Salam. Pada sabtu minggu lepas iaitu 15hb dengan semenanya Fakhrul telah bertolak ke Johor untuk menyertai Jambori Antarabangsa Johor 2008 yang di adakan di Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Tayar golek bermula lebih kurang dalam 12.15 a.m. dengan target 7 jam untuk sampai ke Melaka untuk singgah sebentar mengambil epih dan adam. Dan perjalanan dari Perlis ke Melaka amat mencabar memandangkan hanya drive keseorangan tanpa ada apa2 benda lain untuk di buat. Hanya sekadar bernyanyi dan cakap sorang2. Seperti ada orang di sebelah. Biarlah. Dengan tu tak da la mengantuk sangat. Tp tu pun 3 kali teralit. Nasib baik sedar awal biarpun sudah berada di tepi divider highway.
Tepat jam 7.15 minit Fakhrul sampai di UiTM Alor Gajah, Melaka dan apabila hendak masuk ditahan olah pak guard. Katanya dia tak berani nak terima untuk masuk sbb terlalu awal sangat. So dia kata masuk selepas dia habis shift dan katanya dalam pukul 7.40 a.m. mcm tu. So dalam 7.50 mm tu Fakhrul mencuba sekali lagi untuk masuk dan ternyata ianya berjaya. Apabila sampai di bilik Adam, Fakhrul buat apa yang patut dan melawat Epih di biliknya. Terlihat dia tengah study dengan kusyuknya.. Gelak deras2 kat dia. Hehe.. Pastu terus sambung tidur buat sementara waktu memandangkan terlalu awal lagi. Depa habis exam pun dekat pukul 12 dah. So daripada dok berjaga dengan mata lali baik tidur.
So semasa dalam perjalanan ke Johor, Fakhrul bawak sekali lagi. Biarlah sampai ke Johor dulu. Alhamdulillah. Sampai juga ke Johor. Dari Perlis hingga ke Johor. Biarpun rehat sebentar di Melaka. Semasa dalam perjalanan ke Johor tidak mengikuti highway cuma ikut Lebuh AMJ. So apabila memasuki Johor ternyata area TV depa tinggi tak sangga untuk menyedut siaran TV daripada Indon. Tepat dalam pukul 4.15 mcm tu sampai sudah ke Kem Tanjung Labuh, Batu Pahat dan pada masa tu Majlis Perasmian sedang diadakan. So takleh masuk ikut pintu biasa. Mau tak mau kena masuk ikut pintu belakang dan kena trekking lebih kurang dalam 200m mcm tu. Satu pencapaian yang membanggakan kerna ada juga Kotingen Perlis hadir daripada tiada apa-apa. Pada masa sampai tu hanya sekadar ronda-ronda pusing subkem sahaja. Dan selepas itu mengambil keputusan untuk p daftar. Boleh juga kami daftar walaupun 3 orang.
Khemah di dirikan memandangkan masa dan langit pun dah semakin kelam gelemat. Selepas siap terus keluar untuk mencari parang dan makan. Kontingen perlis juga diwakili oleh Adam sebagai Ketua Kontingen kerna apa gunanya amek Public Relationship jika tidak digunakan dengan sepenuhnya dan dipraktikkan. Sepanjang aktiviti di situ juga ada melawat campsite Kedah, Muar dan lain – lain.
Di situ juga tiada banyak aktiviti boleh dibuat kerna tiada buku aktiviti. So just hanya boleh mengukur jalan dan bergelak – gelak begitu saja. Apa yang kurangnya kali ini tiada baju untuk peserta dan pemimpin.. Dan juga tiada kedai cenderahati jamboree
Di situ juga dapat mak angkat seorang ketika singgah di kedai makannya. Kami juga ada membuat lawatan ke Pantai Punggur, Senggarang. Di situ dpt tgk mcm mana ombak begitu kuatnya. Lpas tu balik ke kem dan apabila hendak memasuki bahagian kem tidak dibenarkan oleh Kelana Petugas walaupun ada pas kebenaran masuk. Mungkin kerana kami ni di-ingat hanyalah sebagai orang biasa sahaja dan muda2 lagi. So takpalah. Terus parking dkt luar. Terus masuk untuk melawat tempat aktiviti-aktiviti. Di situ juga jumpa seorang kawan dari internet iaitu Ayub. Dia menjaga bahagian Laut. So hanya sekadar pi sat saja dan sembang2 apa yang patut dan keluar untuk mandi untuk mengikuti Majlis Makan Malam di Kontingen Selangor. Dan ketika hendak parking di dalam tu tgk kami rilex ja dibenarkan masuk. Mungkin selepas tgk pangkat penolong pemimpin yang dipakai dan woogle rotan.
Selepas bersiap sedia kami terus ke tapak campsite selangor untuk Majlis makan malam dan walapun mai lambat kami tetap di layan. Cuma antara yang teruknya kontingen Selangor kena dok atas bukit. Tempat tu baru ja depa teroka. Fuhh.. Mesti mencabar punyalah! Selepas tu Adam mengikuti mensyuarat Ketua Kontingen sementara Fakhrul dan Epih duduk melepak berdekatan dengan menara utk tgk persembahan dari kontingen-kontingen di malam pengakap.
Selepas tu kami meneruskan aktivti seperti biasa iaitu rondaan dan minum sebentar di gerai berdekataan dengan campsite tersebut. Selepas tu masing-masing kembali tidur ke khemah sendiri dan keeseokkan harinya kami dah bangun dan bertolak ke Tanjung Piai untuk mengikuti lawatan yang dibuat oleh peserta yang ingin melakukan lencana alam sekitar. Agak menarik juga di situ. Angin sepoi-sepoi bahasa menceritakan banyak kisah di situ.Cuma yang tak sempat nak p ialah ke Penghujung benua asia. Di situ amat best. Tp disebabkan oleh tgh renovate so kami tak dapat nak ke situ. Katanya awal tahun depan baru siap. Di sebalik tu juga ada terdapat kata-kata yang di-ingati yang telah di-ilhamkan
” Kelmarin adalah Kenangan, Hari ini adalah Kenyataan, Esok adalah Harapan “
ya. Betul. Kelmarin adalah kenangan… Dan esok adalah harapan. Fakhrul banyak sandarkan lebih kepada Harapan pada hari – hari akan mendatang. Namun tak tau adakah Harapan tu akan menjadi kenyataan.
” We cannot change others but when we change ourselves we may end up changing the world “
selepas tu hanyalah meronda-ronda di tempat sekitar tu. Agak best jugak walaupun pada mulanya di sangkal oleh Adam ia meletihkan untuk berjalan kaki dan tiada apa-apa dalam tu. Selepas habis semuanya kami mula bertolak ke Johor Bahru di bawa oleh Fakhrul. Saja malas nak tidoq. So bawak terus lah. Tetapi cerita di sebalik perjalanan di Pontian banyak membawa makna kepada Epih. Walaupun Epih malu-malu kucing tapi kami faham maksudnya. Bukannya dia hendak melawat apa yang terpampang di papan tanda tu di bawah. Tetapi tempat atas sekali. Dan akhirnya lalu juga di hadapan tu. Dengan penuh slow-motion epih memerhati keadaan sekeliling. Tempat itu dinamakan Muzium Kawan Epih
Semasa dalam perjalanan ke JB takla jauh sangat. Dalam sejam mcm tu ja.So sampai tu lepak dulu di Danga Bay yang mmg takda apa time2 petang nan indah ini. Dulu penah mai sekali. Tu pun time malam. Agak meriah jugak lah. Tapi kawan-kawan yang dok di JB ada kata Danga Bay tak lah syok sangat. Town lagi syok dari Danga Bay. Di situ juga dapat melihat kesibukkan orang ramai samada yang mau masuk ke Malaysia dan Singapura. Berhenti sat di sebuah shopping complex untuk makan dan meng wireless kan diri bersama adam.
Selepas tu kami terus bergerak untuk kembali ke Batu Pahat dan singgah sebentar di RnR untuk siapkan diri. Masa sampai pun hanya seketika untuk tgk aktiviti2 sebelum meminta kebenaran untuk mengundurkan diri daripada Jambori Antarabangsa Johor. Selepas mendapat perlepasan dan sedikit cenderahati kami terus bergerak pulang ke Melaka sambil dipandu oleh Adam. Di situ di pedengarkan berbagai – bagai lagu yang boleh di layankan. Apabila tgk pada keadaan banyak sudah yang letih. Ketika dalam perjalanan bermacam-macam target yang kami buatkan. Insyallah mungkin kalau tahun depan kalau ada rezeki lebih boleh tgk apa target tu dan adakah ia mencapai target atau pun dak. Selepas siap semuanya kami bertolak ke KL dan singgah sebentar berjumpa di rumah Mat Alip dan bertolak terus ke Kajang untuk ke rumah Apex. Di situ kami rehat sebentar dan makan sate kajang. Dan apabila sudah settle semuanya kami meneruskan perjalanan hingga ke damansara untuk berjumpa dengan pak tam adam.
Kami meneruskan kembali perjalanan untuk ke cheras dan tidur di sana. Pada esok kami semua pi ke lowyat untuk shopping serba sedikit apa yang patut. Agak banyak juga barang yang dibeli. Penuh kereta. Fakhrul juga sempat membeli Wireless Router jenama buffulo. Dah lama idamkan yang ni. Barangan yang lain adalah hanya untuk KEMAS dan adik.
Lepas tu pi amek mat razin dan DSLR adam. Pada mula melalui pudu masih belum bah lagi. Tapi bila hujang lebat dan 15-30 minit selepas tu dah bah dah. Ayaq pun mcm dok rasa dah kot belah kaki. Balik sebentar untuk hantar barang dan meneruskan perjalanan ke damansara untuk ke Rumah Mat Razin. Di situ lepak sebentar sebelum ke Lembah Pantai untuk ke rumah mak cik menghantar madu lebah yang di belinya ketika mai ke perlis hari tu. Adam juga sempat bergaya di kereta Alphard. Selepas sembang dan sembang kami meneruskan perjalanan ke subang dan seterusnya shah alam untuk berjumpa muner. Seperti biasa balik untuk tidur dan esoknya tiada apa sangat. Perancangan untuk menaiki Bukit Fraser juga tidak menjadi memandangkan selepas tgk pada GPS terlalu jauh sangat. Buat kerja banyak kali.
So malam tu dalam pukul 6 lebih kami bertolak pulang ke perlis. Biarpun jalan agak jem tapi mengikut alternatif yang lain sempat juga keluar dari kl pada pukul 7 malam dan meneruskan perjalanan terus menerus ke perlis. Sampai juga kami dalam pukul 2 lebih kerna singgah sebentar di ipoh untuk makan bersama syafa dan ronda apa yang patut. Selepas itu kami bertolak balik ke perlis dengan di bawa oleh epih sehinggalah ke perlis meninggalkan hasrat adam yang ingin membawa dari Gurun hingga Perlis. Sampai di situ kami lepak dulu di rumah pandey dan selepas itu kami keluar untuk minum di seriab sebelum pulang untuk tidur di rumah epih. Alhamdulillah. Kami sudah sampai ke perlis.
![]() |
| Make a Smilebox slideshow |


December 1st, 2008 at 12:08 am
perjalanan yang jauh, pengalaman ditimba..
baca entri saya untuk cadangan kepada urusetia JAJ 24. =)