Assalamualaikum.. Rasanya terpanggil untuk memberi serba sedikit ilmu yang ada di internet ni. Sebenarnya dapat dalam bentuk .pdf. So saja pecah kan untuk share dalam blog ini untuk tatapan umum dan tidak perlu lagi untuk membuka pdf, boleh membaca terus menerus melalui posting ini.. So apa2 pun amaran diberi bahawa mungkin akan lambat sedikit memandangkan akan banyak picture yang akan load kerana Kelas ini beserta screenshot sekali.. Mungkin dengan ini yang sudah bepuluh2 kali Margin Call boleh meminimumkan margin call tu.
Semoga terus berjaya dan sukses di dalam dunia forex..
KONSEP ASAS
Dalam forex, anda hanya diberi 2 pilihan sahaja untuk melakukan buy dan sell.
Tetapi anda juga diberi pilihan sama ada untuk memilih buy/sell utk trend panjang atau buy/sell
untuk trend pendek. Tapi berapa jauh market berjalan? anda kah anda tahu?
cuba lihat gambar di bawah
Tiada siapa yang tahu ke mana arah tuju market forex. Indicator hanya membantu tetapi ramai
yang silap. Ramai yang menganggap indicator sebagai kunci untuk mendapatkan keuntungan.
Bila indicator mendatangkan rugi, maka indicator pula yang di persalah. Saya percaya ramai di
antara anda memiliki berpuluh indicator, malah tak kurang beratus. Sebab apa? sebab anda
mencari indicator terbaik untuk mendapatkan profit yang maksimum. Tak salah anda
menggunakan indicator.
Mari kita lihat keuntungan yang kita boleh dapat dari pergerakkan turun naik market.
244 + 169 + 148 + 59 + 72 + 95 + 176 + 245 + 95 = 1,303 pip
Wow, tentu banyak bukan? kalau 1 pip 1USD tentu anda dah dapat 1,303 USD. Banyak tu,
makan sebulan pun tak habis. Kenapa kita tak dapat 1,303 pip? tetapi yang kita dapat -1,303
pip? Memang berkerut dahi kalau dapat -1,303 pip. Kalau banyak duit takpelah. Mungkin boleh
hold sampai market turun. Tetapi bagaimana pula kalau margin call?
Disini timbul la perasaan tamak dalam diri kita. Kalau boleh kita nak dpt 1,303 pip. Sama la
dengan perangai saya dulu, last-last yang saya dapat adalah margin call. Untung hari ni 30 pip,
esok rugi 120 pip. Saya rasa ramai yang mengalami masalah yang serupa. Kadang rasa timbul
perasaan nak berhenti sahaja dari main forex. Duit makin lama makin habis, untung cuma rasa
2-3 kali. Kenapa begitu?
Sekali pandang pada graf, bukan susah forex ni. Itulah tanggapan pertama bila mengenali dunia
forex.
kat bawah buy, kat atas sell. Dah boleh dapat profit 1,303 pip. Tapi kenapa ramai yang dapat
margin call? Kenapa 95% trader loss? Indicator ada beratus-ratus, kelas forex masuk dah
berlambak, ada yang bayar, ada yang free. Tetapi kenapa masih lagi loss?
Sebab forex senang sangatlah akhir saya dapat hasil seperti ni
Senang kan? senang untuk dapat merah. Rasa nak menangis pun ada. Nak berhenti forex pun
ada. Salah indicator ke? atau salah cikgu yang mengajar ke
Kalaulah saya dapat hasil macam yang bawah ni kan best.
Tapi kenapa tak dapat?
Itulah dunia forex, bila dah berkecimpung barulah saya tahu bahawa dunia forex indah khabar
dari rupa. majorit 95% trader loss akan buat perkara yang sama seperti saya buat.
Bila tengok ss orang lain hijau ratus-ratus dan kelas dibuka, ramai lah yang berminat untuk
mendapatkan hasil yang hijau. Padahal ada cikgu yang tak bertanggung jawab edit post-post
supaya kelihatan hijau. Anak murid pun kena tipu. Masuk kelas pun bukan murah, kurang-kurang
RM400. Tapi ada gak cikgu yang bagus. Tapi kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Bila bercerita bab loss, ramai yang beri pendapat. Ada yang kata tamak, tak jaga margin, signal
false, teknik lari. cikgu ajar salah. kalau di ceritakan bab loss, rasanya tak habis sampai esok pun.
Ramai yang suggest Money Management, main 10% dari modal. Tapi berapa ramai yang ikut?
contoh Money Management yang ada. Tapi tak kan nak dapat 10 pip jer? Kalau 1 pip 1USD okla
jugak, Kalau 1 pip 1sen usd? Berapa lama saya nak kumpul?
Main 1 pip 1usd pun loss , main 1 pip 1sen usd pun loss jugak? macam mana pula?
Akhirnya loss jugak. Ada 10k usd pun habis gak, ada 10usd pun habis gak. Lama-lama sanggup
berhutang sebab forex. Hari ni untung 200usd, esok terus margin call. Macam mana tu?
Banyak trader membuat kesilapan. 95% buat kesilapan yang sama, Antaranya
1. Ramai trader suka predict bila market akan berubah arah.
2. Ramai yang suka tanggung float pip merah yang banyak, tapi bila close pip hijau yang sedikit.
3. Tidak Berdisiplin bila trade
4. Bukak post trade melebihi 10% daripada margin
Siapakah anda untuk mengetahui market akan berubah arah? Kebanyakkan trader yang rugi
adalah trader yang suka lawan arah market (Tapi mana trader tau market nak berubah arah).
Satu persoalan juga.
Maka berlaku kes seperti Sell di bawah, Buy di atas. Cukup bulan terus margin call. Ramai trader
buat kesilapan seperti di bawah ini. Saya percaya 95% buat kesilapan ini.
Konsep forex yang sebenar adalah Buy di Low, Sell di High. So salah siapa? signal ke? atau cikgu
forex tak beritahu?
Trader juga selalu lakukan kesilapan yang seperti di bawah ni
Akhirnya yang dapat adalah float yang banyak sehingga margin call. Kalau nasib baik float sikit
tak mengapa. Bagaimana kalau float sampai -1000? last-last cari juga cikgu forex padahal diri
sendiri yang salah
Lagi satu kesalahan trader yang selalu berlaku
Selalu trader suka gatal tangan ( dalam erta kata lain tidak BERDISIPLIN ). Suka cari penyakit.
Trader macam ni, kasi 1000 signal pun atau 1000 cikgu pun still akan loss sampai bila-bila. Bila
dah loss, salahkan indicator. Indicator tak betul la. Yang pergi kelas, salahkan cikgu pulak.
Padahal sendiri yang salah. Yang untung cikgu forex. 1 Kepala RM 400, 10 jenis anak murid degil
macam ni dah untung RM 4000. Sebab tu kelas forex tumbuh macam cendawan. So salah siapa?
Penyakit yang trade suka simpan. Tak tau nak kata macam mana. Mungkin ramai trader-trader
malaysia ni kaya-kaya. Bak kata orang, alah kalau loss topup lagi. apa susah kan? Sanggup float
sampai ratus-ratus, ribu-ribu. Bila dah nak margin call baru gelabah nak topup. Lepas tu rasa
frust yang teramat sangat. Kalah orang putus cinta. Dalan hati rasa menyesal tak cut loss. Rasa
nak bersara dari forex la, tak nak main forex lagi la. Tapi salah siapa? signal ke? cikgu ke?
Lagi satu kesilapan trader adalah TAMAK. Nak cerita bab tamak, saya pun tamak jugak. Kalau
boleh nak dapat 100 pip jugak. Dahla float sampai ratus-ratus. Bila profit 20-50 pip je. Mana adil,
betul tak? Dalam forex turun naik adalah duit. Sapa yang tak nak duit. Rugi ooo sapa tak nak
duit. Tapi macam mana nak dapat duit? balik-balik yang dapat, duit kena telan lagi ada la.
So salah siapa sekarang? signal anda? cikgu forex anda? Saya pun bukan seorang yang hebat.
Dalam trade saya , ada juga saya loss. Dalam forex loss adalah asam garam. Terima loss anda
sebagai pengajaran. Mungkin pagi ni anda loss tapi petang anda profit. Saya tak harapkan anda
ikut cakap saya tapi ubah persepsi cara trading anda. Maksimumkan profit anda dan kurang kan
loss anda. Bagilah duit 5usd sekali pun, >kalau konsep dan teknik anda betul, 5 usd akan
jadi 5000usd. tapi kalah konsep dan teknik anda salah , 10k usd pun boleh habis
sekejap sahaja.
Panjang jugak saya bercerita, harap lepas ni ramai yang tukar konsep dan cara trade. Jangan
salah sesiapa kalau anda losss dalam forex sebab semua datang daripada anda sendiri. Benda
dah ada depan mata anda tapi anda terlupa atau tidak perasan . Saya pun pernah lalui apa yang anda lalui sekarang. Memang pahit nak terima loss, macam-macam cara dah cuba, kelas pun dah
banyak masuk. Tapi jawapan yang saya dapat hanya loss. Forex memang tiada belas kasihan.
Dua tawaran sahaja diberikan. Anda rugi atau anda untung. Semua teknik adalah sama tapi
apabila konsep anda salah maka anda sebenarnya yang salah
Dalam forex, TREND adalah sahabat sejati anda. Anda gagal mengenalpasti trend beerti anda
gagal mengusai forex. Dalam forex hanya 2 trend sahaja anda perlu tahu iaitu Naik atau Turun.
Tetapi anda tidak tahu berapa panjang trend itu naik atau turun. Begitu juga dengan saya. Saya
pun tidak tahu sejauh mana trend akan pergi. Ramai yang berkata kalau nak tengok trend, lihat
pada Timeframe D1 (Daily). Itu sebenarnya bergantung pada diri anda dan cara anda trading.
Dalam forex, tiada batasan untuk anda menggunakan TimeFrame. Trend akan muncul di manamana TimeFrame sekali pun. Anda akan jumpa trend naik/turun di Time Frame 15,30, 1jam
malah weekly sekalipun.
Tanpa trend , anda seperti kehilangan arah. Macam-macam cara anda boleh ukur trend. Contoh
indicator trendline, rsi, macd. Tapi anda peningkan kepala anda dengn pelbagai indi.
Trend hanya menawarkan Trend panjang atau trend pendek. Anda bukan tidak kenal indicator
rsi, trendline atau macd. Tetapi sebenarnya anda gagal menguasai indicator tersebut. Disitu
sebenarnya anda perlu lihat kesilapan anda.
Anda boleh ukur trend menggunakan rsi jugak. Begitu juga macd.
cuba lihat gambar dibawah
Trend memang sahabat sejati anda. Anda telah tahu trend tetapi anda masih loss atau margin
call. Kenapa? Kalau seteakat loss mungkin boleh dimaafkan juga tetapi kalau margin call? Tentu
anda susah hati dan mula menyalahkan trend. Hati anda akan berkata “Alah dah tahu trend pun
kena margin call jugak”. Kalau anda telah tahu trend tetapi anda loss, bermakna anda masih
selamat. Tetapi jika anda tahu trend tetapi anda kena margin call beerti anda memang tidak
memahami trend tersebut.
Saya pun tidak tahu sejauh mana trend pergi dan saya pun ada loss jugak. Tetapi profit saya
melebihi loss yang saya dapat. Sebab apa? sebab saya faham bagaimana trend berfungsi. Saya
hanya menggunakan salah satu daripada 3 indicator sahaja. Mari saya tunjukkan contoh
Ini adalah contoh penggunaan trendline indicator. Jumlah pip tersebut adalah anggaran profit
yang anda perolehi. Banyak bukan? tetapi kena masih ada yang margin call?
Bila anda mengetahui sesuatu trend, jangan sesekali anda memikirkan bilakan trend akan
berubah. Kebanyakkan trader loss disebabkan mereka memikirkan bilakah akan berlakunya
reversal. Tanamkan dalam hati anda “Anda tidak tahu sejauh mana market akan pergi” atau “Lebih baik saya ikut sahaja arah market yang ada”.
Kebanyakkan trader loss sebab mereka menjangkakan market akan berubah bila nampak
sebarang reversal berlaku. Apabila mereka nampak bayangan reversal akan berlaku, dengan
senang hati mereka akan bukak satu post yang berlawanan arah. Bila market tidak mengikut
seperti apa yang dijangkakan maka dengan sendirinya anda telah menetapkan satu post dalam
keadaan loss. Disini silap anda, sebab apa? sebab anda inginkan profit yang maksimum tetapi
anda lupa bahawa “tiada siapa yang tahu ke mana market akan pergi”.
Bersambung di posting akan datang
























April 7th, 2009 at 12:19 am
It seems like something is missing, no?