Pada ketika ini teringat akan kata-kata Hafiz dan Amran… Walaupun perkara ini telah lama berlalu tapi kenyataan yang dibuat tu kadang kala boleh membuatkan berfikir banyak kali. Heh.. Amran kata ” Hg kalau bleh nak rasa syok mcm epih. Bleh p mana2 ja tanpa halangan. Ni nak p mana nak kena p tgk akaun dll, kawan2 tgh dok syok masih lagi takdak sekali” Ayat lebih kurang lagu tu lah.. Dan Hafiz plak penah berkata ” Syok tgk pak hang. Free ja memanjang, tanya balik ‘apa yg freenya tu?’ Dan beliau menjawab ‘hola.. nak p mana2 senang ja. tinggai mcm tu ja. pastu mcm hg nak p kl dan mana2 pun ikut suka ja” begitulah ayat beliau.. Tp ada gubahan sikit untuk menyedapkan..
Begitulah persepsi yang ditampilkan oleh saudara Hafiz dan Amran. Mungkin ada kebenaran satu dua di dalam perkataan (ada lagi tp cut takat situ ja). Tp jika hendak dibandingkan dengan kata2 amran itu, tu adalah tanggungjawab sebagai anak untuk membantu keluarga. Kalau Fakhrul tak tolong sapa lagi yang nak tolong. Dan kalau Fakhrul tak buat semua tu sapa lagi nak buat semua tu. Lagipun sebagai anak yang sulung perlu menunjukkan contoh yang baik. Dan juga perlu belajar selok belok mengenainya. Walaupun masa di korbankan tetapi masa untuk keluarga tu mesti ada berbanding dengan kawan-kawan yang pada bila-bila masa sahaja boleh bersama sekali. Lagipun keluarga perlu diutamakan.
Pada kata-kata Hafiz pulak diakui itulah masa free beliau. Masa lain hanyalah bertungkus lumus untuk mencari pendapatan untuk menyara keluarga. Dan melalui kata2 nya menerusi ke free ian masa Fakhrul tidak di sangkakan ada betulnya.. Kadang kala mmg banyak masa free.. Cuma kaedah pengisian tu sahaja yang kurang berkesan.. Cuma kalau setakat dah kawan2 banyak turun ke kl tu biasalah.. Turun skali lah.
Bukan untuk membangkang kata2 saudara amran dan hafiz. Cuma baru teringat untuk menerangkan kembali selepas gagal untuk menerangkan keadaan sebenar pada ketika itu.
Esok semua pakat turun ke kl. Nampaknya terlepas lagi peluang untuk turun memandangkan family ke Pulau Langkawi.
