Takda apa sangat. Ni pun dah pukul 5.45a.m dah. Lewatnya. Tapi di kesempatan online ni maka membuat satu post. Semasa di dalam lingkungan tu bermacam perkara telah terjadi. Dan semasa tu juga Fakhrul pulun buat kerja. Alhamdulillah. Siap sudah report Latihan Industri selama enam bulan. Masa p daftar pun dah kena tegur dah untuk gunting rambut. Kalau tak mai minggu depan botak terus. Alahai, baru teringat. Rambut ni dah 3 bulan tak gunting. Hmm.. Patutlah. Nampak takda panjang. Cuma tebal. Biarlah. Kalau ada kesempatan esok akan ku ke kedai gunting rambut. Akhirnya tadi saja p sungai petani. Nampak pc depot. Dan masuk2 ternampak satu printer colour laser samsung berharga RM865. Tergerak di hati ingin membeli. Selepas tengok2 sket terus angkat. Dan semasa tu sempat sembang dengan cina tu. Dia tanya nak buat apa printer ni. Saja ja buat bisnes. Terkejut dia umur baya Fakhrul sudah buat bisnes. Haih.. Bukanlah bisnes besar. Cuma printing di PTSS sahaja. Selepas bersembang dan bertukar pandangan ketika dalam bisnes terus bawak masuk kereta memandangkan masa pun dah tak mengizinkan. Mungkin selepas ini akan mengamalkan sikap kiasu. Kiasu adalah amalan orang cina iaitu takut untuk jatuh. Namun jika hendak di tengok balik antara sejarah 2007 dan 2008 menampakkan 2008 lebih kepada zaman kejatuhan. Dimana pernah juga beberapa kali di dalam beg duit hanya ada bawah rm10 dan pernah juga kehabisan terus. Dan dengan keazaman dan rezeki itu mai tak senang. Susah nak dapat. Tapi alhamdulillah boleh cover. Cuma tahun 2008 lebih boros seperti mana berbelanja hampir 85k tanpa hasil yang panjang.
Dalam minggu ni juga terdapat pelbagai rintangan semasa menyiapkan report LI. Antaranya tak cukup makan tu takyah kata la. Tak cukup tidoq pun satu hal. Biasalah tu. Tapi dalam masa-masa tu ada jugak masa untuk berhibur seketika. Pelik. Walaupun kadar peratusan jika tidak menyiapkan Report LI membolehkan seseorang tu repeat sekali lagi. Tapi biasalah. Kerja last2 minit mesti siap punya. Teringat kisah dulu buat mini project siap dalam satu malam saja. Walaupun report ni tak seperti yang dirancang namun biarlah. Asalkan ada sudah.
Dalam beberapa hari ni juga hp n82 telah mengalami deman jammed. Dok tak dok keja jammed ja. Dan akhir sekali pengakhiran telah menampakkan bunga2 dia apabila sudah tidak boleh on. Lalala.. Oh 82. Baru repair haritu rosak pulak kah. Mencuba buat format namun tidak berjaya. Tgklah kalau rajin akan ku bawa ke kedai untuk repair. Buat masa ni biarlah dulu.
Berkenaan dengan forex. Ya. Insyallah isnin ni mungkin akan start bermain semula. Minggu lepas hanya main untuk geng RS sahaja. Alhamdulillah profitable.
Bisnes? Tadi baru sembang. Selepas diteliti nampaknya peluang cerah lagi selepas ini. Selepas submit segala butiran company RS dan akan menampakkan nama RS akan berada di dalam tender UNiMAP selepas ini. Insyallah. Semoga RS terus membina nama di dalam seluruh pelusuk Malaysia. Dan buat masa la ni dok nampak mungkin supply catridge dulu. Selepas itu pula ada seorang kawan kepada kechik memberitahu mungkin akan passing tender kepada RS memandangkan dia mungkin tak cukup tangan untuk handle. Alhamdulillah. Rezeki semakin bertambah. Insyallah. Segala perancangan yang baru – baru ini secara tak langsung ketika berada di rumah os mungkin boleh berjaya. Begitu juga dengan bisnes webhosting RS. Dengan dikendalikan oleh adam insyallah semoga berjaya. Loan tu boleh. Mai kertas kerja ja. Ahaaa..
Belajar? Pastinya mood masih tidak mahu belajar lagi. Kerna cuti sudah lama(tak lama pun tapi saja buat2 bagi rasa lama) dan menjalani praktikal. Maka rasa nak belajar tu mungkin takda lagi buat masa la ni. Biarlah dulu. Masih di awal semester lagi. Mungkin di pertengahan akan pulun dan kampoi apa yang perlu memandangkan ini adalah semester terakhir ketika di poli.
Kereta? Baru – baru ni arm bush hadapan sebelah kiri menampakkan crack lagi. Nampaknya kena tukar juga buat masa terdekat. Engine? Lupakan dahulu. Bukan keperluan buat masa ini lagi. Baik simpan dahulu supaya benda lebih penting diutamakan dahulu.
Mungkin setakat ini sahaja dulu post. Nak tidur dah. Jam pun dah menunjukkan dekat pukul 6.10. Empat minit lagi maka akan masuklah subuh. Tunggu sat. Heu.. Letih. Entah pukul berapa pula akan bangun nanti. Takpa. Hari ahad. Takda apa nak dibuat sangat.
