Alhamdulillah. 2009 Menempah jua. 2008 pergi berlalu begitu sahaja seperti badai dan meninggalkan banyak kenangan. Lagipun Kelmarin adalah kenangan, Hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan. Biarlah kenangan semua itu berlalu begitu sahaja. Memang setiap manusia akan melalui detik antara manis dan pahit. Itu fitrah manusia. Takkan lari daripada pahit dan manis. 2009 menjelma dengan pelbagai andaian dan penuh harapan. Semoga beroleh kejayaan di masa akan datang. Begitu juga Awal Muharram. Tertutup sudah kitab 1429. Kita buka kitab baru 1430.
Akhirnya terbuka jua kembali blog ni. Biarpun pada ketika penutupan melalui berbagai pancaroba namun biarlah. Jika perlu akan diceritakan di posting bawah. Di bawah adalah gambar untuk tahun 2008. Namun jika hendak di-ikutkan ada 2-3 keping lagi gambar yang perlu ada. Tapi biarlah.
Bagi Fakhrul pada yang lepas mungkin biarlah menjadi sejarah di dalam hidup. Semasa penutupan blog ini terlalu banyak yang Fakhrul pelajari. Antaranya mengenai salasilah keluarga. Biarpun belum menyelidik habis namun Fakhrul tahu yang Fakhrul berketurunan Tengku.
Pada ketika itu juga Fakhrul belajar benda yang baru. Iaitu Ilmu Perubatan di Dalam Islam (Makhluk Halus). Tujuan mempelajari ialah untuk melindung keluarga dan sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan memandangkan apabila diperiksa terdapat ada yang menghantar. Biasalah manusia. Dengki dengan Rezeki orang. Mungkin dia tak tau. Lagipun rezeki tu kuasa ALLAH. Kita hanya boleh berdoa sahaja dan berusaha lebih. Paling yang teruknya ialah Ayah. Tapi Alhamdulillah. Semuanya settle tanpa sebarang masalah. Cuma mengambil beberapa hari untuk settle. Begitu juga dengan family yon. Dekat dua minggu. Tu pun belum settle lagi apabila terpaksa ke kulim. Namun memandangkan pada masa tu sudah lewat cuma buat apa yang patut dan memagarkan sahaja rumah. Fakhrul bukanlah pandai dan arif mengenai bab-bab ini. Cuma belajar. Dan memandangkan ada rezeki. Lagipun Allah memberi kelebihan buat setiap orang. Dan dari setiap kelebihan itulah kita juga boleh membuat benda-benda kelebihan yang lain. Dengan syarat amalan mestilah kuat. Pada ketika itu juga Fakhrul tak tentu masa makan dan tidur. Tidur pun selepas subuh. Tu pun sebab baru saja sampai rumah. Tengah hari @ petang sikit baru keluar dan terus menjalankan aktiviti berubat. Selagi diperlukan selagi tu akan menolong. Tanggungjawab masih ada untuk dipikul.
Mungkin ada orang mengangap perkara ini khurafat @ syirik. Tapi jika merasai sendiri mungkin anda sebenarnya tersilap cakap. Selesai sudah. Pada 16hb Fakhrul akan mula masuk mendaftar sebagai pelajar senior semester akhir (Sem 4). Heh, senior la sangat. Semasa di dalam praktikal ada juga terdengar bermacam – macam peraturan yang baru dan tidak masuk akal. Begitu juga dengan perkara – perkara yang tidak di ingini. Biarlah. Tgk mcm mana nanti. Mungkin juga pak guard cemey tu masih ingat lagi siapa yang selalu keluar masuk buat taktau ja.
Pada kali ini mendapat tawaran duduk di asrama. Ya, takpa. duduk p lah. Ada masa balik rumah. Ahaks. Namun, yang pentingnnya pada semester 4 inilah perlu membuktikan dan bersungguh2 untuk mencapai cgpa yang tertinggi kerana tiada lagi semester 5 buat pelajar sijil kecuali repeat. Semester 4 jugalah menyaksikan lebih banyak lagi last final project. Mungkin masa itu takkan ada sngat. Tapi project time sem dua pun buat satu malam ja. Hehe..
Mengenai pancaroba sebenarnya sudah tak amek kisah dah. Biarlah orang nak kata apa pun sehinggakan ditikam dari belakang. Sungguh tak sangka. Sepanjang menghilangkan diri banyak juga tohmahan yang dilakukan dan ada juga perkara yang dilakukan agar supaya Fakhrul mungkin sakit hati. Tapi di masa melakukan perubatan biarlah. Depa taktau perkara yang sebenar. Dan apa akal depa sampai sanggup tikam dari belakang. Namun Fakhrul dah anggap perkara ini biarlah dah settle. Biarpun depa tak cerita. Takpalah. Sesungguhnya sudah maafkan dunia akhirat. Begitu juga dengan kutuk mengutuk. Biarlah apa orang nak kata. Asalkan tak melakukan kerja yang tidak baik sudah.
Ok. Apa azam baru? Heh. Azam baru. Takdak. Cuma baru – baru ni ada satu azam dalam masa 2 tahun ingin ada simpanan sebanyak 1 Juta. Bolehkah? Insyallah. Jika dimurahkan rezeki akan ada juga. Lagipun Takkan lari rezeki dikejar. Taktau lagi bidang rezeki di mana. Mungkin pada masa ni nampak IT sbb amek aliran IT. Tapi siapa tahu Allah sembunyikan 1 Juta tu dalam bidang bisnes ka. Baru – baru ni ada terima statement 2008 daripada Maybank. Alhamdulillah. Total credit RM95,345.45. Tapi total debit pula ialah RM85,127.75. Selepas tgk jumlah total debit sehingga 85k terkejut juga. Banyak angka yang dibelanjakan sehinggakan boleh membeli sebuah kereta baru. Kemana duit tu pergi? Hmm.. Baru ingat. Banyak bercuti dan keluar dari perlis tanpa hala tuju. Dan mungkin juga fly ke tempat tu. Banyak juga. Tapi ini hanyalah akaun maybank. Akaun untuk segala bisnes dan perbelanjaan harian. Akaun simpanan masa jangka panjang masih lagi berada di bank rakyat dan kad dipegang oleh mak. Insyallah semoga tahun 2009 kurangkan perbelanjaan yang tidak patut. Sebenarnya banyak target di 2009. Tapi ditolak ketepi dahulu. Fokus utama ialah bisnes dan juga masa depan. Banyak juga yang dirancang untuk Reflector Studio. Akan dikaji terlebih dahulu.
2008 berlalu dengan begitu cepat. Report LI masih belum siap. Haih.. Bilalah boleh siap. Hujung minggu ni nak dah.. Setakat ini saja posting kali ini
Klik pada gambar untuk lebih besar.
<

January 13th, 2009 at 7:35 pm
ermm..ape kene mngetahui salasilah kturunan kluarga dgn penutupan blog..btw..smoga azam trcapai..
January 14th, 2009 at 12:39 am
Takda kena mengena pun. Cuma menceritakan sahaja dapat tau salasilah. Tu ja. Insyallah.