Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Add comments

Nampaknya buat beberapa hari ini amat malas untuk mengupdatekan post2 di dalam ni disebabkan rasanya perlu ditangguhkan walaupun banyak aktiviti yang sudah dijalankan dan amat syok juga lah.. Tetapi apa-apa pun harapnya Minta maaf banyak-banyak buat semua yang mengenali Fakhrul Afiq Bin Abd Aziz dan jika ada salah dan silap harap di maafkan. Kadang-kadang tersalah cakap, terkasar bahasa, mengucai kawan-kawan, ber’gossip’ dan seangkatan dengannya harap di maafkan di bulan yang mulia dan hari yang baik ini. Raya pada kali ini mungkin agak kurang meriahnya walaupun pada kadarnya mengharapkan sesuatu yang akan berlaku tetapi tidak berlaku.

Haritu ada ke pulau pinang bersama-sama dengan adam, epih, yon dan mat arip untuk membeli kelengkapan berhari raya yang akan menjelang tiba sehari selepas itu. Walaupun pada kadarnya memulakan perjalanan pada pukul 1 mcm tu tapi ia tidak mematahkan semangat untuk meneruskan perjalanan ke pulau pinang bersama kawan – kawan dan destinasi yang pertama di tujui ialah pc depot untuk urusan pembelian graphic card dan ram 1 GB. Selepas itu meneruskan perjalanan ke Queensbay Mall untuk menengok apa yang ada di situ. Di situ juga terdapat banyak sale dan antaranya saudara epih yang terlepas peluang untuk membeli baju raya John Master yang telah di diskaun kan sehingga kepada harga RM 79.90 berbanding pada harga asalnya seratus lebih. Sempat juga membeli sehelai baju t shirt sebelum meneruskan perjalanan ke prangin mall untuk menengok part2 hp. Di situ saudara adam telah membeli sebuah hp baru iaitu Nokia E71 hasil daripada minat beliau (Harap-harap mcm tu lah). Dan yang paling mengejutkan ia juga telah membuat pembelian set AVAXX iaitu satu set original berbanding AP.

Selepas itu ke Jusco Bukit Mertajam dan berbuka puasa di sana dan tinjauan pembelian kelengkapan raya oleh epih dan yon sebelum meneruskan perjalanan ke SP untuk menjenguh sebentar di bazaar aidilfitri untuk mencari baju melayu untuk epih. Pada kadarnya terdapat harga melebihi seratus lebih dan di dalam kesempatan itu telah melawat saudari khalilah yang menolong kakaknya berniaga di situ. Dan di dalam pencarian baju di situ juga telah menemukan satu tempat yang agak murah iaitu RM85.. Ok lah tu.. Lari RM5 ja dari John Master.

Selepas tu meneruskan perjalanan pulang ke perlis bersama kawan-kawan sambil di pandu oleh Adam dari sungai petani hingga ke kangar. Satu pengalaman yang menakjubkan sehinggakan dibuai lena yang nyenak sehingga tidak sedar apabila sampai ke depan rumah adam. Sehari sebelum hari raya juga disambut dengan Majlis berbuka puasa bersama ahli Reflector Studio. Pada hematnya ia telah dibuat di Restoren Ziana Ikan Bakar di Kuala Perlis. Walaupun di rancang pada minit last tetapi ia tetap meriah di samping berjenaka dan mengeluarkan kisah-kisah lama.

Hari raya disambut dengan penuh makna.. Bersembahyang di Masjid Negeri, Arau dan apabila balik rumah bermaaf-maafan semasa ahli keluarga. Kepulangan ke kampung di santan juga dinantikan. Antara rumah yang dikunjungi semasa dalam perjalanan pulang ke rumah ialah di rumah Yb. Sabry. Sembang2 tentang projek yang akan berlangsung pada selepas raya ini. Mungkin.. Dan selepas itu ke rumah Yb. Khairi dan memerangkap kepada rumah ilah. Selepas itu balik ke rumah dan rehat sebentar melayan sepupu yang pulang daripada perak. Walaupun beza umur jauh ( dia sudah pencen ) tapi hubungan tu adalah satu yang menakjubkan iaitu hanyalah sepupu.

Selepas itu keluar beramai-ramai ke depan library kangar untuk berkumpul sebelum ke kedai foto Rex untuk bergambar beramai-ramai. Akan siap pada hari Sabtu. Tgklah nnt mungkin akan scan dan masukkan ke dalam blog ini. Pada sebelah malamnya mengadakan lawatan hari raya ke rumah Ika memandangkan ia menjemput dan kesenangan pada masa itu telah membuatkan Fakhrul bersama dengan yon memacu kenderaan ke balai baru. Dan selepas itu hantar yon untuk lepak bersama-sama dengan member2 yang lain dan pulang ke Abi. Agak seronok jugak lah seperti tahun-tahun yang sebelum kerana semua ada di sini. Cuma seorang adik beradik sahaja yang dah lama tak balik ke perlis. Mungkin sibuk agaknya yang perlu membahagikan kampung untuk pulang beraya.

Raya tahun ini mungkin kurang meriah sedikit. Mungkin ada kurangnya.. Tetapi amat berpuas hati. Insyallah cuba memenuhi beberapa lagi buah rumah yang dijemput untuk hadir. Walaupun agak letih pada masa sekarang yang menunjukkan pukul 6 pagi. Lagipun baru sahaja pulang tadi. Saja keluar dan menonton sukan kereta dan minum2. Dan juga ucapan terima kasih buat saudara Karl @ Jiwang yang sudi mengirimkan kad raya kepada Viere @ Jiwang. Jasa anda dikenang.

Di rumah yon

Saudara Epih melakukan photo shooting dan menjadikan Fakhrul sebagai model

Dok tunggu apa lagi..

Syoknya farid

Life October 3rd 2008

One Response to “Selamat Hari Raya Aidil Fitri”

  1. miss wanie Says:

    uish…
    1st pic..
    ada org terbongkang kekenyangan..
    ish ish…. raya sungguh.. hehehehe
    =p jgn marah..

Leave a Reply