OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.
Aku masih mengharap cinta mu itu
Biarpun kau tidak pernah peduli
Tentang rasa cinta di hati ini
Biarkan cinta ini di hatiku
Biarkan ku bahagia dengannya
Kerana ia tidak pernah melukakanku
Aku cintakan dirimu, terlalu mencintaimu
Bukan hanya hari ini atau sebentar cuma
Tapi selama-lamanya
Biar mungkin kau tak hargai
Aku tidak mahu belas simpatimu
Aku tidak peduli kau membenciku
Lupakanku pilihanmu, lupakanmu tidak bagiku
Kerana aku tidak bermimpi
Kerana aku yakin
Apa yang ada di hati ini
Hanyalah untukmu, selamanya
Biarpun mungkin kau akan pergi
Dan meninggalkanku..
Salam. Pada sabtu minggu lepas iaitu 15hb dengan semenanya Fakhrul telah bertolak ke Johor untuk menyertai Jambori Antarabangsa Johor 2008 yang di adakan di Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Tayar golek bermula lebih kurang dalam 12.15 a.m. dengan target 7 jam untuk sampai ke Melaka untuk singgah sebentar mengambil epih dan adam. Dan perjalanan dari Perlis ke Melaka amat mencabar memandangkan hanya drive keseorangan tanpa ada apa2 benda lain untuk di buat. Hanya sekadar bernyanyi dan cakap sorang2. Seperti ada orang di sebelah. Biarlah. Dengan tu tak da la mengantuk sangat. Tp tu pun 3 kali teralit. Nasib baik sedar awal biarpun sudah berada di tepi divider highway.
Tepat jam 7.15 minit Fakhrul sampai di UiTM Alor Gajah, Melaka dan apabila hendak masuk ditahan olah pak guard. Katanya dia tak berani nak terima untuk masuk sbb terlalu awal sangat. So dia kata masuk selepas dia habis shift dan katanya dalam pukul 7.40 a.m. mcm tu. So dalam 7.50 mm tu Fakhrul mencuba sekali lagi untuk masuk dan ternyata ianya berjaya. Apabila sampai di bilik Adam, Fakhrul buat apa yang patut dan melawat Epih di biliknya. Terlihat dia tengah study dengan kusyuknya.. Gelak deras2 kat dia. Hehe.. Pastu terus sambung tidur buat sementara waktu memandangkan terlalu awal lagi. Depa habis exam pun dekat pukul 12 dah. So daripada dok berjaga dengan mata lali baik tidur.
Dah lama dah tak update blog. Bukan kerana tiada masa untuk update tapi sibuk dengan kekangan bekerja siang dan malam. Tapi masa itu ada di hadapan komputer banyak juga cuma malas nak update ja. Mesti tanya apalah kerja yang banyak sampaikan sibuk siang malam? Hemm.. Tapi di dalam kesibukkan masih ada banyak masa lapang yang di isi dengan benda yang berfaedah seperti memorex, ukur jalan sambil cari angin (angin ketenangan).
Ternyata ia berbeda. Sehinggalah pada suatu ketika ia mengejutkan Fakhrul yang ketika itu tengah memandu sendirian. Lampu minyak mengatakan akan habis bila-bila masa sahaja. Tapi takpa.. Kalau naik lampu pun boleh p dalam 50km mcm tu kot. Ketika keseorangan memandu meredah begitu sahaja agar dapat mencari sinar minyak yang berkilauan.
Beberapa hari juga di dalam alam pekerjaan praktikal banyak masa dihabiskan dengan betul. Semakin lama nak habis semakin banyak kerja yang perlu diselesaikan. Dan alhamdulillah.. Di situ juga Fakhrul pada masa ini sudah pandai bercakap dah. Tak macam first2 mai dulu sengap ja cuma cakap dengan Afif dan apa yang patut sahaja. Dan di sini juga didapati susah dah nak cari pejabat seperti KEMAS Perlis yang memang best. Mungkin ianya akan menjadi suatu kenangan yang sukar dilupakan. Begitu juga dengan kak isma yang bertukar ke putrajaya baru-baru ni ada menghantar mesej dkt kak os menyatakan bahawa dia pun takkan jumpa lagi pejabat KEMAS yang memang best sangat2. Lagipun suasana di sini harmoni. Memang patutlah susah nak jumpa pejabat macam ni.
Nampaknya pada malam ini akan bermula satu pengembaraan yang amat jauh sehingga ke selatan tanah air. Nampaknya juga keseorangan di dalam pemanduan. Harap-harap tak terlena. Mungkin bertolak dalam pukul 11-12 lebih mcm tu kot. Tgk pada keadaan. Akan singgah sebentar di melaka untuk mengambil adam dan epih dan meneruskan perjalanan ke Johor Darul Takzim di Batu Pahat untuk menyertai Jambori Antarabangsa Johor. Tunggukan kedatangan kami di sana.
Baru – Baru ini juga Makcik daripada KL mai ke Perlis kerana MOSTI ada mengadakan seperti karnival di dewan 2020. Dia merupakan Timbalan Ketua Setiausaha di situ. Baru sahaja bertukar daripada Pengarah Bahagian di JPA. Ada juga jumpa dia. Lama dah tak jumpa .Dan ingatannnya supaya apabila sampai ke KL jangan lupa singgah rumah dia nanti. Insyallah. Time tu makan sekali dengan parents dan tok. Alhamdulillah. Banyak juga perbincangan sehingga sampaikan ke Pengarah JPJ Malaysia juga merupakan adik beradik Fakhrul juga. Cuma tak pernah kenal sbb dok di di Pantai Timur. Hanya parents sahaja yang mengenali.
Pada beberapa malam juga telah menjadi seperti jiwa kacau tetapi di dalam itu cuba mencari angin angin yang boleh difikirkan sesuai tetapi tak jumpa. Mungkin juga ia amat susah untuk dijumpai. Cuma ada juga dihiburkan oleh lawak VR4 dan seangkatan dengannya. Dah, dah penat untuk menaip. Nak keluar sat. Pepatah arab ada mengatakan ‘man jadda wajada‘ maksudnya sesiapa yang berusaha pasti berjaya
Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 4.30 pagi. Mata masih lagi cerah untuk menulis serba sedikit dan apa yang patut. Ditaktala dalam masa beberapa hari ketika ini mula aktif untuk menulis kembali madah dan seangkatan dengannya. Walaupun pada hematnya sudah lama tidak mempunyai idea dan malas untuk memikirkan sedikit tulisan untuk tatapan dan koleksi sendiri. Biarlah ia disimpan di dalam sebuah tempat di panggil cakera keras yang berkapasiti 160GB yang masih dalam keadaan elok dan secure. Banyak perkara yang cuba untuk dibuat tapi tidak menjadi. Mungkin ada yang tidak kena serba serbi.
Dengan kemenangan Obama price menaik. Tapi menaik pun banyak lah juga. Tapi dalam menaik itu ia susah untuk dijangka kemana ia nak p. Kadang2 terpaksa mengalah dan malas nak masuk PO. Cuma kadang kala kalau rasa ok dan trending baru masuk betul2.
Walaupun buat pada masa la ni kurang aktif ber-forex namun alhamdulillah.. Rezeki tetap ada dengan baru-baru ni dapat tender dari sebuah jabatan kerajaan untuk upgrade pc depa. Memandangkan hendak menghabiskan bajet yang sedia ada kerana kalau tak habis Kementerian akan ambil balik. So insyallah ia akan bermula minggu depan. Boleh lah sikit-sikit. Namun ini bukanlah pertolongan bapa atau sapa2.. Cuma bila bersembang tu tiba-tiba wujud alternatif untuk upgrade rig pc yang sudah lama. Dan pada pukul 9 lebih tadi dapat panggilan daripada kak nadia berhubung pc di cc kolej komuniti arau berkenaan dengan permasalahan network. Insyallah, petang esok lepas kerja akan p tgk apa yang tak kena. Dengan ini akan menggunakan nama Reflector Studio lagi memandangkan sudah didaftarkan. Daripada tak guna baik guna. Atleast ada jugak orang kenal nama Reflector Studio. Mungkin boleh jadi seperti group baju bizandry. Depa pun asalnya group seperti Reflector Studio jugak. Semoga Reflector Studio terus maju ke hadapan.
Kelmarin juga sudah selesai presentation untuk Timbalan Ketua Pengarah di PKM Simpang Empat. Alhamdulillah.. Berjalan dengan lancar dan sempurna. Dan la ni cuma perlu menjalan kaji untuk proses pengajaran di PKM Simpang Empat bermula 24hb November. Perlu ajar budak2 lepasan spm berkenaan baikpulih komputer, networking, dan bina laman web.
Harini juga epih, adam dan afiq balik ke perlis. Sambut depa dengan makan2 dan sembang2 di mami. Dan sembang2 berhubung untuk ke Jambori Johor. Dalam 2 hari ni PC dah buat masalah.. Nampaknya Graphic Card dah rosak. Mula2 ingatkan motherboard. Lpas inspect rupanya GC yang rosak. Tapi buat masa la ni bleh digunakan lagi.. Hemm.. Sebenarnya malas lagi nak upgrade PC ni.. Tapi kalau dah rosak nak buat mcm na.. Tgk lah nanti di KL dan di dalam Lowyat. Mcm mana kuasa membeli. Haha..
Assalamualaikum.. Rasanya terpanggil untuk memberi serba sedikit ilmu yang ada di internet ni. Sebenarnya dapat dalam bentuk .pdf. So saja pecah kan untuk share dalam blog ini untuk tatapan umum dan tidak perlu lagi untuk membuka pdf, boleh membaca terus menerus melalui posting ini.. So apa2 pun amaran diberi bahawa mungkin akan lambat sedikit memandangkan akan banyak picture yang akan load kerana Kelas ini beserta screenshot sekali.. Mungkin dengan ini yang sudah bepuluh2 kali Margin Call boleh meminimumkan margin call tu.
Semoga terus berjaya dan sukses di dalam dunia forex..