Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

Kalau

Add comments

Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah tadi mendengar radio dan tiba-tiba stesen Sinar.fm memutarkan sebuah lagu U.K’s bertajuk Bila Diri Di Sayangi. Dan dengan semenanya ia telah mengimbau kembali kenangan ketika di Kem Guar Chenderai, Padang Besar. Sedar tak sedar sudah setahun lebih lamanya PLKN untuk siri ke 4 dan kumpulan 1 tamat. Dan Semasa berada di dalam PLKN di Kem Guar Chenderai jugalah lagu ini dibuat lagu tema untuk merapatkan lagi hubungan antara sesama cikgu, jurulatih, pihak atasan dan pelatih. Dan sehari mesti akan ada juga lagu ini diputarkan memandangkan ada kelas CB (Character Building). Dan bersama lagu ini jugalah pelatih-pelatih yang ketika itu ada yang kurang baik menjadi baik sesama pelatih (berpuak, biasalah). Dan kerana lagu ini jugalah membuatkan banyak titisan air mata keluar semasa pengakhiran kelas CB dan masa-masa tertentu.

Tentu peliknya apabila tgk tajuk berbanding dengan penceritaan pada awalan itu.. Sebenarnya ada sesuatu yang telah membuatkan banyak berfikir mengenai perkataan “Kalau“. Mendapat ilham ketika dalam pemanduan pulang ke rumah.. Di dalam forex, kalau boleh terjadi dalam banyak kali. Antaranya ‘KALAU‘ akan jumpa bl trade ‘kalau aku tau aku xtrade’ ‘kalau aku tau aku hold dulu’ ‘kalau aku tau, aku buy’ ‘kalau aku tau, aku sell’ ‘kalau aku tau, aku tunggu sat’. Hehh… Berapa banyak kalau daaa.

Begitulah jika dibandingkan dengan realiti hidup. Perkataan kalau akan terkeluar juga. Tak kira berapa banyak.. Tapi kalau itu tetap akan menghantui. Antaranya, kalaulah aku tak cakap, kalau lah benda ni tak jadi, kalaulah dapat, kalaulah awal dll. Perkataan itu akan hadir.. Seolah2 menyesali..

UK’s – Bila Diri Disayangi

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau yang pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau yang pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir
keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

p/s: kenangan di PLKN masih segar di-ingatan. Baru sahaja selepas habis menonton video dan tgk gambar di dalam koleksi album. Tapi lagu ni tak semestinya berkenaan dengan PLKN sahaja. Kadang kala di dalam kehidupan seharian ia ada bersangkut paut jugak.

Life October 19th 2008

Leave a Reply