Subscribe to our RSS Feeds

Mr. Viere

OK, a little about myself: The strange address in the address bar of your browser is my nickname. Viere is stand for Italy player (knows as Vieri), but i convert to Viere. My REAL name Fakhrul Afiq. I'm Malay and if you have problems with pronouncing this name, you are probably not.

Jauhnya Perjalanan

Add comments

Dah lama dah tak update blog. Bukan kerana tiada masa untuk update tapi sibuk dengan kekangan bekerja siang dan malam. Tapi masa itu ada di hadapan komputer banyak juga cuma malas nak update ja. Mesti tanya apalah kerja yang banyak sampaikan sibuk siang malam? Hemm.. Tapi di dalam kesibukkan masih ada banyak masa lapang yang di isi dengan benda yang berfaedah seperti memorex, ukur jalan sambil cari angin (angin ketenangan).

Ternyata ia berbeda. Sehinggalah pada suatu ketika ia mengejutkan Fakhrul yang ketika itu tengah memandu sendirian. Lampu minyak mengatakan akan habis bila-bila masa sahaja. Tapi takpa.. Kalau naik lampu pun boleh p dalam 50km mcm tu kot. Ketika keseorangan memandu meredah begitu sahaja agar dapat mencari sinar minyak yang berkilauan.

Beberapa hari juga di dalam alam pekerjaan praktikal banyak masa dihabiskan dengan betul. Semakin lama nak habis semakin banyak kerja yang perlu diselesaikan. Dan alhamdulillah.. Di situ juga Fakhrul pada masa ini sudah pandai bercakap dah. Tak macam first2 mai dulu sengap ja cuma cakap dengan Afif dan apa yang patut sahaja. Dan di sini juga didapati susah dah nak cari pejabat seperti KEMAS Perlis yang memang best. Mungkin ianya akan menjadi suatu kenangan yang sukar dilupakan. Begitu juga dengan kak isma yang bertukar ke putrajaya baru-baru ni ada menghantar mesej dkt kak os menyatakan bahawa dia pun takkan jumpa lagi pejabat KEMAS yang memang best sangat2. Lagipun suasana di sini harmoni. Memang patutlah susah nak jumpa pejabat macam ni.

Nampaknya pada malam ini akan bermula satu pengembaraan yang amat jauh sehingga ke selatan tanah air. Nampaknya juga keseorangan di dalam pemanduan. Harap-harap tak terlena. Mungkin bertolak dalam pukul 11-12 lebih mcm tu kot. Tgk pada keadaan. Akan singgah sebentar di melaka untuk mengambil adam dan epih dan meneruskan perjalanan ke Johor Darul Takzim di Batu Pahat untuk menyertai Jambori Antarabangsa Johor. Tunggukan kedatangan kami di sana.

Baru – Baru ini juga Makcik daripada KL mai ke Perlis kerana MOSTI ada mengadakan seperti karnival di dewan 2020. Dia merupakan Timbalan Ketua Setiausaha di situ. Baru sahaja bertukar daripada Pengarah Bahagian di JPA. Ada juga jumpa dia. Lama dah tak jumpa .Dan ingatannnya supaya apabila sampai ke KL jangan lupa singgah rumah dia nanti. Insyallah. Time tu makan sekali dengan parents dan tok. Alhamdulillah. Banyak juga perbincangan sehingga sampaikan ke Pengarah JPJ Malaysia juga merupakan adik beradik Fakhrul juga. Cuma tak pernah kenal sbb dok di di Pantai Timur. Hanya parents sahaja yang mengenali.

Pada beberapa malam juga telah menjadi seperti jiwa kacau tetapi di dalam itu cuba mencari angin angin yang boleh difikirkan sesuai tetapi tak jumpa. Mungkin juga ia amat susah untuk dijumpai. Cuma ada juga dihiburkan oleh lawak VR4 dan seangkatan dengannya. Dah, dah penat untuk menaip. Nak keluar sat. Pepatah arab ada mengatakan ‘man jadda wajada‘ maksudnya sesiapa yang berusaha pasti berjaya

Life November 15th 2008

Leave a Reply