Dalam beberapa hari ini agak malas untuk update post di sini walaupun ada masa untuk di-update. Walaupun pada keadaan trade dalam masa seminggu ini amat berlainan dari kebiasaan sebelum ini telah membuatkan berhenti untuk trade live. Mula kembali kepada demo. Tapi di dalam market tengah trending sepatutnya diambil kesempatan untuk membuat profit memandangkan ianya amat mudah, tetapi sebaliknya terjadi seperti susah. Mungkin membabitkan emosi dan ianya jadi begitu. Mmg betul kata orang. Trade forex semudah ABC.Sbb 70% ialah psikologi, 10% TA ( Technical Analysis), 10% FA (Fundamental Analysis) dan 10% lagi dah lupa apanya. Psiokologi juga termasuk di dalam emosi keadaan semasa yang membolehkan mempengaruhi keadaan untuk trade. Walaupun pada sekitarnya sebelum ini amat ok tp jika tidak dapat mengawal emosi dengan baik mungkin ia tidak seperti mudah yang disangka. Selepas 2 hari berehat di hari Khamis dan Jumaat, mula kembali untuk ber-demo pada hari isnin. Nyata mengecewakan sbb lost sehingga 3k. Tiada kosentrasi yang utuh berbanding dengan kawan-kawan maya yang lain yang dapat membuat beratus-ratus pip pada hari ini saja.
Namun pada masa la ni dah menetapkan masa selama 2 minggu untuk mengkaji satu lagi teknik yang baru yang boleh memaksimumkan profit sehari dengan minimum mungkin 1k. Namun semua tu pada atas diri sendiri. Insyallah kalau ok nanti akan ajar cara tu. Senang saja. Yang penting ialah jangan biarkan ketamakan memakan habis. Nak buat ribu riban makan masa berhari2. Nak margin call hanya ambil masa tak sampai 2 jam.
Pada haritu adam ada perangat bila lagi nak buat seperti ni.
Ya, teringin juga nak buat seperti itu. Tapi biarlah dulu. Masa tak mengizinkan lagi. Kalau ada rezeki, adalah nanti..
Pada masa semalam selepas ja habis mengira akaun terus mengajak Yon dan Bob ke Penang. Pada mulanya nak p sorang. Tp dah depa ada ajak sekali lah. Nanti kata apa plak. So dalam pukul 1 pagi mcm tu bertolak daripada Perlis. Dan tak pasti sampai dalam pukul berapa. Biarpun membawa kereta dengan penuh perasaan, namun dapat juga mengawal perasaan tu. Tempat pertama yang dituju ialah persiaran gurney di restoren Mc’d. So beli dan p makan di tepian pantai. Sembang sambil sembang. Ada juga buat video call dkt pandey untuk ditujukan kat epih bahawa Fakhrul sudah mempunyai Type R. Namun ia tak lama. Hanya dalam 30 saat begitu akhirnya bateri HP habis begitu sahaja. Lupa nak charge.
Amacam epih, Ok tak? Inilah kereta yang telah memperangatkan lagi kesejukkan malam dan minat untuk mempunyainya membuak2. Tapi biarlah dahulu. Masih banyak perkara yang perlu buat.
Sampai rumah pun dalam pukul 7.30 pagi. Terus menyambung tidur dan bangun pukul 8.30 untuk melakukan rutin harian. Family dah balik pun tadi dalam pukul 4.30 petang. Dah amek di jetty. Malam ni taktau lagi mcm mana. Adakah seperti semalam. Sama2 tgk mcm mana nanti. Dalam kelam terasa sebam malam.



October 28th, 2008 at 10:41 pm
Go chaiyok!
InsyaAllah kalau dapat kawal emosi, berganda la wang di poket anda nanti..
October 31st, 2008 at 2:21 pm
haha.. insyallah.. La ni nak main pun tak yakin.