2 ja tanpa halangan. Ni nak p mana nak kena p tgk akaun dll, kawan2 tgh dok syok masih lagi takdak sekali” Ayat lebih kurang lagu tu lah.. Dan Hafiz plak penah berkata ” Syok tgk pak hang. Free ja memanjang, tanya balik ‘apa yg freenya tu?’ Dan beliau menjawab ‘hola.. nak p mana2 senang ja. tinggai mcm tu ja. pastu mcm hg nak p kl dan mana2 pun ikut suka ja” begitulah ayat beliau.. Tp ada gubahan sikit untuk menyedapkan..
Begitulah persepsi yang ditampilkan oleh saudara Hafiz dan Amran. Mungkin ada kebenaran satu dua di dalam perkataan (ada lagi tp cut takat situ ja). Tp jika hendak dibandingkan dengan kata2 amran itu, tu adalah tanggungjawab sebagai anak untuk membantu keluarga. Kalau Fakhrul tak tolong sapa lagi yang nak tolong. Dan kalau Fakhrul tak buat semua tu sapa lagi nak buat semua tu. Lagipun sebagai anak yang sulung perlu menunjukkan contoh yang baik. Dan juga perlu belajar selok belok mengenainya. Walaupun masa di korbankan tetapi masa untuk keluarga tu mesti ada berbanding dengan kawan-kawan yang pada bila-bila masa sahaja boleh bersama sekali. Lagipun keluarga perlu diutamakan.
Pada kata-kata Hafiz pulak diakui itulah masa free beliau. Masa lain hanyalah bertungkus lumus untuk mencari pendapatan untuk menyara keluarga. Dan melalui kata2 nya menerusi ke free ian masa Fakhrul tidak di sangkakan ada betulnya.. Kadang kala mmg banyak masa free.. Cuma kaedah pengisian tu sahaja yang kurang berkesan.. Cuma kalau setakat dah kawan2 banyak turun ke kl tu biasalah.. Turun skali lah.
Bukan untuk membangkang kata2 saudara amran dan hafiz. Cuma baru teringat untuk menerangkan kembali selepas gagal untuk menerangkan keadaan sebenar pada ketika itu.
Esok semua pakat turun ke kl. Nampaknya terlepas lagi peluang untuk turun memandangkan family ke Pulau Langkawi.
Ada beberapa orang menanyakan mengenai Leverage ni, dan nampaknya ada juga yang tidak faham. Dan harap dengan ini dapat memahami dengan sebetulnya.
Pemahaman untuk leverage:
LEVERAGE RATE
1:100 kalau anda open 1lot bersamaan 1000usd di gunakan dr equity anda
1:200 kalau anda open 1lot bersamaan 500usd di gunakan dr equity anda
1:400 kalau anda open 1lot bersamaan 250usd di gunakan dr equity anda
1:500 kalau anda open 1lot bersamaan 200usd di gunakan dr equity anda
1:100 kalau anda open 0.1lot bersamaan 100usd di gunakan dr equity anda
1:200 kalau anda open 0.1lot bersamaan 50usd di gunakan dr equity anda
1:400 kalau anda open 0.1lot bersamaan 25usd di gunakan dr equity anda
1:500 kalau anda open 0.1lot bersamaan 20usd di gunakan dr equity anda
Click here to read more.. »
Artikel, Forex October 24th 2008
Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah tadi mendengar radio dan tiba-tiba stesen Sinar.fm memutarkan sebuah lagu U.K’s bertajuk Bila Diri Di Sayangi. Dan dengan semenanya ia telah mengimbau kembali kenangan ketika di Kem Guar Chenderai, Padang Besar. Sedar tak sedar sudah setahun lebih lamanya PLKN untuk siri ke 4 dan kumpulan 1 tamat. Dan Semasa berada di dalam PLKN di Kem Guar Chenderai jugalah lagu ini dibuat lagu tema untuk merapatkan lagi hubungan antara sesama cikgu, jurulatih, pihak atasan dan pelatih. Dan sehari mesti akan ada juga lagu ini diputarkan memandangkan ada kelas CB (Character Building). Dan bersama lagu ini jugalah pelatih-pelatih yang ketika itu ada yang kurang baik menjadi baik sesama pelatih (berpuak, biasalah). Dan kerana lagu ini jugalah membuatkan banyak titisan air mata keluar semasa pengakhiran kelas CB dan masa-masa tertentu.
Click here to read more.. »
Berada di dalam kekalutan dan tidak banyak masa yang dihabiskan di hadapan pc. Mungkin terlalu malas untuk membuat perkara yang sepatutnya di buat tetapi banyak masa di habiskan dengan mendengar radio, tgk tv dan melakukan rutin-rutin dengan menutup akaun.
Di dalam kesempatan ini juga ingin mengucapkan takziah buat Affendy kerana baru sahaja kehilangan bapanya pagi tadi. Beliau juga merupakan antara kawan baik semasa di tingkatan 3 dan 4 dan apabila naik ke tingkatan 5 amat berkurangan memandangkan masa banyak dihabiskan di kangar. Dan disebabkan beliau jugalah jatuh minat kepada motor yamaha 125z memandangkan dia telah menjarum Fakhrul yang ketika itu bercadang untuk membeli motor memandangkan hendak mengambil lesen dan di masa yang sama dia pun menggunakan motor tu jugak. Dulu juga selalu ke padang besar ke rumah abg dia memandangkan abg dia ada membuka kedai makan di padang besar dan p meronda ke tempat yang sepatutnya. Tapi zaman gerek, maka zaman gerek lah. Zaman moto maka zaman moto lah.. Tapi semua tu hanyalah di dalam ingatan kenangan. Beliau kini berada di Ciast, Shah Alam bersama Fathuddin. Al-Fatihah untuk Allahyarham.
Di dalam minggu ini juga amat mendebarkan dengan sudah memasuki kelab Geng Cemas. Geng KeCemas sentiasa ada. Dalam melalui beberapa waktu yang cemas adalah merupakan antara motif Geng Cemas di CG ditubuhkan. Tapi ia sudah lama cuma baru sahaja menganggotainya.
Kadang kala dok sakit otak juga. Pening2.. Mungkin kerana rambut telah terlalu panjang dan perlu menggunting. Dan tadi boss ada jumpa dan bagitau mulai minggu depan kena p check pc di setiap parlimen bermula di parlimen padang besar. Heuu.. Nampaknya Kerja akan mulai banyak minggu depan. Ok lah tu daripada takda buat apa sangat. Di pejabat pun banyak juga membantu dalam membuat kerja. Biarlah di situ sahaja. Dan ucapan berulang-ulang kali terima kasih diberikan kerana banyak membantu di dalam khidmat pengkomputeran. Malam ni nampak mcm best ja cerita dkt TV. Tgk tv dulu. Caiy0k2..