Dalam semasa beberapa hari ini banyak berubahnya.. Ubahnya pada diri sendiri.. Makan minum hanya ikut suka sahaja.. Masa banyak dihabiskan di hadapan komputer membuat ulangkaji dan kajian-kajian yang sepatutnya.. Dan pernah juga kelmarin hanyalah makan sekali sahaja. Tu pun time tgh hari sehinggalah pagi ini semasa ada jamuan semperna hari raya. Dan semasa dalam pagi ini juga banyak makan. Mungkin sebab kelaparan. Di bila kekenyangan tidur rileks sahaja di bahagian pentadbiran. Mujurlah bos masih belum balik lagi hari ni.
Dan semasa dalam minggu ini juga lah banyak berfikir. Fikiran bercelaru. Dah menjadi carca marba. Walaupun pada hakikatnya tidak perlu sangat memikirkan tetapi ia perlu demi untuk teknik-teknik yang boleh dipraktikalkan. Dan masuk hari ini juga dah cukup sebulan tidak menulis report harian. maknanya 30 muka surat perlu menulis. Nampaknya hujung minggu ni akan keletihan tangan untuk menulis kembali report-report harian yang tertangguh sebelum ini dan juga masih belum di cop untuk 2 minggu sekali.
Kadang-kadang kita boleh merasa gembira. Dan bila sampai saat kita boleh merasa sedih dan sugul. Dan di dalam kekecewaan kita juga boleh lagi bergelak ketawa. Dan kadang - kadang di dalam ketawa tiada yang tau mana mungkin kita kecewa dan sedih.
Oh ya.. Bercakap mengenai forex. Ia juga mempunyai perumpamaan..
forex adalah laut.. luas terbentang.. banyak rezeki .. kena ada ilmu untuk memukat rezeki .. ombak terkadang besar… terkadang kecil..
dan di dalam terkadang itu..
Terkadang ku berilusi
Terkadang ku teringat..
to be continue..
